Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit berbahaya, yang mampu membawa kepada strok, serangan jantung, kegagalan jantung dan masalah buah pinggang.
Matlamat rawatan adalah untuk menurunkan kadar tekanan darah dan memelihara organ penting daripada terjejas.
Selain ubat-ubatan, gaya hidup memainkan peranan penting dalam usaha rawatan alternatif tekanan darah tinggi.
Bergantung kepada diagnosis, pembekal perkhidmatan kesihatan akan membantu anda untuk membuat perancangan bagi anda untuk mengawal tekanan darah anda.
Sekiranya anda berada dalam kalangan penghidap tekanan darah tinggi primer, anda hanya perlu mengubah gaya hidup anda.
Kombinasi antara ubatan dan gaya hidup sihat akan memberikan kesan yang terbaik.
Antara amalan yang perlu anda ikuti untul mengawal tekanan darah tinggi termasuklah;
#1. Mengamalkan diet sihat
Diet yang harus diamalkan oleh penghidap “hipertensi” mestilah diet yang rendah kandungan garam.
Seorang dewasa yang sihat tidak boleh mengambil kandungan garam melebihi 2300 miligram sehari, iaitu kira-kira satu sudu teh.
Sekiranya anda penghidap “hipertensi”, kandungan garam yang anda ambil sehari mestilah kurang daripada 1500 miligram.
Adalah digalakkan untuk anda memeriksa label untuk memilih makanan yang rendah kandungan garam.
Selain itu, mereka yang menghidapi tekanan darah tidak stabil haruslah mengikuti plan diet DASH.
Berkenaan diet ini, anda digalakkan mengambil lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu jenis rendah lemak; mengurangkan makanan berlemak tepu dan lemak penuh.
#2. Mengamalkan aktiviti fizikal
Mengamalkan aktiviti fizikal sangat membantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi dan banyak lagi masalah berkenaan kesihatan.
Penghidap “hipertensi” harus berbincang dengan doktor untuk mengetahui tahap & jenis senaman yang bersesuaian.
Secara umumnya, doktor akan mengesyorkan pesakit untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari atau beberapa hari dalam seminggu.
Bagaimanapun, tahap & jenis senaman yang berbeza akan memerlukan jumlah masa yang berbeza.
Aktiviti yang terbaik yang harus diamalkan ialah senaman aerobik seperti berjalan pantas.
#3. Mengekalkan berat badan sihat
Berat badan yang sihat membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit lain juga.
Kurangkan berat badan sekiranya anda berada pada tahap obesiti atau terlebih berat.
Pengurangan berat badan berkait dengan kolestrol, berat badan yang berurang akan memperbaiki tekan darah, mengurangkan kolestrol LDL dan meningkatkan kolestrol HDL.
Indeks berat badan atau BMI, yang mengukur kaitan antara berat badan dan ketinggian juga merupakan indeks yang berguna untuk mengawal berat badan anda.
Berbincanglah dengan pakar perubatan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Rawatan alternatif tekanan darah tinggi #4. Elak alkohol
Lebih banyak alkohol yang anda ambil, tahap tekanan darah dan tahap trigliserida juga akan meningkat.
Trigliserida ialah sejenis lemak yang terkandung di dalam darah.
Selain itu,alkohol juga membekalkan kalori kepada tubuh yang menyebabkan berat badan bertambah.
Jumlah alkohol yang disarankan untuk lelaki ialah tidak melebih dua gelas manakala satu gelas untuk wanita.
Satu gelas ialah 12 auns bir, 5 auns wain atau 1.5 auns arak.
Rawatan alternatif tekanan darah tinggi #5. Kawal stress
Stress mampu membawa impak negatif terhadap mental dan fizikal anda, yang juga menyumbang kepada peningkatan tekanan darah.
Anda boleh mengamalkan beberapa cara untuk menenangkan diri dan mencari kekuatan untuk berhadapan dengan masalah.
Mendengar muzik, melakukan aktiviti fizikal, dan meditasi adalah pilihan yang baik.
Selain itu, Yoga atau Tai chi boleh membantu mengawal pernafasan, kemarahan, kepenatan dan gangguan dalam fikiran anda.
Saintis sedang mengkaji perubahan faktor tekanan darah tidak stabil, menghasilkan cara dan ubat-ubatan untuk mengawalnya.
Mungkin pada masa akan datang, vaksin yang baru akan ditemui untuk mengelakkan “hipertensi”.
Satu-satunya perkara yang anda mampu lakukan pada masa ini adalah belajar untuk hidup dengannya.
Rawatan alternatif tekanan darah tinggi yang dinyatakan di atas adalah cara yang mudah bagi anda!
[embed-health-tool-heart-rate]