Simptom-simptom psoriasis bagi kanak-kanak
Psoriasis datang dalam banyak jenis. Setiap jenis mempunyai simptom tersendiri. Simptom-simptom major psoriasis bagi kanak-kanak ialah:
−Patch kulit timbul yang kebiasaan berwarna merah dan dilitupi sisik berwarna putih keperakan (selalu terkeliru dengan ruam lampin bayi)
−Kulit kering dan merekah yang kadangkala berdarah
−Gatal, pedih atau rasa terbakar di kawasan kulit yang terjejas dengan psoriasis
−Kuku jari tebal dan berbintik
Diet pilihan bagi penyakit psoriasis
Merawat psoriasis dalam kalangan kanak-kanak adalah lebih mencabar berbanding orang dewasa. Ini adalah kerana sistem mereka lebih mudah terjejas. Di samping itu, pilihan rawatan yang diluluskan oleh FDA adalah tidak diluluskan untuk kanak-kanak. Dalam kes yang ringan, rawatan topikal kebiasaannya efektif. Untuk membantu sistem dan penyeleggaraan kulit kanak-kanak, memasukkan minyak ikan, probiotik, vitamin D dan suplemen nutrisi lain di dalam diet adalah membantu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen