backup og meta

Ini 13 Tanda Awal Kalau Jantung Ada Masalah, Semak Jika Anda Pernah Alaminya…

Ini 13 Tanda Awal Kalau Jantung Ada Masalah, Semak Jika Anda Pernah Alaminya…

Bagaimana hendak tahu jika kita sedang atau akan menghidap sakit jantung? Ada beberapa tanda awal yang boleh anda lihat sekiranya anda berisiko tinggi mendapat sakit jantung. Berikut adalah antara simptom sakit jantung awal yang boleh anda perhatikan mengikut jantina. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

Ada apa dengan penyakit jantung?

Seperti yang diketahui ramai, penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling ditakuti di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Ia merangkumi pelbagai jenis masalah yang berkaitan dengan organ jantung.

Pada zaman sekarang, kehidupan moden yang sibuk dan penuh tekanan sering kali menjadi punca utama masalah jantung dalam kalangan penduduk dunia.

Oleh itu, amat penting untuk kita mula mengetahui tanda atau simptom sakit jantung awal agar kita boleh bertindak lebih pantas dalam merawatnya. 

Simptom sakit jantung awal

sakit jantung wanita

Berikut adalah antara tanda-tanda atau simptom awal jika seseorang itu mula mengalami sebarang masalah dengan jantung mereka:

  • Sakit dada: Rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian dada adalah tanda klasik penyakit jantung. Ia boleh dirasakan seperti tekanan, jantung terasa berat, atau rasa terbakar. Ia biasanya dirasai di bahagian tengah atau sebelah kiri dada
  • Sesak nafas: Individu yang mengalami penyakit jantung mungkin akan berasa sesak nafas, terutamanya semasa melakukan aktiviti fizikal
  • Pengsan: Keadaan ini boleh berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan cekap, lalu menyebabkan kurangnya aliran oksigen ke otak
  • Edema (pembengkakan anggota tubuh badan): Kaki, pergelangan kaki dan perut yang membengkak sering kali menjadi antara tanda jantung bermasalah
  • Mudah letih: Rasa letih yang berterusan dan tidak dapat dijelaskan boleh menjadi petunjuk awal masalah jantung
  • Denyutan jantung tidak teratur: Palpitasi atau denyutan jantung yang tidak teratur juga boleh menjadi tanda masalah jantung
  • Pening: Pening kepala dan kekeliruan boleh berlaku jika jantung tidak dapat mengepam darah yang cukup ke otak anda

Simptom sakit jantung lelaki

simptom sakit jantung

Bagi orang lelaki, anda mungkin mengalami beberapa tanda yang lebih khusus jika jantung mempunyai sebarang masalah.

Antaranya ialah:

  • Sakit dada yang agak teruk: Orang lelaki lebih cenderung mengalami sakit dada yang teruk, dan rasa tekanan atau ketat pada bahagian dada
  • Peluh berlebihan: Selain itu, orang lelaki juga berpotensi mengalami peluh berlebihan daripada biasa. Selain itu, peluh sejuk juga boleh terjadi tanpa sebab yang jelas
  • Sakit pada bahagian badan lain: Bukan sahaja pada dada, orang lelaki juga mungkin akan mengalami rasa sakit yang menjalar ke bahu, lengan, belakang badan, rahang atau leher

Simptom sakit jantung wanita

Untuk wanita pula, terdapat juga beberapa tanda yang mungkin lebih banyak dialami golongan ini berbanding lelaki.

risiko wanita sakit jantung

Antara simptom-simptomnya ialah:

  • Ketidakselesaan pada dada: Wanita juga mungkin cenderung untuk mengalami ketidakselesaan pada dada. Namun, ia tidaklah seteruk sakit dada yang dialami oleh orang lelaki
  • Lemah dan penat: Wanita juga mungkin akan berasa lemah dan penat luar daripada kebiasaan, terutamanya di bahagian badan sebelah atas
  • Sakit perut: Mengalami sakit pada perut bahagian atas atau rasa loya dan muntah

Kesimpulan 

Walaupun artikel ini membezakan tanda-tanda sakit jantung antara lelaki dan wanita, namun sebahagian besarnya adalah tanda yang serupa sahaja.

Kedua-dua golongan boleh mengalami tanda-tanda yang sama, namun sesetengah tanda awal sakit jantung ini mungkin lebih kerap atau cenderung berlaku dalam golongan lelaki atau wanita.

Mengenali gejala awal penyakit jantung adalah langkah penting dalam pencegahan dan pengurusan penyakit ini.

Dengan pengetahuan yang tepat, kita boleh mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan jantung kita dan mengelakkan sebarang komplikasi.

Justeru, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan segera jika anda mengalami sebarang gejala yang dinyatakan di atas untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

11 signs you might have heart disease. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/medical/11-signs-you-might-have-heart-disease. Diakses pada Oktober 11, 2023. 

Heart disease. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/symptoms-causes/syc-20353118. Diakses pada Oktober 11, 2023.

Warning Signs of a Heart Attack. https://www.heart.org/en/health-topics/heart-attack/warning-signs-of-a-heart-attack. Diakses pada Oktober 11, 2023.

Warning signs and symptoms of heart disease. https://www.mountsinai.org/health-library/selfcare-instructions/warning-signs-and-symptoms-of-heart-disease. Diakses pada Oktober 11, 2023.

Heart Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24129-heart-disease. Diakses pada Oktober 11, 2023.

Versi Terbaru

16/10/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tip Elak Serangan Jantung: Kena Tahu Cara Kira Bacaan Nadi Normal

4 Penyakit Ini Penyebab Jantung Anda Berdegup Laju Tanpa Sebab, Jaga-Jaga Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan