backup og meta

Darah Keluar Banyak Semasa Datang Bulan? Anda Mungkin Dapat Penyakit Anemia

Darah Keluar Banyak Semasa Datang Bulan? Anda Mungkin Dapat Penyakit Anemia

Tahukah anda, kadar haid panjang atau period lama dan juga penyakit anemia yang anda alami boleh bersangkut-paut antara satu sama lain?

Walaupun ramai yang sangka anemia boleh menyebabkan haid datang dengan jumlah yang sedikit, namun selalunya, perkara yang bertentangan pula berlaku.

Menorrhagia, ataupun pendarahan yang berlebihan ketika haid atau period lama merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami anemia.

Secara purata, seorang wanita akan datang bulan selama 2 hingga 5 hari. Dalam tempoh ini, wanita akan kehilangan darah sebanyak 1 auns ataupun lebih.

Walau bagaimanapun, mereka yang menghidap menorrhagia akan datang haid dua kali lebih lama dan kehilangan darah yang jauh lebih banyak daripada biasa.

Bagaimana hendak tahu jika period lama menyebabkan penyakit anemia?

period lama

Menorrhagia merupakan pendarahan berlebihan yang menyebabkan wanita mengalami anemia, lebih-lebih lagi jika ia berlaku dalam satu jangka masa yang panjang.

Di Amerika Syarikat, menorrhagia berlaku kepada 1 daripada 5 orang wanita.

Wanita yang mempunyai haid yang lama akan mengalami kekurangan sel darah merah. 

Oleh sebab itu, badan tidak dapat membawa oksigen yang cukup untuk kegunaan tisu dan organ dalam badan.

Akibatnya, mereka yang mengalami menorrhagia akan rasa penat dan lesu. Mereka juga akan alami simptom lain seperti sakit dada, sukar untuk fokus dan sering sakit kepala.

Wanita yang mengalami haid yang berat lebih berisiko untuk mendapat anemia kurang zat besi

Malah, hampir 460 juta wanita di luar sana sebenarnya menghidap kondisi ini. Menorrhagia merupakan satu masalah yang lazim dalam kalangan wanita. 

Namun, ia selalunya tidak dapat didiagnosis kerana keengganan wanita untuk memeriksa keadaan mereka di hospital. Ramai juga yang menyangka kondisi ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dirawat. 

Mereka yang mengalami period yang terus secara automatik akan menjadi anemia jika jumlah zat besi yang hilang tidak dapat diganti dengan jumlah zat besi yang didapati melalui pemakanan.

Jadi, bagaimana ingin tahu jika datang bulan atau period lama boleh menyebabkan anda mengalami anemia? Antara tandanya ialah:

  1. Perlu menukar tuala wanita sekali dalam masa sejam.
  2. Terpaksa menggunakan 2 kali ganda jumlah tuala wanita daripada biasa.
  3. Datang haid lebih lama dari 7 hari.
  4. Rasa lemah dan letih yang amat sangat.
  5. Tidak mampu melakukan kerja atau aktiviti normal kerana terganggu dengan haid yang dialami.

Jika anda benar-benar mengalami menorrhagia, dapatkan penjelasan yang tepat daripada doktor untuk diagnosis.

Adakah suplemen asid folik dapat membantu wanita atasi period lama?

period lama

Ramai wanita yang mengambil suplemen asid folik dengan harapan ia boleh dapat membantu mengurangkan pendarahan yang dialami ketika datang bulan.

Walau bagaimanapun, asid folik sahaja tidak dapat merawat anemia. 

Wanita yang datang bulan dan alami pendarahan berlebihan atau period lama selalunya mengalami sejenis anemia yang dikenali sebagai anemia kekurangan zat besi.

Oleh sebab itu, doktor mungkin akan memberi preskripsi suplemen zat besi untuk membantu meningkatkan simpanan zat besi dalam badan.

Selain itu, doktor mungkin akan memberi multivitamin yang mengandungi asid folik, vitamin C, vitamin B12 dan lain-lain yang boleh membantu untuk membina semula sel darah merah.

Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pendarahan yang abnormal semasa datang bulan. Salah satu puncanya ialah fibroid pada bahagian uterus wanita.

Namun, perkara lain seperti hormon yang tidak seimbang dan juga pemakaian alat pencegah kehamilan seperti IUD  juga boleh menyebabkan wanita alami perkara yang sama.

Jika anda mengalami menorrhagia, langkah seterusnya yang patut dilakukan adalah dengan berjumpa doktor dalam masa yang terdekat.

Doktor akan melakukan diagnosis yang merangkumi ujian darah dan juga ujian fizikal.

Selain itu, sejarah keluarga juga mungkin akan diselidik untuk mengetahui sama ada anemia yang dialami berpunca daripada penyakit ataupun kondisi genetik.

Selain pendarahan yang berlebihan atau period lama, apa lagi yang boleh menyebabkan anemia?

Pendarahan boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara, antaranya ialah:

  • Pengambilan zat besi yang tidak mencukupi – Kadangkala, ada individu yang tidak dapat menyerap zat besi dengan sepenuhnya hingga menyebabkan anemia
  • Pendarahan dalaman – Ulser, polip, gastrik dan banyak lagi kondisi lain boleh menyebabkan anemia
  • Kadar vitamin B12 yang rendah dalam darah – Vitamin B12 diperlukan oleh badan untuk membuat sel darah merah
  • Genetik – Beberapa jenis anemia seperti talasemia dan anemia sel sabit adalah kondisi genetik yang berlaku secara turun-temurun

Perlukah saya rasa risau mengenai anemia yang dialami?

period lama

Perlu atau tidak, semuanya bergantung kepada keadaan dan situasi anda.

Wanita yang mengandung amat berisiko untuk mengalami anemia. Malah, hampir 40% daripada mereka mengalaminya, dan keadaan ini juga dilihat sebagai sesuatu yang normal.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mengandung, anemia merupakan satu kondisi yang memerlukan rawatan daripada doktor lebih-lebih lagi jika anemia yang dialami adalah disebabkan pendarahan secara berlebihan.

Selalunya, anemia boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan dan juga perubahan dari segi diet.

Namun, ada juga beberapa jenis anemia yang lebih sukar dirawat dan memerlukan prosedur seperti transfusi darah dan pemindahan tulang sumsum.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Heavy Menstrual Bleeding. https://www.cdc.gov/ncbddd/blooddisorders/women/menorrhagia.html. Accessed November 14, 2020.
  2. Heavy periods: Can folic acid help? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menorrhagia/expert-answers/heavy-periods/faq-20058365. Accessed November 14, 2020.
  3. Menorrhagia (heavy menstrual bleeding). https://www.nchmd.org/education/mayo-health-library/details/CON-20305552. Accessed November 14, 2020.
  4. Anemia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/3929-anemia. Accessed November 14, 2020. 
  5. Anemia. https://www.nhlbi.nih.gov/health/anemia. Accessed November 14, 2020.  

Versi Terbaru

21/09/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ada 6 Punca Kenapa Keputihan Berwarna Coklat, Ia Bukanlah Sebab Hamil Sahaja!

Sering Penat, Sukar Tidur Malam- Ini TANDA KETARA Anemia, Cepat Jumpa Doktor Jika Anda Alaminya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan