Sikit Atau Banyak, Kesan Merokok Tetap Sama

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan

“Hari ini aku hisap sebatang aje weyh, so kuranglah sikit kesan merokok tu.” Ini merupakan satu tanggapan biasa kepada perokok, tetapi adakah ia benar atau kuantiti rokok sebenarnya tidak membawa perbezaan? Ayuh, ikuti perkongsian artikel ini.

Kesan merokok yang sama

Kuantiti rokok mempengaruhi kesan merokok merupakan satu tanggapan yang salah. Ini kerana satu kajian yang dijalankan oleh pakar daripada University Columbia menyatakan kesan merokok bagi perokok ringan dan perokok tegar tidak jauh berbeza. 

Kajian ke atas 25,000 sukarelawan melibatkan individu perokok, bekas perokok serta individu dewasa yang tidak pernah merokok ini, menunjukkan kerosakan paru-paru bagi perokok ringan dan perokok yang menghisap rokok sehingga dua pek sehari adalah sama.

Keputusan kajian menunjukkan fungsi paru-paru bagi perokok tegar, yang ditakrifkan menghisap 30 batang rokok sehari menurun kadar 11.24 ml setahun lebih berbanding individu yang tidak merokok. 

Manakala individu perokok ringan yang hanya merokok dalam anggaran kurang daripada 5 batang rokok sehari pula menunjukkan penurunan fungsi paru-paru pada kadar 7.65 ml setahun.

Pakar mengatakan bahawa perokok ringan kehilangan kapasiti paru-paru yang sama dalam tempoh setahun seperti kehilangan kapasiti paru-paru yang dialami oleh perokok tegar untuk jangka masa sembilan bulan. 

Tidak bergantung kepada kuantiti

Menurut penulis utama penyelidikan Dr Elizabeth Oelsner berkata, “Merokok dalam kuantiti sedikit dalam sehari memberikan kesan merokok yang sama berisiko seperti seperti merokok dalam kuantiti yang banyak.”

Jelas beliau lagi, ini adalah kerana perbezaan kehilangan fungsi antara merokok kurang lima batang sehari dan dua pek kotak rokok sehari adalah sangat kecil. Jadi cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan berhenti merokok terus dan bukannya mengurangkan kuantiti rokok. 

Ini bermakna kesan kerosakan paru-paru secara langsung adalah kualitatif. Bagaimana pun, kesan merokok yang akan mengakibatkan masalah kanser paru-paru adalah bersifat kuantitatif. Di mana risiko untuk mengalami kanser paru-paru akan meningkat apabila seseorang individu itu merokok dengan lebih banyak setiap hari serta sepanjang hayatnya.

Bawa maut

Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet Respiratory Medicine ini turut menyatakan individu dalam kumpulan perokok ringan tidak menyedari bahawa mereka berdepan dengan risiko untuk mengalami masalah berkaitan penyakit paru-paru yang boleh membawa maut.

Individu yang sudah lama merokok berdepan dengan risiko penyakit pulmonari obstruktif kronik yang tidak dapat diubati (COPD) selain kanser. Tabiat merokok merupakan penyebab utama kanser yang boleh dielakkan. Ia menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan sekurang-kurangnya 15 jenis penyakit yang berbeza.

Kebanyakan individu tertarik untuk merokok kerana menganggap nikotin mampu membuatkan mereka berasa lebih tenang. Tetapi hakikatnya, tabiat ini boleh menyebabkan mereka ketagih dan sukar untuk berhenti. 

Berhenti merokok pada usia muda, terutamanya sebelum mencecah usia 40 tahun, dapat dikaitkan dengan penurunan risiko kematian awal daripada berhenti selepas berusia 40 tahun. Walau bagaimanpun, berhenti merokok selepas berusia 60 tahun dapat dikaitkan risiko kematian yang lebih rendah berbanding individu dewasa berusia yang masih terus merokok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Vape BUKAN Idea Bagus Sebagai Pengganti Rokok, Kes Kematian Evali Ini Antara Sebabnya!

    Terdapat kes yang memberikan persepsi bahawa penggunaan vape bukanlah satu idea yang bagus bagi menggantikan rokok. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 04/11/2019 . 3 minit bacaan

    Anda Fikir Vape Lebih Selamat Berbanding Rokok? Tanggapan Anda Ternyata SALAH!

    Seorang wanita yang berusia 50 tahun daripada Amerika Syarikat telah mengalami kematian yang disebabkan oleh masalah pernafasan yang teruk akibat vape

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 17/09/2019 . 2 minit bacaan

    Mengapa ‘Ikrar Berhenti Merokok’ Penting untuk Anda Berhenti Merokok

    Perjalanan untuk berhenti merokok adalah satu bentuk kerjasama antara anda dengan profesional penjagaan kesihatan anda bagi berhenti merokok.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 25/07/2019 . 3 minit bacaan

    Apa Kaitan Antara Rokok, Obesiti dan Kanser?

    Adakah anda tahu bahawa terdapat kaitan di antara rokok, obesiti dengan kanser? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 09/07/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    atasi-tiub-fallopio-tersumbat-cara-semula-jadi

    Hah! Ada Kaedah Natural Atasi Masalah Tiub Fallopio Tersumbat? Berhasil Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    covid

    Bukan Main-main! AMARAN Perokok 14x Ganda Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 30/03/2020 . 4 minit bacaan
    perut

    Perut Buncit Jika Mandi Lepas Makan? Bukan Ini Saja, Ada 4 Lagi Mitos Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/02/2020 . 3 minit bacaan