Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 30/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

“Nak makan apa sahur nanti?” Mungkin anda juga terfikir perkara yang sama seperti kami, tercari-cari apakah menu untuk sahur pagi nanti.

Ramai yang lebih gemar mencari menu sahur simple memandangkan kita biasanya tidak begitu bertenaga untuk memasak pelbagai jenis makanan pada awal pagi.

Apakah jenis makanan yang sesuai untuk sahur?

Menu untuk sahur disarankan terdiri daripada jenis makanan yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat yang mampu memberikan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.

Oleh itu, antara menu sahur simple tetapi berkhasiat untuk tubuh anda ialah menu yang lambat dihadam oleh perut seperti karbohidrat kompleks

Anda juga digalakkan minum banyak air sewaktu sahur untuk memastikan anda kekal hidrat selain membantu dalam mencernakan makanan yang telah dimakan.

Ini 7 menu sahur simple untuk anda makan ketika sahur

Menu sahur simple 1: Telur hancur simple

menu untuk sahur

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • Setengah biji bawang besar dan dicincang
  • 100 gram sayur campur
  • 20 gram isi dada ayam
  • 1 sudu mayones
  • Minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan dahulu bawang besar, sayur campur dan juga isi dada ayam sehingga masak.
  3. Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam kuali.
  4. Jangan lupa letakkan sedikit garam sebagai perasa.
  5. Kacau telur menggunakan senduk sehingga menjadi ketulan. Angkat dan hidangkan bersama roti keping.

Menu sahur simple 2: Udang goreng bersama telur dan daun bawang

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang yang telah dibuang kulit
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Setengah sudu teh serbuk lada sulah
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • 4 biji telur
  • 50 gram daun bawang (dipotong 3 cm)
  • 1 sudu makan susu segar
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan udang dan toskan. Kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan udang sekitar 5 hingga 10 minit. Ketepikan dahulu.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan campurkannya bersama susu segar, serbuk lada sulah dan juga sedikit garam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan juga halia.
  4. Setelah itu, masukkan udang dan kacau rata sehingga udang separuh masak.  Angkat dan ketepikan dahulu.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan telur. Kacau rata selama 1 minit.
  6. Kemudian masukkan udang yang telah ditumis tadi bersama-sama daun bawang yang telah dihiris.
  7. Kacau rata dan tutupkan api.
  8. Hidangkan bersama nasi putih.

Menu sahur simple 3: Sambal sardin bersama telur

menu untuk sahur

Bahan-bahan:

  • 1 tin kecil sardin
  • 4 biji telur
  • 50 gram lada giling
  • Setengah ulas bawang besar (dicincang)
  • 20 gram cendawan
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan asam jawa (dibancuh bersama air)
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit gula
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur mata kerbau. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian, masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar bersama lada giling sehingga masak atau garing.
  3. Masukkan cendawan yang telah dihiris dan juga ikan sardin.
  4. Masukkan air asam jawa, gula dan juga garam mengikut citarasa.
  5. Masukkan sedikit kicap manis bersama daun sup. Tutup api, angkat dan tuangkan di atas telur mata kerbau tadi. Hidangkan bersama nasi.

Menu sahur simple 4: Telur dadar gulung

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • Sebiji bawang merah
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan mayones
  • 50 gram sayur campur
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan hirisan bawang merah, sos cili dan juga mayones ke dalam telur. Kacau sehingga kesemua bahan menjadi sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali dan masukkan telur tadi.
  4. Goreng telur sehingga masak.
  5. Apabila telah masak, angkat dan ketepikan.
  6. Gulung telur tersebut dan hidangkan bersama nasi panas.

Menu sahur simple 5: Nasi goreng cina

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi putih yang telah sejuk
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji telur
  • 100 gram isi ayam (dipotong nipis)
  • 100 gram isi udang 
  • 100 gram isi sotong
  • 50 gram sayur campur
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih.
  2. Masukkan telur, isi ayam, udang dan juga sotong. Tumiskan sehingga masak.
  3. Masukkan sayur campur.
  4. Masukkan nasi putih dan gaul sehingga rata.
  5. Tutup api dan angkat nasi goreng. Hidangkan.

Menu sahur simple 6: Ayam pandan

menu sahur simple

Bahan-bahan:

  • 5 ketul paha ayam
  • Setengah sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 5 helai daun pandan
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan paha ayam dan gaulkan bersama serbuk lada sulah, serbuk paprika, serbuk kunyit dan juga garam. Perapkan ayam sekitar 1 jam.
  2. Kemudian, balutkan ayam tersebut dengan daun pandan. Pastikan ia diikat kemas pada ayam.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga masak. Apabila telah masak, angkat ayam dan toskan.
  4. Hidangkan bersama nasi putih panas.

Menu sahur simple 7: Sayur fat choy tumis tofu

Bahan-bahan:

  • 5 tangkai sawi hijau (dicuci bersih)
  • 1 keping tofu atau tauhu telur (dipotong tebal dan digoreng)
  • Setengah biji lobak merah (dihiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • 1 sudu minyak bijan
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit garam

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya.
  2. Masukkan hirisan lobak merah dan masukkan air. Biarkan ia mendidih.
  3. Kemudian, masukkan minyak bijan dan juga sawi hijau.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
  5. Masukkan tauhu telur yang telah digoreng sebelum ini. Kacau sedikit.
  6. Tutup api, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Kesimpulan

Menyediakan menu untuk sahur tidaklah sesukar yang disangka.

Anda boleh sahaja mencuba menu mudah seperti yang dikongsikan di atas ini sebagai menu untuk sahur.

Untuk menjimatkan masa memasak di dapur, sediakan dahulu bahan-bahan untuk memasak menu untuk sahur sebelum anda tidur

Kupas bawang, keluarkan bahan makanan beku daripada peti ais dan siang sayur-sayuran selepas anda habis melakukan solat Tarawih.

Pasti esok anda tidak terkejar-kejar masa untuk menyediakan menu sahur anda. Selamat mencuba.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Sakit Semasa Berpuasa? Ketahui 5 Penyakit Lazim Berlaku Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan sudah tiba! Jika anda tidak berpada-pada ketika makan berbuka, anda boleh mendapat 5 penyakit bulan puasa lazim ini. Ketahuinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/04/2020 . 3 minit bacaan

Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

Penghidap gastrik antara individu terkesan dalam bulan Ramadan. Jadi ini adalah 9 jenis makanan yang perlu diambil untuk atasi masalah gastritis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 29/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bulan ramadhan

Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
puasa 20 jam

Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
bahaya merokok

Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
tradisi melayu

Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan