Berapa banyak kuantiti protein sewaktu sahur?
Anda boleh mengambil sumber protein daripada daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur, susu, yogurt, keju, tahu, tempe, kekacang dan biji-bijian. Ambillah makanan sumber protein ini sebanyak 1-2 bahagian sewaktu sahur.
3. Sayuran dan buah-buahan
Sayuran dan buah-buahan juga penting untuk diambil sewaktu sahur. Kedua-duanya mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk memelihara kesihatan anda, seperti kalium, asid folat, vitamin A, vitamin E, vitamin C, zat besi, dan magnesium. Banyak vitamin dan mineral yang berperanan dalam pelbagai metabolisme tubuh.
Berapa banyak kuantiti buah dan sayur sewaktu sahur?
Selain manfaatnya tersebut, buah-buahan dan sayuran juga tinggi kandungan serat. Serat bermanfaat dalam membantu agar anda kenyang lebih lama dan juga dapat membantu mencegah sembelit. Cukupkan keperluan buah dan sayur anda sebanyak 2-3 bahagian sewaktu sahur. Anda juga boleh memakan kurma sewaktu sahur untuk mencukupkan keperluan serat, vitamin, dan mineral anda setiap hari.
4. Air putih
Air juga diperlukan untuk melancarkan pencernaan anda, melancarkan metabolisme tubuh, menjaga hidrasi tubuh, dan masih banyak lagi manfaat lainnya untuk kesihatan anda. Keperluan air yang mencukupi dapat membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lancar.
Berapa banyak air minum yang diperlukan sewaktu sahur?
Anda mungkin perlu minum air sebanyak 2 gelas atau lebih sewaktu sahur. Keperluan air setiap orang mungkin akan berbeza.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen