Apakah ciri ciri buasir ya? Adakah apabila terdapat darah pada tisu atau mangkuk tandas? Kenapa boleh jadi buasir? Berapa lama buasir akan hilang? Adakah buasir sakit?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Ciri ciri buasir
Kenapa boleh jadi buasir?
Buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian bawah rektum (bahagian terakhir usus besar) dan anus (dubur) berkembang dan membesar.
Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung.
Apabila vena ini membesar dan berkembang, ia cenderung untuk luka semasa membuang air kerana bergeser dengan najis.
Kesan daripada geseran ini boleh menyebabkan pendarahan dan juga rasa sakit.
Gejala yang mungkin dialami:
- Pendarahan dari dubur
- Bengkak pada dubur
- Sakit pada dubur semasa membuang air
Ciri ciri buasir: Fahami puncanya
Sebab buasir berlaku apabila terdapat gangguan pada peredaran darah di kawasan bawah rektum dan anus.
Gangguan ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada bahagian tersebut sehingga membuatkan vena membesar.
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh:
- Sembelit kronik – proses meneran memberikan tekanan yang tinggi kepada vena. Ia mendedahkan seseorang kepada buasir.
- Melakukan kerja-kerja berat – pekerjaan yang memerlukan seseorang meneran seperti mengangkat barang berat juga meningkatkan risiko penyakit ini.
- Kehamilan – rahim yang membesar semasa hamil boleh menekan vena di bahagian pinggul sehingga menyebabkan perjalanan darah terganggu.
- Duduk atau berdiri terlalu lama.
Sesetengah orang lebih cenderung mendapat ciri ciri buasir kerana anatomi badan mereka membuatkan mereka lebih berisiko.
Jika ada ahli keluarga yang pernah mengalaminya, anda juga mungkin berisiko. Selain itu, penyakit lain seperti angin pasang dan urat kaki bersimpul (varicose veins) juga mempunyai punca yang sama.
Sakit tidak semestinya buasir
Rasa sakit sebenarnya bukanlah ciri utama bagi penyakit ini. Sebab utama sakit pada dubur adalah kulit dubur merekah (anal fissure).
Buasir menjadi sakit apabila terdapat darah beku di dalam vena atau ia berlaku bersama dengan rekahan pada kulit dubur.
Pendarahan dan bengkak adalah ciri utama bagi keadaan kesihatan ini.
Buasir bukanlah satu keadaan kesihatan yang serius dan berbahaya.
Namun, ia mungkin sangat mengganggu kehidupan seseorang disebabkan kesukaran membuang air besar dan rasa sakit yang mungkin dialami.
Ia juga boleh dirawat dengan baik menggunakan kaedah perubatan moden sama ada hanya menggunakan ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup atau pembedahan.
Namun, pemeriksaan harus dijalankan, terutama mereka berumur lebih 50 tahun kerana buasir juga boleh berpunca daripada keadaan lebih serius seperti kanser usus besar.
Oleh itu, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian jika anda kurang pasti.
[embed-health-tool-bmr]