backup og meta

7 Tabiat Lazim Yang Membuatkan Perut Anda Kembung

7 Tabiat Lazim Yang Membuatkan Perut Anda Kembung

Punca perut kembung sering dikaitkan dengan masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu faham adalah bukan semua masalah kekembungan itu tanda penyakit.

Kadangkala ia hanyalah kesan sampingan akibat daripada amalan gaya hidup tidak sihat.

Dalam artikel ini, anda akan dihidangkan dengan beberapa punca perut kembung. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.

#1 Makan terlalu banyak

Pernah tak anda makan terlalu banyak sehingga rasa perut bagai nak pecah? Lepas je makan, sedang anda berehat, anda tertanya-tanya kenapa perut kembung?

Punca perut kembung boleh jadi disebabkan anda makan terlalu banyak. Ia merupakan punca kekembungan yang paling lazim dialami.

Cara mengatasinya agak mudah namun sukar untuk dilaksanakan berikutan ia berkait dengan saiz hidangan makanan.

Pengambilan makanan dalam jumlah yang kecil secara berkala boleh menyelesaikan dilema ini. Anda juga boleh cuba untuk mengunyah makanan lebih lama.

Ia bagi memberikan masa kepada badan untuk mencerna makanan dengan lebih efisien.

#2 Sensitif terhadap makanan punca perut kembung

punca perut kembung

Punca perut kembung boleh terjadi disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman secara berlebihan.

Namun, jika anda hanya makan atau minum sedikit, ia boleh menjadi tanda kepada masalah makanan yang diambil. Mungkin anda sensitif terhadap makanan tertentu menyebabkan anda mudah kembung.

Jika anda sensitif dengan makanan pedas, saluran gastrousus anda akan lebih sukar untuk mencerna dan menyerap nutrien makanan.

Badan bekerja keras menghadam makanan untuk diserap masuk ke dalam salur darah. Jika anda sensitif terhadap makanan tertentu, tindak balas yang berlaku boleh  menghasilkan banyak gas.

Keadaan ini akan menyebabkan anda mudah kembung.

#3 Sering ambil makanan berkanji atau tinggi natrium

Pemakanan yang melibatkan pengambilan natrium (garam) tinggi boleh menjadi punca perut kembang yang menyebabkan retensi air manakala bagi makanan berkanji pula, ia boleh menghasilkan gas yang banyak.

Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza. Ini bermakna, jika anda berasa kembung selepas makan makanan berkanji, individu lain mungkin tidak mengalami perkara yang sama.

Oleh itu penting bagi anda untuk mengenal pasti jenis makanan yang boleh diambil dan setakat mana ia sesuai dimakan jika ia merupakan makanan berkanji atau tinggi garam.

Langkah ini boleh menjawab persoalan kenapa perut kembung selepas makan.

#4 Ambil terlalu banyak makanan dalam bungkusan berproses

Makanan ringan seperti keropok mengandungi jumlah garam yang tinggi. Ia juga dicampur dengan bahan kimia monosodium glutamate (MSG) untuk menyedapkan rasa.

Kesannya, anda mudah untuk mengalami masalah kekembungan.

MSG adalah sejenis bahan yang sering digunakan untuk mengekalkan kesegaran sesuatu bahan. Ia sering digunakan dalam hidangan bufet, makanan cina dan makanan berbungkus.

Jika anda mengalami masalah perut kembung, kurangkan pengambilan makanan seumpama ini atau, lebih baik, berhenti terus daripada mengambilnya.

#5 Makan terlalu lambat punca perut kembung

punca perut kembung

Ramai percaya bahawa makan terlalu lewat boleh menyebabkan kenaikan berat badan namun perkara tersebut hanyalah mitos.

Faktor yang boleh menyebabkan kenaikan berat berkait dengan jumlah pengambilan kalori harian

Namun, jika anda makan terlalu lewat, ia boleh menyebabkan masalah perut kembung sehingga anda rasa berat anda bagaikan sudah meningkat walhal ia tidak sedemikian.

Tidur anda juga boleh terganggu jika anda makan terlalu lewat. Anda akan berasa tidak selesa berikutan sistem pencernaan tidak bekerja begitu keras tatkala badan anda sedang berehat.

#6 Anda minum terlalu banyak minuman bergas sehingga perut kembung

Buih yang terhasil pada air minuman bergas anda merupakan punca lazim kenapa perut kembung.

Ia boleh terperangkap di dalam perut menyebabkan simptom kekembungan dan kerap sendawa.

Anda perlu menghindarkan minuman bergas dan cuba gantikan ia dengan minuman yang lebih sihat seperti air lemon, air timun atau lebih baik, air kosong.

Bukan sahaja anda akan dapat atasi masalah perut kembung, ia juga boleh menurunkan berat badan anda.

#7 Telan terlalu banyak udara

Bukan semasa bernafas je kita menghirup udara masuk, aktiviti lain seperti minum air menggunakan straw, mengunyah gula-gula getah dan makan terlalu laju juga boleh mengundang udara ke dalam badan.

Apa yang lebih teruk, udara tersebut tidak masuk ke dalam sistem pernafasan, sebaliknya ke dalam sistem pencernaan mengakibatkan perut kembung.

Anda perlu mengenal pasti faktor yang menyebabkan badan anda menyimpan banyak udara dan cuba elakkan perkara tersebut.

Jika anda suka kunyah gula-gula getah, kurangkan kekerapannya.

Konklusi

Jika anda sering alami perut kembung, mungkin ini masanya untuk anda lebih peka terhadap punca perut kembung dengan melihat apa yang anda makan.

Walaupun masalah kekembungan boleh berlaku berikutan masalah kesihatan, ia juga boleh terjadi akibat gaya pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, ajukannya kepada doktor perubatan bertauliah sekarang.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Belching, gas and bloating: Tips for reducing them. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739). Diakses pada 23 Mac 2021.
  2. Gas. (https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7314-gas). Diakses pada 23 Mac 2021.
  3. Bloating. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/bloating-causes-and-prevention-tips. Diakses pada 23 Mac 2021. 
  4. Bloating. https://www.healthdirect.gov.au/bloating. Diakses pada 23 Mac 2021.  
  5. Bloating. https://familydoctor.org/condition/bloating/ Diakses pada 23 Mac 2021.  

Versi Terbaru

13/06/2022

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tak Selesa Setiap Kali Datang Haid, Perut Mesti Kembung! Bagaimana Ingin Cegah?

Ketidakseimbangan Hormon


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 13/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan