Sudah Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindari Serangan Jantung Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sudah terhantuk, baru tengadah. Serangan jantung tidak akan berlaku sekali sahaja jika anda tak cuba beberapa cara untuk mengatasi serangan jantung yang seterusnya.

Banyak langkah yang anda boleh amalkan selepas serangan jantung, tetapi ini 5 pilihan utama penulis dari perkongsian Dr Patrick O’Gara, Pakar Kardiologi dari Harvard-affiliated Brigham and Women’s Hospital.

Jom, saya kongsikan dalam artikel ini!

Cara mengatasi serangan jantung, elakkan yang kedua!

#1 Ketahui simptom amaran serangan jantung

cara mengatasi serangan jantung

“Perkara utama yang saya sampaikan kepada pesakit adalah oleh kerana anda sudah melalui proses ini, ia sangat penting untuk anda dan ahli keluarga mengenali simptom serangan jantung sehingga anda dapatkan pertolongan kecemasan,” kata Dr. O’Gara.

Setiap minit sangat berharga untuk mengelakkan kerosakan berpanjangan daripada sakit jantung, jadi rawatan segera sangat mustahak.

Tanda dan gejala sakit jantung termasuklah:

Namun begitu, simptom berbeza antara satu sama lain. Oleh sebab itu, ia sangat penting untuk anda mengenali simptom sakit jantung yang anda rasakan pada serangan pertama.

#2 Ikuti pelan perubatan anda

Selepas discaj daripada wad, anda akan keluar dari hospital dengan beg yang penuh dengan ubat-ubatan. Ah, malasnya hendak makan pelbagai jenis bentuk ubat ini!

Memang agak rumit untuk anda memahami dan menjaga semua pil yang diberikan kepada anda.

Akan tetapi, Dr O’Gara mengatakan ubat-ubatan yang diberikan bukanlah atas tujuan bersahaja.

Masing-masing mempunyai keperluan sendiri seperti menjaga stent anda supaya sentiasa terbuka, menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah serta mengawal degupan jantung anda.

Semua ini penting untuk kesihatan anda pada tahap awal serangan jantung.

Anda boleh menggunakan bekas ubat-ubatan yang dilabel sepenuhnya untuk anda membezakan jenis ubat, dan meletakkan penggera pada telefon bimbit anda ketika hendak memakan ubat.

Jika anda masih ragu-ragu akan ubat-ubatan anda, sila berunding kembali dengan doktor anda untuk informasi yang lebih lanjut.

#3 Perubahan gaya hidup selepas serangan jantung

cara mengatasi serangan jantung

Sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan selepas serangan jantung, perubahan gaya hidup memainkan peranan yang paling penting.

Jika anda merokok sebelum sakit jantung, jadikanlah berhenti merokok sebagai keutamaan anda. Berbincang dengan doktor anda untuk langkah-langkah berhenti merokok yang sesuai dengan anda.

Selain itu, diet yang sihat dan seimbang sangat baik untuk jantung anda. Gantikan pemakanan yang berlemak tepu tinggi kepada makanan yang kaya dengan omega-3 seperti ikan salmon.

Bukan sahaja baik untuk jantung, malah ia juga baik untuk perkembangan otak anda.

Perubahan gaya hidup yang lain adalah melakukan aktiviti fizikal secara berkala dan belajar untuk mengawal tekanan darah dan gula anda.

Pengawalan gula dan tekanan darah yang baik akan membantu menurunkan risiko kardiovaskular anda.

#4 Ikuti program pemulihan jantung

cara mengatasi serangan jantung

Dr O’Gara juga menekankan kepentingan program pemulihan jantung selepas seminggu atau dua minggu didiscaj daripada hospital.

Program khas ini membantu anda mengembangkan rutin senaman dalam pantauan pakar, perubahan diet dan membimbing gaya hidup selepas serangan jantung.

Di samping itu, anda juga akan mendapat sokongan daripada orang lain yang telah melalui pengalaman yang serupa dengan anda.

Sesetengah program juga menawarkan kumpulan untuk ahli keluarga juga. Selalunya, pelan kesihatan anda akan membiayai fasa pertama pemulihan jantung anda.

#5 Berkomunikasi dengan pasukan penjagaan kesihatan anda

Selepas mendapat serangan jantung, anda tidak akan berjumpa dengan doktor anda sahaja.

Terdapat banyak lagi pegawai kesihatan lain yang akan berhubung untuk membantu anda seperti pegawai dietetik, fisiologi, farmasi dan sebagainya.

Mereka bertanggungjawab untuk mengawasi penjagaan dan kesejahteraan anda.

Selalunya, pasukan penjagaan kesihatan anda akan berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyediakan pelan kesihatan terbaik untuk anda.

Namun begitu, anda harus ketahui dengan siapa anda harus rujuk ketika mempunyai masalah.

Pemulihan akan menjadi lebih berkesan jika anda membawa pasangan atau ahli keluarga untuk berbincang dengan pasukan penjagaan kesihatan anda.

Mereka mampu memberikan sokongan dengan membantu anda mengurus ubat-ubatan, penerapan perubahan gaya hidup dan menyesuaikan diri dengan rutin kesihatan baru anda.

Konklusi

Ingatlah, setiap langkah perubahan bermula daripada anda. Cubalah langkah-langkah ini untuk elakkan serangan jantung yang seterusnya.

Berbincanglah dengan doktor jika anda mempunyai persoalan yang lebih lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/03/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Jantung! Apa Langkah Awal Yang Perlu Anda Buat?

Serangan jantung boleh membawa maut namun jika rawatan awal diberikan dengan serta-merta fungsi jantung optimum masih boleh dikekalkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/02/2020 . 4 minit bacaan

6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

Individu Yang Selalu Makan Pedas Kurang Kena Sakit Jantung – Fakta Atau Auta?

Kajian mendapati makan cili boleh mengurangkan risiko masalah jantung. Kunci kepada fenomena biologi ini terletak pada bahan bioaktif, capsaicin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 24/12/2019 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kencing manis semasa mengandung

Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
denyutan nadi

Apa Jadi Dengan Degup Jantung Semasa Sakit Jantung? Betul Ke Terus Berhenti?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
tanda serangan jantung

Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
bahaya diabetes

Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan