backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2023

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Pernahkah kalian ditegur agar tidak mandi pada waktu malam kerana ia dipercayai boleh sebabkan masalah paru paru berair? Ya, ia adalah satu situasi yang pasti pernah terjadi!

    Apa yang mengejutkan, orang kita masih percaya dengan kepercayaan ini lantas membuat pihak kami ingin memberikan jawapan yang sebenar.

    Jadi adakah kepercayaan yang mengatakan mandi malam boleh sebabkan masalah paru paru berair itu adalah fakta atau auta? Jom sama-sama ikuti artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Apa itu masalah paru paru berair?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar penyakit ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, penyakit paru-paru berair atau pulmonary edema adalah kejadian pembentukan cecair di dalam paru-paru.

    Cecair tersebut berkumpul di dalam kantung udara lantas akan membuatkan pernafasan menjadi sukar ekoran tekanan yang tersekat.

    Ia boleh terjadi secara tiba-tiba (akut) atau dalam jangka masa yang lama (kronik).

    Kondisi ini boleh membawa maut sekiranya terjadi secara tiba-tiba lantas menyebabkan sesak nafas yang memerlukan penjagaan serta-merta.

    Namun jika ia dapat dikesan tepat pada waktunya, ia kebiasaannya boleh dirawat dan semakin baik dengan rawatan segera.

    masalah paru paru berair

    Kebiasaannya, penyakit ini kerap berlaku dalam kalangan orang tua dan jarang berlaku bagi orang muda.

    Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat yang lebih mendalam lagi mengenai penyakit ini.

    Apa simptom paru-paru berair?

    Bergantung sama ada anda menghidapi masalah paru paru berair akut atau kronik, simptomnya adalah sedikit berbeza seperti berikut:

    Simptom akut

    Simptom kronik

    • Sesak nafas teruk terutamanya ketika baring
    • Nafas berbunyi atau berdehit
    • Tidur terganggu disebabkan oleh sukar bernafas
    • Naik berat badan dengan cepat disebabkan pembentukan cecair di dalam tubuh badan
    • Bengkak di bahagian bawah tubuh badan terutamanya kaki
    • Kepenatan

    Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang kami tidak senaraikan di atas ini jadi sila lebih berwaspada ya?

    Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor segera!

    masalah paru paru berair

    Apa punca masalah paru paru berair?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, paru-paru manusia terdiri daripada banyak kantung udara kecil yang memasukkan oksigen dan melepaskan karbon dioksida setiap kali bernafas.

    Sekiranya anda mengalami paru-paru berair, kantung tersebut akan terisi dengan cecair dan bukannya udara.

    Terdapat beberapa kondisi kesihatan yang mungkin boleh menjadi dalang kepada penyakit ini termasuklah:

    Namun ada satu sebab yang sehingga kini menjadi persoalan dan perbualan kerana masih wujud golongan yang mempercayainya.

    Adakah benar mandi pada waktu malam boleh jadi penyebab penyakit ini?

    Mandi waktu malam adalah penyebab penyakit ini juga?

    Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu apa itu masalah paru paru berair, simptom dan punca ia berlaku kepada anda.

    Berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah ia benar boleh disebabkan oleh mandi pada waktu malam?

    Sebelum mengetahui jawapan sebenarnya, adalah wajar untuk kalian membaca terlebih dahulu punca-punca di atas tadi dan cuba kaitkannya dengan persoalan ini.

    Hakikatnya, tiada satupun punca-punca yang kami senaraikan di atas tadi untuk dikaitkan dengan kegiatan mandi pada waktu malam.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, ia adalah auta dan bukannya fakta!

    masalah paru paru berair

    Sila jaga paru-paru anda!

    Sekiranya menghidapi kondisi ini, jangan berputus asa kerana anda belum pernah terlambat untuk mendapatkan rawatan susulan.

    Penderita penyakit ini kebiasaannya akan dimasukkan ke hospital dengan kadar segera.

    Anda mungkin perlu berada di Unit Kawalan Rapi (ICU) untuk membuang cecair lebihan daripada paru-paru untuk membantu jantung bekerja dengan lebih efektif.

    Rawatan mungkin juga melibatkan penggunaan oksigen melalui topeng muka, tiub plastik kecil atau tiub pernafasan untuk membantu anda bernafas dengan sendiri.

    Dalam masa yang sama, penyebab kepada kondisi ini harus dikenal pasti dan dirawat segera.

    Bergantung kepada keadaan dan penyebab ia berlaku, anda mungkin juga menerima satu atau lebih ubatan berikut:

    • Ubat untuk mengurangkan preload
    • Ubat untuk mengurangkan afterload
    • Ubat untuk menguatkan otot jantung, menetapkan degupan jantung atau mengurangkan tekanan jantung
    • Morfin (Avinza, MS Contin)

    Akhir kata, masalah paru paru berair ini memang berbahaya kerana ia mungkin boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat dengan kadar segera.

    Pun begitu, sesuatu perlu diubah segera dan kepercayaan di mana ia disebabkan oleh gemar mandi pada waktu malam perlu diubah.

    Ini kerana ia bukan disebabkan mandi malam sebaliknya kondisi kesihatan yang lain!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan