Betul Ke TANPA Gula Dalam Darah, Manusia Tiada Tenaga & Berapa Paras Gula Yang Normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Memahami gula dalam darah adalah penting untuk kita tahu tahap kesihatan tubuh badan secara umumnya.

Untuk pengetahuan anda, gula di dalam darah selalu disebutkan adalah merujuk kepada glukosa, iaitu unit paling kecil bagi gula.

Karbohidrat adalah sumber kepada gula dan ia terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada struktur dan berat molekol: monosakarida, disakarida, oligosakarida, polisakarida.

Contoh monosakarida adalah glukosa, fruktosa dan galaktosa.

Disakarida pula termasuk maltosa, laktosa dan sukrosa (gula yang biasa digunakan untuk membancuh air).

Manakala oligisakarida dan polisakarida adalah unit terbesar karbohidrat yang biasanya terdapat di dalam makanan seperti nasi dan roti.

Persoalannya, apakah kepentingan gula di dalam saluran darah kita? Jom sama-sama kita belajar!

Apa kepentingan gula dalam darah?

Glukosa adalah unit utama yang digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.

Tanpanya, sel-sel di dalam badan tidak mempunyai tenaga dan tidak mampu menjalankan fungsinya.

Sebagai contoh, kekurangan glukosa menyebabkan sel otak gagal berfungsi membuatkan seseorang mungkin hilang kewarasan dan pengsan.

Di dalam badan manusia, glukosa adalah fokus utama apabila bercakap tentang gula.

Sekiranya ingin diukur kandungan gula, glukosa digunakan sebagai kayu ukurnya.

gula

Makanan yang dimakan akan diuraikan menjadi glukosa kerana ia adalah unit yang boleh digunakan oleh sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga.

Jika kadar glukosa berkurang, lemak akan ditukarkan menjadi glukosa bagi menggantikan kadar yang kurang tersebut.

Pankreas adalah organ yang bertanggungjawab mengawal kadar gula melalui hormon insulin dan glukagon.

Insulin menurunkan, manakala glukagon menaikkan kadar glukosa.

Diabetes berlaku apabila terdapat masalah pada insulin, sama ada:

  • Kurang penghasilan
  • Tidak mampu berfungsi dengan baik

Apabila insulin gagal berfungsi, kadar glukosa akan meningkat.

Apakah ukuran normal glukosa dalam darah?

Ukuran normal glukosa adalah sangat penting.

Jika kurang (hipoglisemik), sel tidak akan mendapatkan tenaga untuk bekerja.

Jika terlebih (hiperglisemik/diabetes) pula, pelbagai komplikasi boleh berlaku.

Ukuran dibuat sama ada secara rambang, selepas berpuasa selama 8 jam atau 2 jam selepas makan.

Setiap daripadanya mempunyai julat bacaan yang berbeza.

gula dalam darah

Darah diambil daripada hujung jari dengan hanya menggunakan jarum kecil.

Beberapa titik darah sudah mencukupi untuk mendapatkan bacaan gula.

Apakah simptom hiperglisemik?

Awasi simptom-simptom berikut:

  • Haus
  • Lapar
  • Mulut kering
  • Kerap ke tandas untuk kencing
  • Hilang berat badan tanpa merancang
  • Mudah penat
  • Penglihatan kabur
  • Luka lambat sembuh
  • Mati pucuk
  • Rasa kebas di kaki atau tangan

Diabetes adalah penyakit kronik yang serius kerana ia boleh mengakibatkan kehidupan kita terganggu ekoran terpaksa berjaga-jaga dalam pemakanan dan aktiviti fizikal yang lain.

Sekiranya kita gagal mengawalnya, maka akan berlaku pelbagai komplikasi kesihatan yang lain atau lebih teruk lagi individu terpaksa teruskan hidup dengan melakukan amputasi.

Pendek kata, ia memang merupakan antara penyakit kronik yang banyak dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu, gaya hidup sihat dan diet pemakanan yang seimbang sangat perlu untuk mencegahnya daripada berlaku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Masalah Darah Beku Secara Tiba-tiba Boleh Membawa Maut! Ini 7 Puncanya

Penyakit darah beku boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika tidak dicegah, anda boleh diserang penyakit seperti sakit jantung dan strok!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Anemia, Pusat Kesihatan 08/12/2020 . 3 minit bacaan

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

Anda ada masalah nafas berbau atau mulut berbau? Jaga-jaga! Ini mungkin petanda ada sakit diabetes. Tapi, apakah kaitan kedua-duanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes Jenis 2, Kencing Manis 26/11/2020 . 3 minit bacaan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Pernah tak anda berada di dalam situasi yang menyeronokkan namun pengalaman itu terganggu kerana anda kerap buang air kecil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Masalah Pundi Kencing, Urologi 25/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

siku dan lutut hitam

Muka Putih Tapi Siku & Lutut Hitam? Petua Semula Jadi Ini Bantu Cerahkannya Kembali

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit hepatitis

Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Derma Darah Walaupun Sudah Pulih

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
ketidakseimbangan hormon

Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
mulut kering

Salah Satu Petanda Hidap Diabetes Adalah Mulut Kering! Jaga-jaga Jika Anda Alaminya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/12/2020 . 3 minit bacaan