backup og meta

Jangan Ambil Ringan Kalau Sakit Sendi, Lakukan 5 Petua Hilangkan Bisa Urat Saraf!

Jangan Ambil Ringan Kalau Sakit Sendi, Lakukan 5 Petua Hilangkan Bisa Urat Saraf!

Sakit sendi atau arthritis adalah keadaan biasa yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya, apakah terdapat petua hilangkan sakit urat saraf atau cara melegakan urat tegang yang boleh dicuba?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Tulang dan Otot, anda boleh klik di sini.

Arthritis Menjejaskan Kehidupan Individu

Salah satu punca paling biasa untuk sakit sendi yang dialami ramai individu adalah kerana penyakit arthritis. Penyakit ini menggambarkan kesakitan, bengkak dan rasa kebas pada sendi. Ia bukan melibatkan satu keadaan sahaja, sebaliknya ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis 1.

Siapa yang lebih terdedah terhadap penyakit arthritis?

Penyakit ini boleh menjejaskan mana-mana individu daripada semua peringkat usia. Ini termasuklah kanak-kanak dan remaja. Terdapat juga beberapa keadaan arthritis yang lebih cenderung berlaku kepada individu lebih berusia

Secara umumnya, penting untuk anda menentukan punca sakit sendi yang dialami itu. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk setiap jenis kesakitan sendi 1.

Bahkan, punca sakit sendi yang berlaku mungkin kerana diwarisi daripada sejarah kesihatan keluarga anda.

petua hilangkan sakit urat saraf
Sakit urat saraf yang teruk.

Kesakitan sendi boleh menyukarkan aktiviti harian kesan daripada rasa sakit yang dialami. Gejala arthritis boleh berbeza dari minggu ke minggu, malahan mungkin berbeza setiap hari. Antara beberapa jenis arthritis yang paling biasa terjadi bersifat jangka panjang seperti osteoartritis dan rheumatoid arthritis 1.

Pentingnya mengetahui petua hilangkan sakit urat saraf

Sebenarnya, masalah arthritis yang tidak dirawat boleh memberi kesan buruk terhadap kualiti hidup, menyebabkan kerosakan pada otot dan struktur tulang 2. Bagi gejala yang teruk, ia juga boleh mempengaruhi fungsi organ dan memendekkan jangka hayat individu!

Sekarang anda sudah tahu bagaimana sakit sendi boleh mempengaruhi kualiti hidup anda, jom lihat kini apakah petua hilangkan sakit urat saraf dan cara melegakan urat tegang yang boleh diamalkan.

5 Petua Hilangkan Sakit Urat Saraf 

Terdapat beberapa cara melegakan urat tegang yang boleh dicuba, antaranya:

  1. Mengawal berat badan

Berat badan boleh memberi kesan besar kepada gejala artritis. Berat berlebihan akibat tidak ikut menu makanan untuk sakit urat saraf memberi lebih banyak tekanan pada sendi, terutamanya lutut, pinggul dan kaki anda3.

petua hilangkan sakit urat saraf
Jaga-jaga jika anda selalu sakit belakang badan!

Berdasarkan garis panduan American College of Rheumatology and Arthritis Foundation (ACR / AF) adalah amat disaran untuk anda menurunkan berat badan jika anda menghidap Osteoporosis dan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

  1. Pengambilan ubat tahan sakit

Terdapat ubat-ubatan yang dapat merawat gejala arthritis, seperti ubat tahan sakit dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID) 4. Selain itu, ubat tahan sakit ini juga berkesan untuk kecederaan ringan seperti terseliuh, kekejangan atau akibat pergerakan berlebihan.

Pengambilan ubat sakit urat saraf di farmasi boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan, bengkak dan keradangan. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda jika sebelum mengambit ubat ini.

  1. Melakukan senaman secara berkala

Sekiranya anda mengalami artritis, melakukan aktiviti fizikal dipercayai dapat membantu 5 untuk:

  • Mengawal berat badan
  • Menjaga fleksibiliti sendi
  • Menguatkan otot sekitar sendi yang dapat memberikan lebih sokongan

Sebaiknya senaman disarankan adalah petua tradisional hilangkan sakit sendi yang berintensiti rendah seperti:

  • Melakukan aktiviti berjalan kaki
  • Berbasikal
  • Tai chi dan yoga
  • Aktiviti melibatkan sukan air
  • Berenang
sakit belakang
Sakit belakang, siapa patut anda jumpa?
  1. Terapi panas dan sejuk

Antara petua hilangkan sakit urat saraf yang paling senang adalah dengan melakukan rawatan panas dan sejuk bagi membantu melegakan kesakitan serta keradangan arthritis 6.

  • Rawatan terapi panas boleh merangkumi mandi atau berendam air panas di pagi hari untuk membantu mengurangkan kekejangan. Selain itu, penggunaan selimut elektrik atau pad pemanasan lembap juga boleh mengurangkan rasa ketidakselesaan pada waktu malam.
  • Manakala rawatan terapi sejuk dapat meredakan sakit sendi, bengkak dan keradangan. Balut pek gel ais atau beg sayur beku dengan tuala dan sapukan pada sendi yang menyakitkan untuk memberikan kelegaan cepat. Harus diingatkan, jangan sekali-kali menggunakan ais terus ke kulit.
  1. Melindungi sendi

Kecederaan yang berlaku pada sendi boleh menyebabkan atau memburukkan lagi artritis. Untuk bersenam, pilih aktiviti yang mudah di sendi seperti berjalan kaki, berbasikal, dan berenang.

Petua hilangkan sakit urat saraf lain adalah dengan aktiviti berimpak rendah mempunyai kadar risiko kecederaan rendah dan tidak akan menyebabkan tekanan pada sendi 3. Kecederaan sendi berpunca daripada sukan atau pekerjaan yang dilakukan boleh meningkatkan kemungkinan untuk anda diserang osteoartritis.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Arthritis. https://www.versusarthritis.org/about-arthritis/conditions/arthritis/. Diakses pada Disember 15, 2020.
  2. Diagnosis Awal Keradangan Arthritis. https://www.hss.edu/conditions_early-diagnosis-inflammatory-arthritis.asp. Diakses pada Disember 15, 2020.
  3. Lima Cara Menguruskan Arthritis. https://www.cdc.gov/arthritis/basics/management.htm. Diakses pada Disember 15, 2020.
  4. Penggunaan NSAID dalam merawat pesakit dengan arthritis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3891482/. Diakses pada Disember 15, 2020.
  5. Senaman membantu mengurangkan rasa sakit dan kekebasan artritis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/arthritis/in-depth/arthritis/art-20047971. Diakses pada Disember 15, 2020.

Versi Terbaru

19/09/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selalu Sakit Sendi, Anda Patut Elak Makan 10 Makanan Berangin Ini

29 Punca Sakit Sendi Yang Anda Mungkin Terlepas, Patutlah Selalu Lenguh Badan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan