Sekiranya anda adalah salah seorang penghidap penyakit celiac atau seliak, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh diambil serta perlu dielak. Ingin tahu apa? Jom baca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Kenali gluten dan bagaimana ia mempengaruhi seliak
Penyakit celiac adalah salah satu jenis kondisi autoimun dan musuh paling dekat dengannya ialah gluten.
Gluten pula adalah sejenis protein yang terkandung dalam gandum, barli dan banyak lagi contoh yang lain.
Apabila biji-bijian dan bahan-bahan yang dibuat daripada tepung digunakan, gluten adalah ‘gam’ yang menyatukannya.
Seliak adalah penyakit autoimun genetik. Apabila anda makan makanan yang mempunyai bahan berasaskan gluten, protein akan menyerang villus yang melapisi usus kecil anda.
Tanpa bantuan villus yang sihat, tubuh anda tidak mampu menyerap nutrien ke dalam aliran darah.
Ini menyebabkan masalah pencernaan dan kekurangan zat, terutama apabila zat besi, kalsium, dan vitamin D tidak mampu diserap.
Sekiranya tidak ditangani, penyakit celiac boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang yang lain, seperti gangguan neurologi dan osteoporosis. Ia juga boleh mencetuskan penyakit tiroid!
Makanan yang boleh diambil penderita seliak
Terdapat banyak makanan bebas gluten secara semula jadi untuk dinikmati dalam diet penghidap penyakit celiac atau seliak. Ini termasuklah:
- Protein haiwan: Daging, ayam, produk tenusu, telur, makanan laut, dan ayam belanda
- Lemak dan minyak: Avocado, minyak kelapa, minyak zaitun, dan mentega
- Buah-buahan dan sayur-sayuran: Dalam bentuk apa pun, termasuk segar, beku, kering, atau dalam tin
- Herba dan rempah: Semua ramuan dan rempah segar dan kering secara semula jadi bebas gluten dan dapat dinikmati
- Kekacang: Kacang, lentil, kacang tanah, almond dan soya
Kini, di pasaran juga terdapat pelbagai produk khas, termasuk roti bebas gluten, bijirin, tepung, keropok, pasta, dan banyak lagi.
Makanan yang harus dielak penderita seliak
Satu-satunya makanan yang harus dielakkan dalam diet penyakit celiac atau seliak adalah yang mengandungi gluten.
Makanan yang mengandungi gluten secara semula jadi seperti biji-bijian adalah seperti berikut:
- Gandum
- Dinkel wheat
- Durum wheat
- Einkorn wheat
- Emmer wheat
- Semolina
- Germa gandum
- Dedak gandum
- Barli
- Rye
- Triticale
Produk yang dihasilkan daripada bahan-bahan ini juga merangkumi:
- Sarapan pagi dan makanan yang dibakar: Bagel, biskut, roti, roti jagung, crepes, croissant, donat, tortilla, mufin, roti naan, pancake, roti pita, roti gulung, dan wafel
- Pencuci mulut: Brownies, kek, kuih, pastri, dan banyak lagi
- Pasta: Chow mein, couscous, ladu, mi telur, gnocchi, mi ramen, ravioli, mi udon, dan pasta gandum
- Makanan ringan: Keropok, keropok graham, dan pretzel
- Minuman: Bir dan minuman malt lain
Makanan yang sering dicemari oleh gluten adalah seperti contoh di bawah:
- Makanan yang digoreng secara komersial: Banyak restoran menggoreng semua makanan mereka dalam minyak gorengan yang sama, yang boleh mencemari bahan-bahan tanpa gluten seperti kentang goreng
- Bahan-bahan bebas gluten yang dikendalikan dengan tidak betul di restoran: Bahan bebas gluten harus disediakan dengan peralatan bebas gluten dan sepasang sarung tangan yang bersih
- Oat: Oat sering diproses pada peralatan yang sama dengan biji-bijian yang mengandungi gluten dan mungkin tercemar kecuali dilabel secara khusus bebas gluten
Makanan yang sering mengandungi gluten tersembunyi termasuk:
- Kerepek: Boleh disapu dengan tepung atau mengandungi cuka malt, jadi periksa bahan-bahannya dengan teliti
- Aiskrim dan yogurt beku: Perhatikan biskut, kek, atau campuran coklat
- Paket perasa: Boleh mengandungi pati atau tepung yang mengandungi gluten
- Sup: Perhatikan pemekat tepung (sering digunakan dalam sup berkrim) atau barli
Ingin diet bebas gluten? Baca label makanan
Jika anda seorang pesakit penyakit celiac dan ingin mengamalkan diet bebas gluten yang betul, cara membaca label makanan dengan betul adalah sangat penting.
Justeru, apabila anda ingin beli-belah barang dapur, pastikan untuk mengikuti tip-tip di bawah.
Pengilang boleh melabel makanan bebas gluten jika mempunyai kandungan gluten kurang daripada 20 ppm.
Ini bermaksud produk tersebut boleh mengandungi jumlah gluten antara 19 ppm sehingga sifar.
Tambahan itu, harus anda faham bahawa gluten mempunyai banyak nama.
Gandum, barli, dan rye pasti menonjol dalam senarai ramuan, tetapi cari bahan yang kurang terkenal seperti perasa malt atau graham.
Di samping itu, makanan bebas gandum tidak bermaksud bebas gluten. Oleh itu, jangan mudah tertipu okay!
Sekiranya ragu-ragu, jangan beli! Ini adalah ungkapan yang sering digunakan oleh mereka yang mengamalkan diet bebas gluten.
[embed-health-tool-bmr]