backup og meta

Kerap Sakit Di Bahagian Punggung? Ini Ada Kaitan Dengan Fistula Anus Koyak!

Kerap Sakit Di Bahagian Punggung? Ini Ada Kaitan Dengan Fistula Anus Koyak!

Pembedahan fistula anus adalah prosedur untuk membuang fistula dubur.

Fistula anus adalah sambungan yang tidak normal antara lapisan di bahagian dalam saluran dubur dan kulit berhampiran dubur. 

Kebanyakan fistula anus adalah disebabkan nanah yang telah berkembang di terusan anus pesakit.

Sesetengah orang sering tersilap antara fisur anus dan fistula anus.

Fisur anus adalah koyakan manakala fistula dubur adalah pembukaan atau sambungan antara kulit dan rektum (laluan belakang).

Ini boleh menyebabkan jangkitan dan kesakitan yang berterusan.

Simptom biasanya menjadi lebih buruk tanpa pembedahan.

Pembedahan fistula anus kadang-kadang dipanggil pembaikan fistula dubur yang bertujuan menutup terowong ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Simptom

Pembedahan fistula biasanya selamat secara umum.

Tetapi untuk membuat keputusan tepat dan memberikan persetujuan pesakit, anda perlu mengetahui tentang kesan sampingan dan risiko komplikasi yang mungkin berlaku.

Komplikasi yang boleh terjadi seperti: 

Anda perlu tahu bahawa ada alternatif untuk prosedur ini.

Pembedahan adalah rawatan biasa untuk fistula anus.

Ini kerana fistula anus anda tidak mungkin sembuh tanpa rawatan.

Jika anda mempunyai Penyakit Crohn dengan fistula anus, anda mungkin ditawarkan kombinasi rawatan perubatan dan pembedahan, bergantung kepada keadaan pesakit. 

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah untuk maklumat lanjut.

Persediaan 

fistula anus

Anda boleh diberikan enema satu jam atau lebih sebelum pembedahan untuk mengosongkan usus bawah. 

Pembedahan biasanya dilakukan di bawah anestetik am.

Selepas itu, anda harus diberikan arahan yang jelas untuk diikuti sebelum pembedahan seperti waktu makan dan sebagainya. 

Dalam kebanyakan kes, anda sepatutnya mula berpuasa kira-kira enam jam sebelum prosedur dilakukan. 

Punca

Apa yang berlaku semasa pembedahan fistula anus?

Pembedahan biasanya mengambil masa selama 15 hingga 30 minit.

Untuk mengurangkan risiko inkontinens usus (apabila berlaku pergerakan usus di luar kawalan anda) rawatan  mungkin melibatkan beberapa pembedahan selama beberapa bulan.

Jenis pembedahan yang anda perlukan akan bergantung kepada lokasi fistula.

Jika fistula berada di bawah atau melintasi bahagian bawah otot sfinkter, pakar bedah akan memotong fistula supaya terbuka pada kulit dan meninggalkan luka terbuka supaya ia dapat sembuh dengan tisu sihat.

Sekiranya fistula mempunyai cabang yang melepasi bahagian atas otot sfinkter, pakar bedah anda boleh menggunakan jahitan khas (dipanggil jahitan seton) di fistula untuk membolehkan nanah mengalir dengan mudah.

Jika fistula mencapai otot sfinkter, anda mungkin perlu menjalani kolostomi sementara (pembukaan usus besar ke kulit).

Bagaimanapun, ini jarang berlaku.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah untuk maklumat lanjut.

Faktor Risiko

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Apakah yang berlaku selepas pembedahan fistula anus?

fistula anus

Anda sepatutnya boleh balik ke rumah pada hari yang sama atau hari berikutnya.

Berehatlah untuk beberapa hari dan kurangkan berjalan untuk cepat sembuh. Luka tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh sepenuhnya dan anda mungkin perlu pakai pad. 

Bersenam secara kerap akan membantu anda untuk kembali ke aktiviti normal secepat mungkin. Sebelum mula bersenam, minta nasihat pasukan penjagaan kesihatan atau doktor yang merawat anda. 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik yang diperlukan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://www.bupa.co.uk/health-information/directory/a/anal-fistula-surgery
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anal-fistula/symptoms-causes/syc-20352871
  3. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/13177-anal-fissures
  4. https://colorectalsurgery.ucsf.edu/conditions–procedures/anal-fistula.aspx
  5. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32310458/

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Mellisa Lim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis Pada Kemaluan!

Bisul Merah Membesar Di Belakang Punggung? Kalau Teruk Perlu Dibedah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan