backup og meta

Tekanan Emosi & Gangguan Usus, Benarkah Ada Kaitan Di Antara 2 Masalah Ini?

Tekanan Emosi & Gangguan Usus, Benarkah Ada Kaitan Di Antara 2 Masalah Ini?

Pernahkah anda terfikir bahawa tekanan emosi boleh menjadi punca gangguan usus? Kesan daripada itu, sistem pencernaan anda juga sudah tentu akan terjejas bukan? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Kesan tekanan pada usus anda bergantung pada tempoh masa tekanan yang anda hadapi:

  • Tekanan jangka pendek – boleh menyebabkan kehilangan selera makan, melambatkan proses penghadaman.
  • Tekanan jangka panjang – cetuskan masalah gastrousus (GI) seperti sembelit, cirit-birit, masalah pencernaan, gangguan dalam perut.
  • Tekanan kronik tempoh masa panjang – masalah lebih serius seperti sindrom kerengsaan usus dan gangguan GI lain.

punca gangguan usus

Salah satu cara untuk mengelakkan punca gangguan usus sekali gus mendapatkan sistem pencernaan yang baik adalah dengan menguruskan tekanan sebaiknya.

Mengurangkan tekanan boleh merendahkan kerengsaan pada usus, mengurangan tekanan GI dan memelihara kesihatan anda kerana badan anda dapat menumpukan kepada penyerapan nutrien yang diperlukan.

Jika anda merasakan tahap tekanan anda mempengaruhi sistem pencernaan anda, di bawah terdapat tips untuk membantu memperbaiki pencernaan anda.

Yoga

Untuk meningkatkan dan menyokong sistem pencernaan anda, pastikan anda melakukan aktiviti fizikal secara konsisten seperti berjalan dan berlari.

Senaman yoga Hatha atau Iyengar, yang memfokuskan kepada penyelarasan dan postur badan boleh mengurangkan simptom gastrointestinal dan mengurangkan tekanan.

Meditasi

Penyelidikan saintifik mencadangkan amalan meditasi dapat meningkatkan kesedaran tentang kehidupan anda.

Meditasi dengan teknik pernafasan mendalam itu boleh menurunkan tahap keradangan dan kerengsaan dalam badan lantas menjadi salah satu rawatan masalah usus.

punca gangguan usus

Makanan baik untuk usus: prebiotik & probiotik

Perbanyakkan makan makanan yang menggalakkan perkembangan bakteria usus seperti prebiotik dan probiotik untuk menyokong pencernaan.

Buahan dan sayuran dengan inulin, seperti asparagus, pisang, bawang putih, dan bawang mengandungi prebiotik.

Makanan ditapai seperti kimchi, tempe dan yogurt, mengandungi probiotik.

Merokok

Jika anda memilih rokok setiap kali berdepan tekanan, sudah tiba masanya anda membuang tabiat ini.

Tabiat merokok bukan sahaja punca gangguan usus dan sistem pencernaan, malah ia juga meningkatkan risiko ulser peptik (peptic ulcers) serta kanser yang berkaitan.

Seandainya anda merokok, pertimbangkan untuk mengurangkan atau berhenti merokok sepenuhnya demi kebaikan sistem pencernaan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Stress and Your Gut, https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/stress-and-your-gut/, Accessed Dec 6 2018.
  2. Gut-Brain Connection, https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/16358-gut-brain-connection, Accessed Dec 6 2018.
  3. Stress effects on the body, https://www.apa.org/topics/stress/body, Accessed Dec 6 2018.
  4. The Brain-Gut Connection, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-brain-gut-connection, Accessed Dec 6 2018.
  5. Stress and stomach pain: When should you see a specialist?, https://www.uchicagomedicine.org/forefront/gastrointestinal-articles/stress-and-stomach-pain-when-should-you-see-a-specialist, Accessed Dec 6 2018.

Versi Terbaru

16/08/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sembelit Kronik Boleh Jadi Punca Perut Kembung, Ini 6 Rawatan Atasinya!

Selain Tanda Lapar, Ada 4 Lagi Sebab Lain Perut Anda Tiba-Tiba Berbunyi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan