backup og meta

Apa Itu Trigliserida? Jom Baca Artikel Ini Untuk Tahu Bahayanya Terhadap Tubuh Badan!

Apa Itu Trigliserida? Jom Baca Artikel Ini Untuk Tahu Bahayanya Terhadap Tubuh Badan!

Definisi

Apa itu trigliserida?

Trigliserida adalah sejenis lemak di dalam darah yang digunakan oleh tubuh anda untuk menyimpan tenaga.

Jenis lemak ini terdapat dalam daging, produk tenusu, minyak sayuran dan lemak haiwan.

Hati juga membuat apa itu trigliserida terjadi.

Jika lemak ini terlalu banyak, ia boleh meningkatkan risiko mengidap pankreatitis (radang pankreas) dan penyakit arteri koronari (salur darah jantung), terutama pada wanita.

Apakah kebarangkalian ia terjadi?

Menurut kajian, kebanyakan orang yang berlebihan berat badan atau gemuk serta gagal melakukan aktiviti fizikal selama kira-kira 150 minit seminggu atau yang merokok, dilaporkan mempunyai kadar TG 200mg / dl atau lebih tinggi.

Orang  tua juga mungkin akan mendapat tahap trigliserida yang lebih tinggi.

Ia boleh menjejaskan pesakit pada semua peringkat usia.

Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom trigliserida?

Trigliserida adalah kebiasaannya tidak menyebabkan simptom.

Walau bagaimanapun, jika trigliserida adalah tinggi buat anda disebabkan oleh keadaan genetik, anda mungkin melihat mendakan lemak di bawah kulit anda.

Ini dipanggil xanthomas.

lemak

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berjumpa dengan doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza.

Berbincanglah dengan doktor anda bagi mengetahui apa itu trigliserida dan rawatan terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca kondisi ini?

Trigliserida yang tinggi biasanya disebabkan oleh keadaan lain, termasuklah:

  • Berat berlebihan dan obesiti
  • Kencing manis yang tidak dikawal
  • Kelenjar tiroid yang kurang aktif
  • Penyakit buah pinggang
  • Pengambilan kalori biasa mendahului jumlah kalori yang dibakar
  • Minum alkohol secara berlebihan
  • Kekurangan Lipoprotein lipase dan / atau apo CII (gangguan resesif autosom berlaku di mana pengeluaran lipoprotein lipase yang tidak mencukupi menyebabkan kurang metabolisme  chylomicrons dan trigliserida)
  • Ubat-ubatan tertentu juga boleh meningkatkan trigliserida seperti: Tamoxifen, Steroid, beta blocker, Diuretik, Estrogen, pil kawalan kelahiran

obesiti

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada trigliserida?

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan tahap trigliserida anda meliputi:

  • Berat badan berlebihan dan obesiti
  • Kekurangan aktiviti fizikal
  • Merokok
  • Penggunaan alkohol yang berlebihan
  • Tinggi karbohidrat dalam diet
  • Penyakit dan ubat tertentu
  • Sesetengah ganguan genetik

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kondisi ini?

Cara utama untuk menangani tahap tinggi trigliserida adalah dengan memakan makanan yang sihat dan melakukan lebih banyak senaman.

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi trigliserida:

  • Kurangkan berat badan. Sekiranya berat badan anda berlebihan, kehilangan 2.5 – 4.5 kilogram boleh membantu menurunkan trigliserida anda. Motivasikan diri anda dengan memberi tumpuan kepada manfaat kehilangan berat badan, seperti mempunyai lebih tenaga, penampilan yang baik dan kesihatan yang lebih baik.
  • Kurangkan kalori. Ingat bahawa kalori tambahan ditukar kepada trigliserida dan disimpan sebagai lemak. Mengurangkan kalori anda akan mengurangkan trigliserida.
  • Elakkan makanan manis dan makanan yang diproses. Karbohidrat mudah, seperti gula dan makanan yang dibuat dengan tepung putih, boleh meningkatkan trigliserida.
  • Pilih lemak yang sihat. Lemak tepu yang terdapat di dalam daging (terutamanya daging merah) kepada lemak tidak tepu yang sihat , yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan (seperti minyak zaitun, kacang dan kanola) serta minyak yang kaya dengan omega-3 (seperti makarel dan salmon).
  • Hadkan penggunaan alkohol. Alkohol mempunyai kalori yang tinggi serta gula, mempunyai kesan yang sangat kuat terhadap trigliserida. Bahkan jumlah alkohol yang sedikit dapat meningkatkan kadar trigliserida.
  • Bersenam dengan kerap. Matlamat untuk sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal pada setiap hari atau kebanyakan hari dalam seminggu. Senaman yang teratur boleh menurunkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol yang baik. Cuba lakukan latihan kecil semasa berehat atau menonton TV.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

High Triglycerides. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3431581/. Accessed August 07, 2016

High Triglyceride Levels Common, Often Untreated Among Americans. https://www.sciencedaily.com/releases/2009/03/090323161117.htm. Accessed July 22, 2016.

Should you worry about high triglycerides?. http://www.health.harvard.edu/family-health-guide/should-you-worry-about-high-triglycerides. Accessed July 22, 2016.

Triglycerides: Why do they matter?. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/triglycerides/art-20048186. Accessed July 22, 2016.

Versi Terbaru

23/11/2021

Ditulis oleh Mellisa Lim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kadar Jantung Sasaran Ideal Untuk Bakar Lemak

Pengambilan Lemak Tepu Boleh Bawa Kesan Sampingan Pada Jantung - Kajian


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 23/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan