Bukan Sekadar Banyak Makan: Mengubah Persepsi Terhadap Obesiti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Obesiti merupakan keadaan kesihatan yang ditakrifkan mengikut indeks jisim badan (BMI) yang melebihi nilai 30kg/m-2. Dianggarkan 650 juta orang dewasa dan lebih 120 juta kanak-kanak dan juga remaja di seluruh dunia menghidap obesiti. Malaysia bukanlah negara yang asing dengan keadaan obesiti dan berat badan berlebihan ini kerana negara kita merupakan negara paling gemuk di rantau Asia Tenggara, dengan 44.2% rakyat negara kita mempunyai berat badan berlebihan.

Menurut Dato’ Dr Tikfu Gee, Pakar Bedah Bariatrik & Metabolik di Pusat Perubatan Sunway, obesiti kini diklasifikasikan sebagai penyakit kronik, tetapi kita masih perlu berusaha untuk mengubah cara orang ramai berfikir tentang obesiti. Sesungguhnya, sokongan untuk pesakit-pesakit ini penting untuk membantu mereka menangani keadaan mereka.

Dalam syarahan beliau di bengkel ‘Mengubah Obesiti’ di Kuala Lumpur, anjuran Novo Nordisk pada 7 Mei yang lepas, beliau turut menyatakan bahawa dalam usaha kita untuk melawan obesiti, stigma ke atas mereka perlu dihentikan dan sebaliknya, ditukar kepada sokongan dan bantuan yang mendorong mereka ke arah mendapatkan rawatan.

Obesiti mendorong kepada lebih 50 masalah kesihatan yang lain termasuk penyakit sistemik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi; penyakit berkaitan kesuburan seperti ereksi disfungsi dan ketidaksuburan lelaki dan wanita; penyakit sendi seperti osteoatritis dan juga pelbagai jenis kanser.

Profesor Madya Dr Alex Tan, di bengkel Mengubah Obesiti anjuran Novo Nordisk.

Salah seorang panel yang turut hadir pada bengkel tersebut, Profesor Madya Dr Alex Tan, Pakar Perunding Endokrinologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, obesiti ialah penyakit yang rumit dan terdiri daripada berbilang faktor, termasuk faktor genetik, fisiologi, persekitaran dan juga faktor psikologi.

Tambahnya lagi, pemahaman obesiti dalam masyarakat kita perlu berubah daripada menganggapnya hanya sebagai keadaan yang disebabkan oleh terlalu banyak makan dan kurang bersenam. Menurutnya, kecenderungan genetik dan juga tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang lewat turut meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap obesiti.

“Tidur yang lewat atau tidak mencukupi akan mengganggu proses dalaman badan khususnya berkaitan dengan keseimbangan hormon-hormon yang mengawal selera makan dan juga kadar metabolisma badan,” kata Profesor Madya Dr Alex Tan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Turunkan Berat Badan? Ikuti Tip Pemakanan Ini…

    Pengarah Herbalife kongsikan tips nutrisi makanan untuk penurunan berat badan melalui pemakanan seimbang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 09/01/2020 . 3 minit bacaan

    Negeri Kedah Memiliki Populasi Pesakit Diabetes Paling RAMAI, Jangan Abai Tanda Yang Muncul Ya!

    Penting sangat ke kita nak tau Kedah sebagai negeri diabetes? Apa yang pihak berkuasa boleh lakukan berdasarkan kepada maklumat tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 19/11/2019 . 3 minit bacaan

    Kenapa Senaman Bukan Cara Terbaik Untuk Hilang Berat Badan?

    Tahukah anda, senaman bukanlah cara yang terbaik jika anda hendak hilang berat badan. Ikuti artikel ini untuk mengetahui penjelasannya. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Kenapa Orang Gemuk Makin Gemuk, Walaupun Dah Cuba Pelbagai Diet? Ini Sebabnya!

    Jika lemak itu tenaga, bukankah orang gemuk boleh gunakan tenaga tersebut jika glukosa di dalam darah habis? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    susu protein

    Nak Jadi Abang Sado, Boleh Ke Kalau Ambil Suplemen Protein Tapi Tidak Angkat Besi Di Gym?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
    diet pritikin

    Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan, Elak Penyakit Jantung Juga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
    lemak baik untuk diet

    Pesakit Diabetes Kena Jaga Makan, Tapi Boleh Ke Jika Ambil Lemak Dalam Diet Harian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    ini-5-makanan-punca-barah-rahim

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan