backup og meta

Perut Berangin Petanda Gastrik! Ikut 5 Petua Ini Untuk Elak Gastrik Angin

Perut Berangin Petanda Gastrik! Ikut 5 Petua Ini Untuk Elak Gastrik Angin

Pernahkah anda ‘skip’ waktu makan dan rasa perut masuk angin, kerap sendawa dan sering loya? Jika ya, ia bermakna anda mengalami masalah gastrik angin. Namun begitu, tahukah anda sebenarnya air alkali juga bermanfaat untuk kesihatan penghadaman anda?

Bukan sahaja dapat meningkatkan hidrasi tubuh badan, meminum air alkali juga dapat meredakan masalah simptom gastrik angin anda.

Jom baca artikel ini untuk mengetahui petua hilangkan gastrik angin yang lain.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Gastrik angin dalam perut itu sebenarnya wujud ke?

Istilah gastrik angin selalunya merujuk kepada masalah perut berangin, namun ia sebenarnya kurang tepat.

Perkataan ‘gastrik’ dalam istilah perubatan didefinisikan sebagai ‘perut’. Jadi istilah tepat bagi penyakit ini adalah gastritis.

Jadi apakah sebenarnya gastrik jenis ini?

Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut1.

Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya2.

Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism1.

Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis1.

Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik, ia bermakna berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini. 


  • Gastritis ringan: Terdapat keradangan atau pembengkakan disebabkan iritasi pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
  • Gastritis berat: Berlaku kecederaan seperti luka pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan, lalu menyebabkan gastritis berat
  • Ulser gastrik (peptic ulcer): Satu masalah ulser perut. Ulser adalah luka terbuka. Terdapat darah yang boleh dikesan dalam analisis muntah atau najis

4 faktor penyebab gastrik angin wajib diketahui

Berikut adalah penyebab gastrik angin yang anda perlu tahu3:

#1. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori, antara punca gastrik angin

Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang tercemar. Bakteria ini akan bergerak masuk ke lapisan mukus yang melindungi dinding perut.

Apabila berjaya melepasi lapisan ini, bakteria H.pylori akan bersarang dan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menghakis lapisan perlindungan dalam perut, lalu mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada perut.

Punca gastrik angin #2. Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs

NSAIDs adalah ubat antiradang bukan steroid. Ia ubat tahan sakit yang sering diberi doktor.

Ubat ini untuk individu dengan masalah sakit sendi (keradangan) atau sakit otot kerana ia berfungsi menghalang pembentukan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit dalam badan.

Tapi dalam masa yang sama, bahan kimia prostaglandin diperlukan untuk penghasilan mukus. 

Pengambilan ubat ini menyebabkan penghasilan mukus berkurangan kerana prostaglandin tidak cukup untuk menampung keperluan dalam proses penghasilan mukus.

Keadaan ini akan mengakibatkan asid perut menghakis dinding perut.

#3. Tahap tekanan tinggi

Masalah ini juga boleh berlaku apabila tahap tekanan yang tinggi membebani badan.

Antara penyebab tekanan ini seperti pembedahan major disebabkan masalah kesihatan lain, atau sebarang kecederaan teruk yang boleh merangsang penghasilan asid yang tinggi dalam perut. 

#4. Pengambilan alkohol berlebihan

gastrik angin
Penyebab gastrik terjadi.

Minuman beralkohol juga merupakan salah satu punca gastrik angin

Ini kerana, ia mampu mendatangkan kerengsaan dan menghakis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid.

4 simptom gastrik angin kerap terjadi

Terdapat beberapa tanda tanda gastrik angin seperti4:

  • Senak perut (ketidakhadaman)

Senak perut adalah rasa sakit perut pada bahagian atas perut. Biasanya masalah ini berlaku selepas anda makan atau minum.

Ia disebabkan asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.                                                                                            

  • Pedih ulu hati antara tanda tanda gastrik angin

Pedih ulu hati terjadi apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.

Anda akan rasa sakit pada bahagian dada atau tekak seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat. 

Ini mungkin tanda-tanda gastrik masalah penyakit refluks gastroesofagus (GERD).

Masalah refluks ini merupakan masalah pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut atau kandungan perut mengalir kembali ke kerongkong anda.

  • Hilang selera makan

Masalah gastrik angin ini juga cenderung membuatkan anda hilang selera makan. 

  • Perut kembung, salah satu tanda tanda gastrik angin

Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian dalaman dinding perut.

Akibatnya, asid berlebihan ini akan melalui usus dan bertindak balas membentuk gas atau angin dalam perut. 

Ia akhirnya mengakibatkan usus dalam perutmenjadi tegang dan kembung.

5 petua hilangkan gastrik angin

gastrik angin
Rawatan gastrik.

Apakah cara hilangkan gastrik angin dan sesak nafas?

Berikut adalah 5 petua hilangkan gastrik angin yang anda boleh lakukan selain menggunakan ubat gastrik angin5:

  • Hindari makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak, terutamanya ketika perut masih kosong 
  • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil
  • Jangan melangkau waktu makan
  • Jauhi minuman beralkohol, atau pastikan jumlah yang diminum terkawal
  • Elak stres dengan mengamalkankaedah deep breathing6
  • Berhenti merokok untuk mengurangkan tanda tanda gastrik GERD
petua legakan gastrik
8 cara semula jadi merawat gastrik.

Air alkali juga bantu melegakan gastrik angin

Mungkin masih ada lagi yang beranggapan air alkali tidak memberi banyak manfaat untuk kesihatan walaupun ia semakin banyak dijual di pasaran.

Buat anda yang masih belum tahu, air alkali sebenarnya mempunyai banyak manfaat terutamanya untuk kesihatan penghadaman7.

Misalnya, air yang bersifat alkali dapat mengurangkan simptom gastrousus seperti ketidakhadaman, perut berasid, cirit-birit kronik dan masalah sembelit7.

Bukan itu sahaja, satu kajian telah dijalankan terhadap 100 orang dewasa yang sihat mendapati bahawa, air alkali adalah dua kali lebih menghidratkan daripada air biasa yang diminum selepas bersenam8.

Kegunaan air alkali ini juga tidak terhad untuk minuman kerana ia juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti memasak dan mencuci pakaian.

Untuk anda yang menginginkan gaya hidup sihat, anda boleh menggunakan produk penapis air Ultra Filtration Alkaline Water Ionizer TK-AS700 keluaran baharu daripada jenama Panasonic.

Model penapis air ini berfungsi untuk memastikan bekalan air yang diterima bebas daripada 19 jenis bahan berbahaya termasuklah bakteria dan virus yang mungkin terdapat dalam air.

Apa yang istimewa mengenai produk penapis air ini juga ialah ia dapat membekalkan anda dengan 7 jenis air berbeza – 4 tahap alkali, 2 tahap asidik dan 1 air tulen. Penggunaannya juga telah disahkan selamat oleh Japan Pharmaceutical and Medical Device Act (PMD Act).

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gastritis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10349-gastritis. Diakses Okt 2, 2024.
  2. Refluks Asid Dan Mulut Saya. http://www.myhealth.gov.my/refluks-asid-dan-mulut-saya/. Diakses Okt 2, 2024.
  3. Gastritis. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/gastritis. Diakses Okt 2, 2024.
  4. Gastritis. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gastritis Diakses Okt 2, 2024.
  5. Pedih Ulu Hati. http://www.myhealth.gov.my/pedih-ulu-hati-3/. Diakses Okt 2, 2024.
  6. Stress-induced gastritis: when stress affects the stomach https://www.unicamillus.org/stress-induced-gastritis-when-stress-affects-the-stomach/. Diakses Okt 2, 2024.
  7. Daily ingestion of alkaline electrolyzed water containing hydrogen influences human health, including gastrointestinal symptoms. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30713669/. Diakses Okt 2, 2024.
  8. Alkaline Water: Miracle or Marketing? https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/alkaline-water-benefits. Diakses Okt 2, 2024.

Versi Terbaru

19/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Para Wanita, Awas Kalau Selalu Sakit Perut Jika Ada Fibroid, Ini Mungkin Petanda Ia Pecah!

Simptom Gonorrhea Mungkin Tidak Sama Bagi Lelaki & Perempuan! Ini Perbezaannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan