backup og meta

Ibu Hamil Ada Diabetes, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Kesan Atau Tidak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/07/2021

    Ibu Hamil Ada Diabetes, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Kesan Atau Tidak?

    Ada yang bertanya, bolehkah jika ibu hamil diabetes menyusukan bayi? Adakah ibu mengandung yang menghidap kencing manis akan mendapat sebarang kesan jika terus menyusukan anak mereka?

    Oleh sebab itu, timbul kekhuatiran jika aktiviti menyusukan bayi boleh menyebabkan si manja mendapat diabetes.

    Begitu juga dengan kerisauan ibu itu sendiri berkenaan aktiviti menyusukan bayi yang mungkin memberi kesan terhadap dirinya sendiri. 

    Oleh itu, adakah aktiviti menyusukan bayi ini selamat terhadap kedua-dua ibu dan juga bayinya? Sila lihat penerangan di bawah ini.

    Bolehkah saya menyusukan bayi walaupun saya ibu hamil diabetes?

    ibu hamil diabetes

    Tahukah anda, walaupun anda merupakan seorang ibu hamil diabetes, anda masih boleh menyusukan anak anda seperti biasa kerana ia memberikan banyak manfaat.

    Diabetes tidak akan mempengaruhi kesihatan bayi.

    Namun pada ibu mengandung diabetes tersebut, anda mungkin akan mengalami kadar gula darah rendah atau hipoglisemia yang disebabkan oleh pembakaran kalori dan tenaga berlebihan

    Adakah diabetes yang dialami boleh berpindah kepada bayi melalui penyusuan susu ibu?

    Sebenarnya, penyusuan bayi tidak akan menyebabkan penyakit diabetes berpindah daripada ibu kepada bayinya.

    Bahkan, penyusuan bayi sebenarnya mengurangkan risiko si manja untuk mendapat diabetes jenis 1 dan 2.

    Kajian pada tahun 2008 menyatakan, semakin lama bayi tersebut menyusu badan, maka semakin kurang risikonya untuk mendapat penyakit diabetes.

    Kebaikan menyusukan bayi walaupun anda ibu hamil diabetes

    Bayi yang disusukan dengan susu ibu kurang berisiko untuk mempunyai masalah kesihatan seperti masalah berkaitan pernafasan, jangkitan telinga, masalah pencernaan dan juga asma.

    Selain itu, bayi yang menyusu badan juga turut kurang terdedah untuk mendapat diabetes jenis 1 dan 2, walaupun ibu mengandung diabetes. 

    Bagi ibu hamil, anda juga akan memperoleh manfaat daripada aktiviti penyusuan bayi.

    Sekiranya anda mempunyai diabetes gestasi sewaktu hamil, tahap gula darah anda akan kembali normal sejurus selepas anda melahirkan anak.

    Namun, anda masih cenderung untuk mendapat diabetes jenis 2.

    Melalui penyusuan bayi, ia boleh membantu mengawal paras gula darah anda dan seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2. 

    Walaupun anda mungkin mengalami sama ada diabetes gestasi mahupun diabetes jenis 1 dan 2, aktiviti penyusuan bayi boleh membantu anda menurunkan kembali berat badan yang bertambah sewaktu anda hamil.

    Selain itu, ibu yang menyusukan anak juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser payudara dan juga kanser ovari. 

    Namun, mungkin akan timbul sedikit masalah bagi ibu hamil diabetes

    ibu mengandung diabetes

    Menyusukan bayi mungkin agak sukar pada peringkat permulaannya.

    Apatah lagi, jika seseorang ibu mengandung itu menghidap diabetes.

    Sebagai contoh, keadaan diabetes yang dialami mungkin menyebabkan penghasilan susu ibu menjadi agak perlahan.

    Ini kerana insulin memainkan peranannya yang tersendiri dalam penghasilan susu.

    Oleh sebab itu, diabetes yang dialami sebenarnya boleh menjejaskan penghasilan susu ibu.

    Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, maka aktiviti menyusukan bayi mungkin menjadi lebih sukar.

    Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat sekiranya anda perlu memberikan susu formula kepada bayi atau tidak. 

    Adakah penyusuan bayi boleh menjejaskan tahap gula darah ibu hamil?

    Untuk menghasilkan susu, tubuh badan manusia akan menggunakan kandungan gula atau glukosa daripada darah.

    Pada saat anda menyusukan bayi, tahap gula darah anda mungkin akan turut terjejas.

    Bagi ibu hamil yang mengambil suntikan insulin, mereka mungkin akan mendapati bahawa keperluan insulin mereka akan berkurangan sewaktu mereka menghasilkan susu.

    Manakala bagi ibu mengandung yang mengambil ubat-ubatan menurunkan glukosa, mereka perlu berhati-hati sekiranya mereka mungkin mengalami sebarang gejala hipoglisemia (paras gula darah rendah)

    Apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan paras gula rendah ketika menyusukan bayi?

    Bagi mengurangkan risiko berlakunya gula darah rendah sewaktu menyusukan bayi, anda boleh mengambil snek sebelum memulakan sesi penyusuan bayi.

    Ini bagi memastikan agar tahap gula darah sentiasa berada dalam keadaan stabil.

    Ambillah jenis snek yang sihat untuk tujuan ini seperti buah-buahan segar untuk dimakan.

    Selain itu, anda juga perlu sentiasa memantau paras gula darah anda sewaktu menyusukan bayi agar gula anda tidak terlalu tinggi ataupun rendah yang mungkin boleh menyebabkan masalah lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan