backup og meta

Kenapa Biarkan? Cuba Remedi Di Rumah Ini Untuk Legakan Sakit Buasir Anda Sekarang!

Kenapa Biarkan? Cuba Remedi Di Rumah Ini Untuk Legakan Sakit Buasir Anda Sekarang!

Jika anda mengalami buasir, adakah anda tahu apakah ubat buasir yang sesuai digunakan? Masih belum tahu? Ayuh lihat senarai ubat buasir di farmasi yang ada di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Seberapa kerap buasir boleh berlaku?

Buasir sangat kerap berlaku sama ada pada golongan lelaki atau wanita. 

Sekitar separuh daripada penduduk dunia akan mempunyai buasir ketika mencecah usia 50 tahun.

Bagi golongan wanita pula, buasir kerap berlaku semasa kehamilan dan juga selepas melahirkan anak. Ini termasuklah buasir dalaman dan juga luaran.

Untuk makluman anda, punca buasir boleh berkembang disebabkan peningkatan tekanan pada rektum bawah.

Antara punca buasir yang menyebabkan ia berlaku ialah seperti cirit-birit atau sembelit yang berterusan, ketegangan semasa gerakan usus, selain banyak menghabiskan masa di tandas.

Komplikasi yang boleh berlaku jika tidak mengambil ubat buasir di farmasi

ubat buasir
Tabiat yang menyebabkan masalah buasir.

Apakah kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh penyakit buasir? Terdapat beberapa komplikasi atau kesan lain yang boleh terjadi jika anda mengalami buasir.

Antara komplikasi buasir ialah:

  • Anemia
  • Buasir dengan pembekuan darah ekstrinsik
  • Jangkitan
  • Cantuman kulit (kepingan tisu yang menggantung kulit)
  • Buasir tercekik (otot di dubur memotong aliran darah ke buasir dalaman yang berlarutan)

Sekiranya pendarahan berlaku sebelum, semasa, atau sewaktu membuang air besar, anda harus mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Buasir mungkin dikaitkan dengan pendarahan semasa membuang air besar tetapi ia juga mungkin menunjukkan sesuatu yang lebih serius seperti barah usus besar atau dubur.

Selain itu, terdapat juga beberapa komplikasi lain yang agak jarang berlaku.

Antaranya ialah kutil kulit, kulit tambahan setelah buasir luaran hilang dan juga pembekuan darah pada urat yang membesar.

Rawatan menggunakan ubat buasir di farmasi

ubat buasir
Ubatan untuk membantu merawat buasir.

Anda boleh menyapu ubat buasir di farmasi seperti krim hidrokortisoid bagi merawat keadaan ini.

Selain ubat buasir itu, anda juga boleh cuba berendam dalam mandian suam atau sitz secara berkala.

Untuk menahan kesakitan yang dialami, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dan mengambil makanan berserat tinggi termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian yang sihat.

Bagi buasir yang lebih besar terutama yang amat menyakitkan, bengkak, atau gatal, ia tidak boleh hilang dengan sendirinya dan mungkin memerlukan rawatan perubatan untuk sembuh.

Walau bagaimanapun, buasir kecil boleh sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa hari.

Untuk mengurangkan risiko mengalami buasir, sila kurangkan pengambilan jenis makanan yang rendah serat, seperti daging merah, produk tenusu, dan makanan yang diperbuat dengan tepung putih.

Ini kerana makanan seperti ini boleh meningkatkan risiko sembelit anda.

Tidak mahu cuba ubat buasir di farmasi? Ini petua kecutkan buasir tradisional!

Bolehkah buasir sembuh sendiri? Walaupun ada potensi untuk itu, anda masih perlu buat amalan dalam bentuk rawatan tradisional di rumah.

Jika anda mahu mencuba tip atau kaedah remedi secara semula jadi, anda boleh mencuba teknik-teknik di bawah ini:

  • Mandian sitz: Isi tab mandi dengan air suam dan rendamkan tubuh anda di dalamnya dengan lutut dibengkokkan selama 10 hingga 15 minit. Ini untuk meredakan rasa gatal dan kerengsaan. Lap kering punggung anda dengan lembut menggunakan tuala
  • Ambil suplemen serat: Suplemen seperti ini membantu mengurangkan pendarahan dan keradangan buasir. Sekiranya ia menyebabkan gas atau kembung dalam perut anda, cubalah suplemen dengan dextrin gandum (benefiber) atau metilselulosa. Makanan tambahan serat seperti Metamucil adalah pilihan yang sangat baik.
sakit buasir
Petua cegah dan kurangkan sakit buasir.
  • Jangan berlengah membuang air besar: Jika anda menangguhkan waktu buang air besar, ia boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada rektum dan sekali gus memburukkan buasir.
  • Duduk dengan betul: Untuk mempercepat proses membuang air besar, anda disarankan untuk mencangkung berbanding duduk. Ini boleh mengubah kedudukan rektum anda dan membolehkan najis keluar dengan lebih mudah. Anda juga dapat mengurangkan pembengkakan rektum dengan meletakkan bantal di bawah punggung ketika anda duduk di atas kerusi atau permukaan keras. Elakkan duduk di dalam tandas untuk jangka masa yang panjang kerana ia cenderung menyebabkan buasir keluar dan membengkak.

Konklusinya, ubatan atau rawatan untuk masalah ini adalah bergantung kepada berapa lama buasir akan kecut. Jika anda ada sebarang soalan lanjutan, segera berjumpa doktor ya?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hemorrhoids. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hemorrhoids/symptoms-causes/syc-20360268. Accessed on October 5, 2022.
  2. Hemorrhoids. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15120-hemorrhoids. Accessed on October 5, 2022.
  3. Hemorrhoids. https://fascrs.org/patients/diseases-and-conditions/a-z/hemorrhoids. Accessed on October 5, 2022.
  4. Hemorrhoids. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/hemorrhoids. Accessed on October 5, 2022.
  5. Hemorrhoids. https://www.ucsfhealth.org/education/hemorrhoids. Accessed on October 5, 2022.

Versi Terbaru

26/03/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Semua Masalah Buasir Itu Sama, Ini Perbezaan 4 Jenis Buasir Yang Perlu Diketahui

Kena Buasir Selepas Bersalin? Mungkin 11 Tip Ini Dapat Kurangkan Kesakitan, Cubalah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan