backup og meta

Abses Anus (Dubur): Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Maggie Quek · Disemak pada 10/04/2023

    Abses Anus (Dubur): Apa Yang Anda Perlu Tahu?

    Abses anus adalah keadaan perubatan yang boleh memberi kesan serius yang negatif kepada gaya hidup dan aktiviti harian anda.

    Sungguhpun begitu, apa sebenarnya abses dubur, apa yang menyebabkannya berlaku, simptom-simptomnya dan apakah diagnosis keadaan ini?

    Artikel di bawah ini akan memberikan anda maklumat lanjut tentang perkara ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Apakah itu abses anus?

    Abses dubur adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan yang sangat menyakitkan di mana nanah muncul berhampiran dengan kawasan dubur.

    Kebanyakan abses dubur disebabkan oleh jangkitan dari kelenjar anus kecil.

    Abses yang paling biasa dilihat ialah abses perianal. Keadaan ini sering berlaku sebagai kesan menyakitkan yang menyerupai pembengkakan seperti bisul berhampiran dubur.

    abses anus

    Apabila anda menyentuh kawasan tersebut, anda mungkin berasa hangat, dan warnanya boleh kelihatan merah. Sebaliknya, abses dubur yang berlaku di dalam tisu-tisu mendalam jarang berlaku, serta kurang kelihatan.

    Jenis rawatan yang paling biasa untuk abses dubur ialah penyaliran dan insisi pembedahan. Setelah dilakukan oleh pakar bedah yang mahir, kaedah ini terbukti berjaya membuang abses dubur.

    Kira-kira 50% pesakit yang mengalami abses dubur juga akan mengalami komplikasi yang dikenali sebagai fistula.

    Fistula merupakan sebuah terowong kecil yang menghubungkan kawasan abses dan kulit secara tidak normal.

    Dalam kes-kes tertentu, fistula dubur boleh menjadi punca saliran yang berterusan/berulang. Pembedahan adalah penting untuk merawat hampir semua fistula dubur.

    Simptom-simptom Abses anus

    Simptom-simptom superfisial (permukaan) biasanya merangkumi:

    • Tahap kesakitan yang berbeza, dari sakit berdenyut yang tetap, dan menjadi lebih teruk apabila duduk.
    • Kerengsaan kulit di sekitar kawasan dubur. Ini termasuk tanda-tanda seperti kemerahan, nyeri, dan bengkak.
    • Lelehan nanah
    • Sembelit atau kesakitan berlaku apabila membuang air besar

    abses anus

    Tanda-tanda dan simptom abses dubur dalam termasuklah rasa sejuk, demam, atau rasa lesu.

    Kadang-kadang, pesakit yang mengalami abses dubur dalam hanya mengalami demam, kerana ia adalah satu-satunya petunjuk yang menandakan berlakunya jangkitan tersebut.

    Fahami puncanya

    Abses dubur boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti kelenjar dubur yang tersumbat, jangkitan fistula dubur dan jangkitan seksual.

    Walau bagaimanapun, abses dubur ini dapat dicegah sekira menggunakan kondom yang selamat semasa bersetubuh, sama ada melakukan persetubuhan secara oral, dubur atau faraj.

    Oleh itu, belajarlah menggunakan kondom dengan betul untuk melindungi diri anda serta pasangan seks anda dari pelbagai jangkitan dan penyakit berbahaya.

    Baca juga:

    Sementara itu, ibu, ayah, atau penjaga bayi perlu menukar lampin bayi atau anak kecil, kemudian membersihkannya dengan betul dan kerap supaya fistula dubur dan abses perianal dapat dicegah.

    Abses dubur memang boleh mengganggu anda semasa melakukan aktiviti harian anda. Oleh itu, perlu diingat bahawa kebersihan diri adalah sangat penting dan mandatori.

    Selain itu, memakai kondom apabila anda melakukan hubungan seks juga merupakan cara yang berkesan untuk mencegah keadaan ini dan komplikasinya.

    Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan penyebab abses anus ini, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Maggie Quek · Disemak pada 10/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan