Tekanan darah normal membolehkan darah bergerak ke seluruh badan dan membekalkan oksigen serta nutrien dengan baik. Apabila ia terganggu, macam-macam keadaan kesihatan boleh berlaku.
Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin · Kardiologi · Hello Health Group
Tekanan darah normal membolehkan darah bergerak ke seluruh badan dan membekalkan oksigen serta nutrien dengan baik. Apabila ia terganggu, macam-macam keadaan kesihatan boleh berlaku.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.
Kita mungkin sering mendengar tentang tekanan darah atau ada ahli keluarga yang mengalami tekanan darah tinggi.
Namun, tahukah anda apakah maksud tekanan yang normal?
Jantung berfungsi mengepam darah ke seluruh badan. Setiap kali jantung mengepam, darah akan mengalir daripada jantung ke seluruh badan melalui saluran darah.
Kekuatan darah yang menekan dinding saluran darah itu adalah bacaan tekanan darah anda. Jika anda mengalami hipertensi, ia memberikan beban yang lebih besar ke atas saluran darah serta jantung.
Anda hanya boleh mengetahui mengenainya melalui alat pengukur sphygmomanometer, sama ada elektronik atau yang menggunakan merkuri.
Perubahan pada tekanan ini kebiasaannya tidak memberikan simptom yang jelas sehingga komplikasi seperti strok atau serangan jantung berlaku.
Oleh itu, pemeriksaan berkala adalah sangat penting untuk mengesan sebarang perubahan padanya dengan lebih awal.
Seperti jadual di atas, tekanan darah normal ialah kurang daripada 120/80.
Bacaan keadaan kesihatan ini mengandungi dua nombor yang disukat dalam unit mmHg (milimeter merkuri).
Nombor pertama (atau di atas) mewakili sistolik. Ia adalah bacaan tertinggi semasa jantung sedang mengecut dan menolak darah keluar.
Nombor kedua (atau di bawah) pula adalah diastolik. Ia adalah bacaan paling rendah semasa jantung sedang mengembang dan diisi dengan darah.
Perbezaan antara dua bacaan ini juga adalah penting kerana ia mungkin memberikan petanda kepada sesetengah keadaan kesihatan.
Perbezaan antara sistolik dan diastolik disebut sebagai tekanan tekanan nadi (pulse pressure) dengan bacaan normal antara 30 mmHg hingga 60 mmHg.
Tekanan yang tinggi menyebabkan saluran darah menegang dan jantung perlu bekerja lebih kuat untuk mengatasi tekanan tersebut. Ia boleh menyebabkan banyak keadaan kesihatan di seluruh badan.
Antara kesannya adalah sepeti di bawah:
Walaupun anda masih muda dan tidak mengalami masalah ini, anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengawalnya.
Lebih-lebih lagi jika ahli keluarga anda ada yang mengalami hipertensi, anda berisiko untuk mengalaminya juga.
Tekanan darah normal pada hari ini tidak menjanjikan ia akan berkekalan selama-lamanya. Beberapa gaya hidup sihat yang anda boleh amalkan untuk mengawalnya:
Dalam masa yang sama, ia juga tidak bagus jika terlalu rendah ya? Dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor.
Tanpa pemeriksaan, anda tidak akan dapat tahu bacaan tekanan anda. Untuk orang yang normal, sekali dalam lima tahun adalah memadai untuk menjalani pemeriksaan.
Jika umur sudah meningkat, kekerapan yang lebih banyak dan kerap adalah diperlukan!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen