backup og meta

Yoga Berisiko Menyebabkan Kesakitan Muskuloskeletal

Yoga Berisiko Menyebabkan Kesakitan Muskuloskeletal

Senaman yoga sering kali dianggap sebagai satu amalan yang efektif bagi melegakan kesakitan. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menyatakan bahawa yoga juga boleh memberi anda risiko kecederaan walaupun senaman pergerakannya kelihatan tenang dan perlahan.

Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui kesan yoga kepada anda supaya anda boleh berhati-hati dan mengamalkan posisi yang selamat sahaja.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Senaman yoga sebenarnya baik atau tidak?

Kajian mendedahkan bahawa setiap tahun, lebih daripada 10 peratus (%) orang yang mengamalkan senaman yoga di rumah mengalami kesakitan muskuloskeletal dan 21% memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. 

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Bodywork and Movement Therapies mendapati bahawa kesakitan yang disebabkan oleh yoga adalah lebih daripada 10 peratus (%) setahun.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang menganggapnya sebagai aktiviti yang selamat. Kadar kecederaan ini adalah 10 kali lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelumnya.

senaman yoga

Kesakitan bahagian atas tubuh paling biasa

Dalam kajian yang dijalankan, penyelidik menganalisis data daripada 354 orang dewasa yang terlibat dengan yoga.

Peserta menyelesaikan dua soal selidik elektronik selama setahun, yang mengumpulkan maklumat mengenai apa-apa kesakitan muskoloskeletal yang mungkin mereka alami, kawasan berlaku kesakitan dan tahap keterukannya.

Dari segi keparahan, lebih daripada satu pertiga kes kesakitan yang disebabkan oleh yoga cukup serius, menghalang penyertaan yoga dan berlangsung selama lebih daripada 3 bulan.

Kajian itu juga mendapati bahawa kebanyakan kesakitan ‘baru’ yoga berada di bahagian atas ekstrem (bahu, siku, pergelangan tangan, tangan) mungkin kerana postur downward dog yang meletakkan berat pada bahagian atas anggota tubuh.

Kadar kecederaan berbanding sebelum ini bertambah baik

kesan yoga

Walau bagaimanapun, kajian itu juga membawa beberapa berita positif iaitu kira-kira 74% peserta melaporkan bahawa kesakitan muskuloskeletal mereka sebelum ini telah bertambah baik hasil daripada yoga.

Namun begitu, penyelidik percaya bahawa penemuan mereka menekankan keperluan untuk berhati-hati ketika melakukan yoga, terutama bagi mereka yang sudah mengalami kesakitan muskuloskeletal.

Oleh itu, peserta yoga digalakkan untuk membincangkan risiko kecederaan dan kesakitan yang sedia ada, terutamanya di bahagian atas, dengan guru yoga dan ahli fisioterapi untuk mengenal pasti pengubahsuaian postur yang mungkin menghasilkan amalan yang lebih selamat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Is Hot Yoga Right For Me? https://health.clevelandclinic.org/is-hot-yoga-right-for-me/. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Effects Of Yoga On Muskoskeletal Pain. https://jdh.adha.org/content/91/2/15. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Yoga Riskier Than Thought For Causing Body Pain: Research. https://www.sydney.edu.au/news-opinion/news/2017/06/28/yoga-more-risky-for-causing-musculoskeletal-pain-than-you-might-.html. Diakses pada Oktober 31, 2023.

The Pros And Cons Of Yoga And Magnetic Therapy. https://zaggocare.org/pros-cons-yoga-magnetic-therapy/. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Understanding The Pros And Cons Of Yoga. https://www.theayurveda.org/yoga/pros-and-cons-of-yoga. Diakses pada Oktober 31, 2023.

 

Versi Terbaru

03/11/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Ambil Mudah Kalau Kaki Selalu Kebas, Kadang-Kadang Ia Petanda Penyakit!

Sakit Bahu Sebelah Kanan? Ini 4 Punca Mengapa Anda Sering Lenguh Bahu


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 03/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan