5 Manfaat French Kiss Terhadap Tubuh Badan, Suami Isteri WAJIB Cuba Ini!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Setiap kali berbicara tentang french kiss, pasti ramai suami isteri yang malu dan segan untuk berbincang mengenai perkara ini bukan? Sebenarnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Ini kerana ia adalah sesuatu yang normal malahan bagus untuk perhubungan kalian.

Jom ikuti artikel ini untuk tahu manfaat cium mulut bersama pasangan!

Apa itu french kiss?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu apa itu french kiss terlebih dahulu. Buat kalian yang mungkin belum arif mengenainya, perbuatan ini turut dikenali sebagai bercium atau bercumbu mulut ke mulut bersama pasangan.

Pun begitu, ia bukanlah sekadar bersentuhan bibir ke bibir sahaja. Ia meliputi elemen bermain lidah, bertukar air liur, bersentuhan serta berpelukan bersama pasangan. Pendek kata, ia adalah foreplay yang sangat penting dalam perhubungan suami isteri.

Menurut Michael Christian yang merupakan penulis buku The Art of Kissing, perbuatan cium mulut bersama pasangan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu perhubungan.

“Jika lebih banyak pasangan itu bercium, maka lebih tinggi tahap keserasian mereka di dalam perhubungan”, jelas beliau lagi. Selain itu, ia juga merupakan sesuatu yang boleh menimbulkan suasana cinta yang romantis,” katanya.

Jadi, ternyatalah bahawa ia sangat penting dalam perhubungan suami isteri. Ingin tahu apa lagi manfaat cium mulut? Teruskan pembacaan kalian!

Manfaat cium mulut yang suami isteri wajib tahu!

cium mulut

#1. Ia membantu merembeskan hormon kegembiraan

Tanpa disedari, bercium dengan penuh bernafsu bersama pasangan sebenarnya mampu merembeskan hormon-hormon kegembiraan seperti oksitoksin, dopamin dan serotonin.

Hormon inilah yang bertanggungjawab memberikan rasa seronok, bahagia dan gembira kepada individu. Kesannya, ia mampu menurunkan kadar kortisol (hormon stres) dalam tubuh badan.

Oleh itu, apa lagi yang kalian tunggu? Boleh cuba praktikkan ini dengan pasangan sekarang juga!

#2. Ia membantu meningkatkan tahap libido

French kiss yang hangat dan sensasi bersama pasangan tercinta sudah pasti akan menaikkan nafsu syahwat sekali gus mendorong kalian bersenggama dengan lebih hebat di ranjang kelak.

Ini kerana air liur mengandungi testosteron, yang sangat diperlukan untuk meningkatkan tahap libido individu. Jadi, lebih banyak dan lebih lama kalian bercium, lebih tinggi testosteron dirembeskan.

Kesannya, pasangan mungkin akan lebih kerap mengajak anda berasmaradana! Jadi, sila bersedia ya?

#3. Cium mulut membantu membersihkan mulut

Apa? Kedengaran agak pelik bukan? Namun, itulah hakikatnya!

Menurut Mathew Messina yang merupakan Pakar Pergigian dari Fairview Park, Amerika Syarikat, air liur yang bercampur dan ditambah dengan air liur pasangan sewaktu bercumbu mampu membantu membersihkan bakteria dan plak yang terdapat dalam mulut.

Pun begitu, beliau tidaklah mengatakan bahawa ia adalah sesuatu yang perlu dilakukan setiap kali selepas makan. Sebaliknya, anda disarankan untuk memberus dan memflos gigi agar bakteria dan plak yang terdapat dalam mulut dapat dibuang secara total.

Namun, tiada salahnya untuk kalian melakukan french kiss pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Cuma, janganlah di tempat yang terbuka pula. Ingat, privasi itu juga adalah perkara yang sangat penting.

french kiss

#4. Ia membantu otot-otot untuk bersenam

Perbuatan bercium boleh melibatkan pergerakan 2 hingga 34 otot yang terdapat pada muka dan leher kalian!

Ini bermakna ia juga boleh dianggap sebagai sesuatu senaman yang bagus untuk otot-otot anda sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu meningkatkan penghasilan kolagen bagi memastikan wajah kalian berdua kekal muda, bersinar dan bergaya.

Disebabkan itu, ia boleh dianggap sebagai berita baik buat kalian yang kurang rajin untuk bersenam. Mungkin french kiss adalah alternatif yang terbaik buat anda?

#5. Cium mulut membantu tubuh badan membakar kalori

Menurut Bryant Stamford, Profesor di University of Loiusville, french kiss bersama pasangan dengan penuh kemahuan dan keinginan seksual mampu membakar kira-kira 2 kalori dalam masa seminit.

Dalam pada itu, kita semua sudah sedia maklum perbuatan cium mulut bersama pasangan ini boleh membawa dan mendorong kepada hubungan intim yang lebih hebat.

Kesannya, kalori yang terbakar semasa aksi di ranjang ini pasti akan lebih tinggi. Maka, jangan malu atau segan untuk merealisasikan ini bersama pasangan.

Pun begitu, jangan pula anda menyangka ia sudah mencukupi buat kalian berdua ya? Senaman kardiovaskular masih perlu dilakukan demi menjamin tubuh badan yang sihat dan sejahtera!

Tidak perlu malu atau segan untuk minta pasangan french kiss

Sekarang, kita semua sudah tahu tentang beberapa manfaat cium mulut yang penting untuk tubuh badan kita. Oleh itu, buat apa kita perlu malu atau segan dengan pasangan?

Namun, ia hanya termaktub kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Bagi yang belum berkahwin dan beragama Islam khususnya, sabar dan jangan sesekali mengajak pasangan melakukannya okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Tarikh Reviu: Mac 19, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 18, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut