backup og meta

Tip Pengambilan Ubat Bagi Penyakit Jantung

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin · Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 16/11/2021

    Tip Pengambilan Ubat Bagi Penyakit Jantung

    Ubat-ubatan yang digunakan untuk penyakit jantung adalah berbeza bagi setiap orang. Jika anda menjada pesakit penyakit jantung, anda mungkin perlu mengingatkan mereka waktu yang sesuai untuk mengambil ubat yang berbeza atau anda boleh berikan ubat kepada mereka pada waktu yang sepatutnya. Tip berikut mungkin membantu pesakit dan penjaganya.

    Tip harian menggunakan ubat jantung

    • Memahami nama, dos dan kesan sampingan ubat-ubatan dan apa fungsinya. Sentiasa simpan senarai ubat-ubatan dengan anda.
    • Ubat-ubatan perlu diambil seperti yang dijadualkan, pada masa yang sama setiap hari. Dos ubat jantung anda tidak boleh dihentikan atau diubah tanpa bertanya kepada doktor anda. Teruskan mengambil ubat walaupun anda berasa lebih baik. Menghentikan ubat-ubatan secara tiba-tiba boleh membuat keadaan anda teruk.
    • Tetapkan rutin pengambilan ubat.
    • Jika terlupa, ambilnya secepat mungkin apabila anda teringat semula. Tetapi jika ia hampir dengan masa untuk dos seterusnya, langkau dos yang tertinggal dan ikuti jadual dos rutin.
    • Pastikan preskripsi dipenuhi dengan kerap, dan tanya ahli farmasi apa-apa soalan mengenai mengisi semula preskripsi.

    Tip menggunakan ubat jantung dengan selamat

    • Jangan kurangkan pengambilan ubat seperti yang disarankan doktor anda. Anda perlu mengambil jumlah yang mencukupi untuk mendapatkan manfaat keseluruhannya.
    • Jangan mengambil sebarang ubat atau terapi lain sehingga berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda.
    • Sekiranya anda menjalani pembedahan, pastikan anda memberitahu doktor atau doktor gigi jenis ubat yang anda ambil.

    Tip menggunakan ubat jantung semasa bercuti

    • Pastikan ubat bersama anda semasa bercuti.
    • Jika anda mengambil percutian yang panjang, bawa lebih bekalan ubat, nombor telefon doktor anda dan ingat untuk menghubunginya apabila anda perlu mengisi semula dos.

    Tip menggunakan ubat jantung spesifik yang lain

  • Ubat penyakit jantung yang melegakan salur darah boleh menyebabkan pening. Sekiranya anda berasa pening apabila berdiri atau bangun dari katil, duduk atau berbaring selama beberapa minit. Ini akan meningkatkan tekanan darah anda. Kemudian, bangun dengan lebih perlahan.
  • Perencat ACE boleh meningkatkan batuk. Sekiranya batuk berterusan pada waktu malam atau mengganggu aktiviti harian, hubungi doktor anda.
  • Diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing. Sekiranya anda mengambil satu dos diuretik setiap hari, ambil di pagi hari. Jika anda mengambil dua dos diuretik setiap hari, ambil dos kedua pada lewat petang supaya anda dapat tidur sepanjang malam.
  • Diuretik juga boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air berlebihan). Tanda-tanda dehidrasi adalah pening, dahaga yang melampau, mulut kering, kurang kencing, air kencing berwarna gelap atau sembelit. Sekiranya anda mempunyai simptom ini, hubungi doktor anda. Jangan hanya menganggap bahawa anda memerlukan lebih banyak cecair.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

    Kardiologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 16/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan