backup og meta

Petua Orang Tua Kecutkan Buasir Dengan Gunakan Air Kunyit, Berkesan Ke Cara Ini?

Petua Orang Tua Kecutkan Buasir Dengan Gunakan Air Kunyit, Berkesan Ke Cara Ini?

Mungkin ada banyak petua orang tua buasir tetapi bukan semua itu mendatangkan kesan yang baik, malahan bakal memburukkan lagi situasi. Persoalannya, bagaimana pula dengan petua yang kata air kunyit mengecutkan buasir? Jom terus baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apa maksud, punca & kesan buasir?

Seperti mana ramai sedia maklum, buasir merupakan kondisi salur darah vena di bahagian bawah rektum dan dubur membesar lantas membawa masalah jika ia meradang atau membengkak!

Buasir diklasifikasikan kepada dua jenis yakni luaran dan dalaman dengan gejala yang tidak sama:
  1. Buasir dalaman – Terjadi angkara salur darah vena terjejas di lapisan dalam rektum. Penderita mungkin akan mengalami pendarahan ketika membuang najis tanpa rasa sakit.
  2. Buasir luaran – Terjadi angkara salur darah vena terjejas di lapisan luar dubur. Pesakit mungkin akan mengalami pendarahan ketika membuang najis dengan rasa sakit.

Buasir selalu sahaja dikaitkan dengan kondisi sembelit dan tabiat meneran ketika berak kerana ia bakal memberi kesan buruk kepada salur darah vena sekali gus membuatkannya meradang atau membengkak.

Antara faktor risiko yang lain pula merangkumi kehamilan, kekurangan pengambilan serat, berat badan berlebihan atau obesiti, lama duduk, berdiri, berbaring serta sering mengangkat barang berat.

air kunyit mengecutkan buasir
Petua mengecutkan buasir dengan cepat.

Kesan daripada kondisi ini, berlaku ketidakselesaan yang teruk ketika proses membuang air besar, memakai seluar dalam, duduk, berdiri atau berbaring ataupun terjadinya pendarahan di sekitar lubang dubur.

Apa petua orang tua rawat buasir?

Untuk pengetahuan anda semua, sudah ada banyak petua kecutkan buasir luaran dan dalaman yang telah sekian lama diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Namun, bukan semua petua itu kita boleh percaya!

Pertama dan paling popular, orang lama percaya cara merawat buasir sendiri dengan menggunakan minyak gamat boleh mengecutkan buasir. Caranya, anda cuma perlu sapu ia pada tempat buasir selama beberapa hari sehingga pulih.

Mereka mungkin percaya dengan petua orang tua buasir ini kerana minyak gamat sarat dengan sifat antibakteria, antikulat serta antiradang. Hakikatnya, petua ini tiada bukti saintifik dan masih perlu kajian lanjutan.

Kemudian, ada petua baru yang kata air batu atau ais akan membantu merawat buasir. Ya, kaedah yang juga dikenali sebagai krioterapi ini benar mampu mengecutkan urat dan tisu bengkak di usus besar tetapi ia hanya bersifat sementara dan buasir berisiko berulang.

masalah buasir
7 petua untuk kurangkan sakit buasir.

Berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini, adakah air kunyit mengecutkan buasir itu benar?

Petua air kunyit mengecutkan buasir!

Kunyit merupakan sejenis tumbuhan herba yang sangat popular dalam perubatan dan perawatan tradisional masyarakat kita selain turut memberikan rasa dan aroma unik di dalam masakan!

Terdapat banyak manfaat kunyit terhadap kesihatan tubuh badan yang kita belum tahu termasuk:

Dalam pada itu, ramai percaya jika ia mampu menjadi ubat tradisional untuk membantu merawat masalah buasir. Persoalannya, adakah benar air kunyit mengecutkan buasir atau cuma mitos?

kelebihan kunyit
Air kunyit dapat melegakan kesakitan buasir.

Ada dua cara air kunyit mengecutkan buasir iaitu dengan menyapukan ia secara terus pada hujung usus yang terkeluar atau menjadikan ia sebagai jus bagi membantu merawat buasir dari dalam.

Ramai percaya petua air kunyit mengecutkan buasir ini bakal berkesan ekoran kandungan curcumin yang tinggi boleh meredakan kerengsaan dan keradangan pada buasir sekali gus mengecutkan ia dalam jangka masa panjang.

Pun begitu, nasihat doktor masih perlu!

Selain minyak gamat dan air batu, herba kunyit turut dipercayai akan mampu membantu merawat masalah buasir. Menariknya, kesemua petua kecutkan buasir luaran dan dalaman ini ada logik dan kesan tersendiri.

Mungkin tidak salah kalau anda ingin cuba lakukan sebarang cara merawat buasir sendiri yang popular di internet asalkan ia tidak pula mendatangkan apa-apa implikasi atau komplikasi buruk.

Agar anda lebih selamat dan sihat, dapatkan nasihat daripada doktor tentang masalah buasir anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hemorrhoids, https://fascrs.org/patients/diseases-and-conditions/a-z/hemorrhoids, Accessed Jan 13 2023.
  2. c: Diagnosis and Treatment Options, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2018/0201/p172.html, Accessed Jan 13 2023.
  3. How Can I Treat My Hemorrhoids?, https://www.templehealth.org/about/blog/how-can-i-treat-my-hemorrhoids, Accessed Jan 13 2023.
  4. 7 Health Benefits of Turmeric, https://health.clevelandclinic.org/turmeric-health-benefits/, Accessed Jan 13 2023.
  5. Mayo Clinic Minute: Are there health benefits to taking turmeric?, https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/mayo-clinic-minute-are-there-health-benefits-to-taking-turmeric/, Accessed Jan 13 2023.

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Boleh Guna Ais Untuk Legakan Buasir Di Rumah, Ikut Cara Buat Pek Ais Mudah Ini!

Petua Kecutkan Buasir Yang Popular, Sapu Minyak Gamat, Berkesan Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan