
Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015, seramai 3.6 juta, bersamaan 17.5% daripada keseluruhan rakyat Malaysia menghidap diabetes. Lebih kurang 1 daripada 6 rakyat negara ini. Malah, diaggarkan bahawa angka ini akan meningkat kepada 1 daripada 5 menjelang tahun 2020.
Bukan sahaja bilangan kes yang tinggi, penyakit itu sendiri memerlukan masa, kos dan komitmen yang sangat banyak dalam menguruskannya. Sekali terkena, ia akan menjejaskan seluruh kehidupan pesakit.
Novo Nordisk, sebuah syarikat farmaseutikal Belgium yang terkenal dengan penghasilan rawatan diabetes melancarkan ubat terbarunya pada hari ini di sebuah hotel di ibu negara. Ubat yang bernama Victoza® itu bukan sahaja mengawal tahap gula di dalam darah, malah juga mengurangkan risiko komplikasi jantung disebabkan oleh diabetes.
Victoza® terbukti berkesan
Victoza® adalah sejenis ubat di bawah kategori glucagon-like peptide-1 (GLP-1) agonist. Ia juga disebut sebagai liraglutide dalam nama generik.
Doktor dan saintis di dalam sektor kesihatan sentiasa mencari jalan terbaik dalam merawat serta menguruskan diabetes, terutamanya yang melibatkan komplikasi termasuk jantung, buah pinggang dan mata. Pelbagai kombinasi rawatan telah dijalankan untuk mencari gabungan ubat terbaik.
Kini, doktor dan pesakit mendapat berita gembira dengan kehadiran ubat ini. Ia terbukti berkesan dalam mengawal kadar gula di dalam darah, sama ada digunakan secara bersendirian atau bersama ubat lain seperti metformin, sulfonylurea dan glitiazone.
Apa yang lebih menarik adalah ia juga membantu mengurangkan berat badan dan yang lebih penting adalah mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 22%.
Masih ada harapan buat pesakit diabetes
Jika anda atau ahli keluarga menghidap kencing manis, jangan pernah putus asa dalam menghadapinya. Sentiasa ada jalan keluar dan sinar di sebalik keperitan yang dialami. Perkembangan teknologi dan sains banyak membantu dalam peningkatan tahap penjagaan kesihatan di negara ini.
Selagi mana anda mempunyai mentaliti yang positif dan mengamalkan gaya hidup sihat di samping rawatan yang betul, keadaan akan bertambah baik.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.