Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap individu yang normal, pasti akan lahir dengan satu set organ pada tubuh badan yang serba lengkap termasuklah dua paru-paru di tengah-tengah bahagian dada.

Pun begitu, ada manusia yang memiliki hanya satu paru-paru dan ini telah menimbulkan satu tanda tanya sama ada mereka masih mampu untuk hidup normal atau tidak.

Bersempena Hari Paru-paru Sedunia yang akan berlangsung pada 25 September setiap tahun ini, mari sama-sama kita dapatkan jawapan persoalan ini!

Apa itu paru paru manusia?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan salah satu organ terpenting buat manusia ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, paru-paru adalah organ yang terletak di tengah-tengah bahagian dada dan berfungsi untuk mengawal sistem pernafasan.

Setiap manusia akan memerlukan kemasukan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida pada tubuh badan untuk kelangsungan hidup.

Di sinilah fungsi organ ini di mana ia akan mengawal setiap kemasukan dan pengeluaran gas pada tubuh badan manusia untuk bernafas.

Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, paru-paru terdapat dua bahagian iaitu kiri dan kanan dan yang sebelah kanan adalah lebih besar dari sebelah kiri.

Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu mengawal pernafasan manusia dan tanpanya, manusia pasti tidak mampu meneruskan kehidupan normal.

Ada manusia yang hidup dengan satu paru paru?

Kami telah nyatakan di awal artikel tadi bahawa manusia yang normal akan lahir dengan dua paru-paru di tengah-tengah dada.

Pun begitu, jangan terkejut jika kami kata ada juga manusia yang hidup dengan satu sahaja organ ini!

Dalam sesetengah kes yang sangat jarang berlaku di dunia ini, ada individu lahir dengan satu paru-paru sahaja.

Tentu sahaja penderita kondisi ini akan mengalami kesukaran untuk terus hidup tanpa bantuan dan rawatan.

Bukan itu sahaja, ada juga individu yang terpaksa hidup dengan sebelah sahaja organ ini disebabkan ia terpaksa dibuang ekoran kondisi kesihatan tertentu.

Pakar menggelarkan prosedur membuang sebelah paru-paru ini sebagai pneumonektomi dan biasa dilakukan akibat kondisi kesihatan seperti kanser.

Ini kerana sel kanser yang terdapat pada paru-paru berisiko merebak dari sebelah ke sebelah lagi lantas mungkin kepada organ lain pula.

Maka jalan penyelesaiannya adalah dengan membuang bahagian yang telah teruk terjangkiti.

Boleh atau tidak mereka hidup secara normal?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu serba sedikit mengenai paru paru manusia, anatominya, fungsinya serta kebarangkalian memiliki sebelah organ ini sahaja.

Kini kita beralih pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu boleh atau tidak individu yang memiliki satu patu-paru hidup secara normal?

Jawapan mudahnya adalah ya, sebenarnya anda mungkin masih boleh hidup seperti biasa sahaja!

Ini kerana sebelah organ ini sahaja sudah mampu untuk mengawal kemasukan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida pada tubuh badan manusia.

Pun begitu, ini tidaklah bermakna bahawa tiada sebarang kesan sampingan lain yang akan terjadi jika hanya terdapat satu paru-paru dalam tubuh badan.

Antara kesan yang mungkin dirasai oleh penderita adalah:

Kesan ini mungkin akan lebih teruk dirasai sekiranya anda sedia ada menghidapi kondisi kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti asma, emfisema atau bronkitis kronik.

Ia akan membuat kalian berasa lebih sukar untuk bernafas jika menghidapi kondisi-kondisi ini ditambah pula dengan kewujudan sebelah paru-paru sahaja.

Pelbagai lagi kondisi kesihatan berkaitan organ ini

Konklusinya, manusia masih boleh hidup secara normal meskipun hanya memiliki sebelah paru-paru sahaja dengan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Paling utama, kita semua haruslah menjaga organ ini dengan baik tidak kira memiliki satu atau dua kerana tanpanya kelangsungan hidup mungkin akan terbantut.

Oleh itu, sila jaga paru-paru dengan tidak mengamalkan tabiat buruk seperti menghisap rokok, meminum alkohol dan gaya hidup sedentari.

Ini kerana tabiat-tabiat ini mampu menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser paru-paru yang mungkin memerlukan anda untuk menjalani prosedur pneumonektomi.

Dalam pada itu, sila jaga ia dengan baik dengan berjumpa doktor segera jika ada masalah mengenai sistem pernafasan untuk mengelakkan kondisi berkaitan organ ini seperti:

25 September, Hari Paru-paru Sedunia

Akhir kata, jadikanlah tarikh 25 September pada setiap tahun ini sebagai hari untuk kita merai dan mengingati akan kepentingan organ ini.

Meskipun sudah terbukti bahawa ramai individu yang mampu hidup hanya dengan satu paru-paru, masih ada risikonya yang lain.

Oleh itu, adalah wajar untuk kita semua menjaga organ ini dengan baik agar prosedur membuang sebelah darinya tidak akan berlaku.

Jika terdapat sebarang masalah berkaitan paru-paru anda, segera berjumpa doktor ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pneumothorax

Pneumothorax berlaku apabila terdapat aliran udara antara paru-paru dan dinding dada. Terdapat 2 jenis pneumothorax: Pneumothorax idiopatik dan sekunder

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/12/2019 . 3 minit bacaan

MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

Jika anda adalah salah seorang yang sering bersenam di luar rumah, anda perlu tahu bahawa rambut mudah gugur kerana ia berkaitan dengan udara luar tersebut

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan/Keguguran Rambut 21/11/2019 . 3 minit bacaan

Pernahkah Anda Dengar Mengenai ‘Manusia Pokok’?

EV atau manusia pokok adalah sejenis penyakit yang menjadikan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada human papilloma virus atau HPV

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Uncategorized @ms, Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 18/11/2019 . 2 minit bacaan

Cipta Organ Manusia Dalam Badan Binatang?

Jumlah mereka yang memerlukan organ semakin bertambah setiap tahun, namun solusi untuk masalah ini masih belum ditemui. Betul ke belum ditemui lagi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Berita, Berita Antarabangsa 17/11/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah kesihatan

Hempedu, Walaupun Kecil Tapi BAHAYA Jika Dijangkiti, No. 5 Boleh Sebabkan MAUT!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
masalah kesihatan

Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
pemindahan organ

Masih KURANG! Hanya 1% Rakyat Malaysia Mendaftar Sebagai Penderma Organ

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 20/04/2020 . 4 minit bacaan
manfaat sukan tinju

Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/02/2020 . 3 minit bacaan