backup og meta

Fakta Tentang Kolesterol Yang Tak Ramai Orang Tahu

Fakta Tentang Kolesterol Yang Tak Ramai Orang Tahu

Meskipun perkataan ‘kolesterol’ itu sering disebut dengan konotasi negatif, namun ia sebenarnya tidak sepenuhnya buruk. Ketahui fakta tentang kolesterol yang ramai orang tidak tahu.

Jom baca!

Apa itu kolesterol?

Kolesterol membentuk lapisan membran pada setiap sel di dalam badan yang berfungsi mengawal semua bahan-bahan di dalam badan yang masuk ke dalam sel.

Ia boleh didapati melalui makanan tertentu. Kolesterol juga dihasilkan oleh hati di dalam badan.

Kadar yang normal adalah penting dalam mengekalkan kesihatan badan serta mengurangkan risiko penyakit tertentu termasuk penyakit jantung dan strok.

Perkara tentang kolesterol yang kita perlu tahu

Bagaimana kolesterol diukur?

Kolesterol boleh diukur melalui ujian darah, sama ada diambil daripada hujung jari selepas ditusuk oleh jarum kecil, atau diambil menggunakan picagari.

Bacaan yang diambil dikenali sebagai profil lipid. Ia merangkumi beberapa bacaan:

  • Jumlah kolesterol
  • Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL)
  • Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL)
  • Trigliserida

Setiap komponen di atas mempunyai kepentingan yang tersendiri.

Apakah bacaan normal?

tentang kolesterol

Perkara penting yang perlu anda tahu tentang kolesterol adalah bacaan ini semata-mata tidak boleh menentukan risiko anda kepada penyakit jantung.

Namun, beberapa perkara lain juga perlu diambil kira sebelum boleh memberikan gambaran menyeluruh tentang keadaan kesihatan anda.

Untuk mengira risiko penyakit jantung, sejenis formula yang dinamakan Framingham Score digunakan. Ia mengambil kira beberapa faktor:

  • Jumlah kolesterol
  • HDL
  • Umur
  • Jantina
  • Tabiat merokok
  • Tekanan darah
  • Pengambilan ubat darah tinggi

tentang kolesterol

Bagaimana ingin mengawalnya?

Bacaan tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan apa-apa simptom.

Oleh itu, pemeriksaan berkala diperlukan untuk mengesan perubahan seawal mungkin, lebih-lebih lagi jika ada ahli keluarga yang mempunyai bacaan tinggi.

Pemakanan atau diet yang sihat dan senaman berkala mampu mengawal kolesterol dalam kebanyakan kes.

Kadangkala, ubat-ubatan seperti statin mungkin diperlukan jika gaya hidup tidak mampu mengawal dengan sempurna.

Kurangkan pengambilan makanan seperti organ dalaman, telur atau produk berasaskan telur seperti kek serta bahagian kepala pada makanan laut seperti ikan (kari kepala ikan), udang dan ketam.

Minyak dan kulit ayam juga sebaiknya dikurangkan. Sebaliknya, lebihkan serat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cholesterol – https://www.heart.org/en/health-topics/cholesterol
  2. What Your Cholesterol Level Means – https://www.heart.org/en/health-topics/cholesterol/about-cholesterol/what-your-cholesterol-levels-mean
  3. Diet Rendah Kolesterol – http://www.myhealth.gov.my/diet-rendah-kolesterol/
  4. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11920-cholesterol-numbers-what-do-they-mean
  5. https://medlineplus.gov/cholesterol.html
  6. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/reduce-cholesterol/art-20045935

Versi Terbaru

07/10/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Tidur & Kolesterol Badan Ada Kaitan! Nak Turunkan Kolesterol, Pastikan Tidur Nyenyak Tiap Malam!

Paras Kolesterol Tinggi? Ini 4 Cara Semula Jadi Untuk Kekalkannya Pada Tahap Yang Rendah


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan