home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Stres dan Hipertensi: Apa Kaitannya?

Stres dan Hipertensi: Apa Kaitannya?

Semasa stres, badan anda akan mengalami beberapa perubahan. Hormon kortisol dan adrenaline akan dirembeskan. Jantung akan bekerja dengan lebih kuat dan pantas, manakala salur darah mengecut. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah meningkat tinggi.

Namun, ia hanya berlaku dalam tempoh sementara. Selepas kembali tenang, kortisol dan adrenaline akan menurun, diikuti dengan tekanan darah. Persoalannya, adakah stres berulang dan berpanjangan boleh mengakibatkan penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi?

Merungkai kaitan stres dan hipertensi

Tiada kajian yang menunjukkan kesan langsung antara stres dan hipertensi. Badan anda mungkin mengalami peningkatan pada tekanan darah disebabkan perubahan hormon semasa dalam situasi tertentu. Namun, seperti yang disebutkan di atas, ia adalah bersifat sementara.

Meskipun tiada kesan langsung, ia mungkin boleh membawa kepada tabiat dan tingkah laku yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi. Contohnya, makan berlebihan, hidup kurang aktif dan pengambilan alkohol berlebihan. Peningkatan tekanan darah sementara, jika berulang kali berlaku, mungkin membawa kepada hipertensi dari semasa ke semasa.

Beberapa keadaan yang terkait dengan stres sebaliknya mungkin boleh menyebabkan penyakit jantung. Ini termasuk keresahan dan depresi. Tekanan hidup juga menjejaskan kualiti hidup serta membina tingkah laku kurang sihat seperti mengabaikan rawatan bagi keadaan kesihatannya, termasuk hipertensi.

Stres menambah risiko hipertensi

Walaupun tidak menjadi menjadi sebab langsung, ia menambah risiko hipertensi, lebih-lebih lagi jika dicampur dengan faktor-faktor lain seperti pemakanan, berat badan, merokok, kolesterol dan genetik. Aktiviti yang mengurangkan stres seperti meditasi dan akupuntur terbukti membantu mengawal tekanan darah.

Tambahan pula, orang yang bebas stres akan menjalani kehidupan lebih sihat. Ini tentunya mengurangkan risiko mendapat banyak penyakit.

Bebaskan diri anda daripada tekanan

Tiada orang yang ingin hidupnya dikawal oleh kerja atau orang lain. Apa guna hidup jika kita tidak memilikinya. Bebaskan diri anda daripada tekanan. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan kualiti hidup secara umum.

Cuba langkah-langkah berikut:

  • Amalkan meditasi berkala. Jika anda orang Islam, dapatkan solat yang khusyuk.
  • Mudahkan jadual harian. Semak semula jadual anda jika ia membuatkan anda selalu terkejar-kejar dan tertekan.
  • Senaman dan tidur yang cukup.
health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 15/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x