backup og meta

Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

Ada yang memilih untuk rawat buasir dengan memecahkan bonjolan bagi menghilangkan rasa sakit tapi itu bermakna anda akan terdedah kepada risiko jangkitan yang boleh membahayakan!

Lebih malang lagi jika tindakan tersebut tidak menjadikan keadaan bertambah baik, sebaliknya membuatkan pergerakan usus menjadi semakin menyakitkan berbanding sebelumnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan kondisi ini?

Buasir atau hemorrhoid adalah saluran darah bengkak pada rektum atau dubur.

Buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian bawah rektum (bahagian terakhir usus besar) dan anus (dubur) berkembang dan membesar. 

Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung.

Buasir dalaman terbentuk di dalam rektum dan biasanya tidak menyakitkan, tetapi mungkin masih berdarah

Manakala, buasir luar berkembang di sekitar dubur dan cenderung lebih menyakitkan.

rawat buasir

Kewujudan buasir ini boleh menyebabkan gatal dan pendarahan. Keadaan ini juga sering mengakibatkan pergerakan usus menjadi tidak selesa.

Buasir luar kadang-kadang menyebabkan terbentuknya gelembung atau bonjolan pada sekitar dubur. Memecahkannya akan menyebabkan luka terbuka.

Rawat buasir dengan pecahkannya, boleh atau tidak?

Secara teknikal, anda boleh rawat buasir dengan memecahkannya untuk mengeluarkan darah, tetapi tidak digalakkan.

Ini kerana perbuatan tersebut tidak akan memulihkan masalah buasir. Sebaliknya, boleh menjadikan keadaan bertambah buruk.

Percubaan memecahkan buasir itu akan memberi tekanan pada saluran darah yang membonjol.

Dengan tekanan yang cukup, saluran darah akan terbuka untuk menyebabkan wujudnya luka, yang biasanya mengakibatkan pendarahan.

Sekiranya saluran darah besar, pendarahan boleh menjadi teruk dan sukar dihentikan.

Buasir dalaman kadang-kadang turun/ jatuh (prolapse), bermaksud bahagian pembuluh darah yang bengkak akan terkeluar daripada dubur dan boleh dilihat

Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan teruk yang mungkin boleh mengancam nyawa. 

Baca lagi artikel berkaitan:

Risiko jangkitan yang sangat tinggi

Bagi individu yang mengalami gangguan pendarahan atau mengambil ubat anti darah beku (anticlotting) mempunyai risiko pendarahan banyak.

Anda mungkin memecahkan bonjolan untuk rawat buasir. 

rawat buasir

Tetapi malangnya pecahan itu akan menjadi luka terbuka dan memberikan jalan mudah bagi bakteria memasuki saluran darah dan meningkatkan risiko jangkitan. 

Kecenderungan untuk berlaku adalah tinggi kerana najis penuh dengan bakteria.

Buasir yang dijangkiti akan menjadi sangat menyakitkan. Dalam beberapa kes, jangkitan boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain, sekali gus meningkatkan potensi menjadi sangat serius.

Cara rawat buasir yang sudah dipecahkan

Jika anda sudah memecahkannya, adalah penting untuk anda mengambil langkah-langkah penting bagi mengurangkan risiko jangkitan. 

Anda boleh mengenal pasti jika terdapat kemungkinan berlaku jangkitan, seperti:

Sebaiknya, berjumpalah doktor dengan segera agar pemeriksaan dapat dibuat untuk menilai keadaan dan membolehkan rawatan sewajarnya dilakukan. 

Doktor juga akan dapat memastikan tidak wujud sebarang risiko komplikasi.

Kaedah rawat buasir yang boleh dilakukan

Sekiranya hemorrhoid yang dialami menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan, tahan keinginan anda untuk memecahkannya. 

Terdapat cara lain yang boleh dilakukan untuk merawat buasir serta melegakannya tanpa risiko jangkitan atau komplikasi.

rawat buasir

Mulakan dengan membersih dan mengurangkan keradangan:

  1. Mandian sitz

Rendam bahagian dubur anda dengan air suam. Untuk bantuan tambahan, tambahkan sedikit garam Epsom ke dalam air.

  1. Tisu basah

Cuba gunakan tisu basah atau tuala lembap sebagai pengganti kepada tisu tandas. Pilih tisu tanpa pewangi.

  1. Pek mampatan sejuk

Balut pek sejuk dengan tuala dan duduk di atasnya dalam tempoh 20 minit untuk mengurangkan keradangan dan menenangkan kawasan tersebut.

  1. Sapuan krim

Anda juga boleh menggunakan krim topikal pada buasir luaran atau menggunakan supositoria berubat (medicated suppository) untuk buasir dalaman.

  1. Duduk di tandas

Elakkan duduk di tandas untuk jangka masa yang lama. Ini boleh memberi lebih banyak tekanan pada buasir.

Kemudian anda boleh merawat kondisi ini dengan melembutkan najis agar sistem pencernaan dapat berfungsi dengan baik dan mengurangkan risiko kerengsaan atau buasir berdarah.

Selain itu, cara-cara di bawah juga boleh membantu penghidap buasir:

  • Kekal hidrat. Minum banyak air sepanjang hari untuk mengelakkan sembelit
  • Makan serat. Tambahkan lebih banyak makanan berserat tinggi ke dalam makanan anda, seperti bijirin, sayur-sayuran, dan buah segar. Ini dapat membantu mencegah sembelit dan pergerakan usus tidak teratur
  • Kekal aktif. Aktiviti fizikal dapat membantu mengurangkan sembelit
  • Tambahkan suplemen serat. Sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan untuk memastikan pergerakan usus berjalan lancar, makanan tambahan serat adalah pilihan yang baik

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hemorrhoids, https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/hemorrhoids/, Accessed Sep 13 2020.
  2. Hemorrhoids, https://familydoctor.org/condition/hemorrhoids/, Accessed Sep 13 2020.
  3. Hemorrhoids, https://www.aafp.org/afp/2011/0715/p204.html, Accessed Sep 13 2020.
  4. Treatment of Hemorrhoids, https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/hemorrhoids/treatment, Accessed Sep 13 2020.
  5. Enlarged hemorrhoids: Overview, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279467/, Accessed Sep 13 2020.

Versi Terbaru

20/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Katanya Selain Pembedahan Buasir Boleh Dirawat Guna Kaedah Suntikan, Selamat & BERKESAN Ke?

Bawa Telefon Pintar ke Tandas Boleh Jadi Punca Buasir?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan