brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Jangan Abai Kolesterol Tinggi! Ini 5 Penyakit Boleh Berlaku Jika Kolesterol Jahat Terus Naik

Kesan kolesterol tinggi sering berlaku secara senyap tanpa disedari. Ramai hanya mengetahui bacaan kolesterol mereka meningkat selepas menjalani pemeriksaan kesihatan atau apabila komplikasi seperti penyakit jantung mula berlaku. Lantaran itu, memahami faktor risiko, mengenali bacaan kolesterol dan mengamalkan gaya hidup sihat sejak awal amat penting bagi melindungi kesihatan jantung.

Jangan Abai Kolesterol Tinggi! Ini 5 Penyakit Boleh Berlaku Jika Kolesterol Jahat Terus Naik

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Apakah bacaan kolesterol yang paling tinggi?

Apabila bercakap tentang apakah bacaan kolesterol yang paling tinggi, perkara paling penting ialah memahami bahawa keputusan ujian lipid perlu dinilai secara menyeluruh, bukan berdasarkan satu bacaan semata-mata.

Secara umum, bacaan kolesterol biasanya merangkumi:1

  • Jumlah kolesterol (Total cholesterol) – sebaiknya di bawah 5.2 mmol/L
  • Kolesterol LDL (kolesterol “jahat”) – lebih rendah adalah lebih baik, terutama bagi individu berisiko tinggi
  • Kolesterol HDL (kolesterol “baik”) – bacaan yang lebih tinggi membantu melindungi jantung
  • Trigliserida – turut memainkan peranan dalam risiko penyakit kardiovaskular

Semakin tinggi paras LDL, semakin besar kemungkinan plak lemak terkumpul pada dinding arteri. 

Lama-kelamaan, saluran darah menjadi sempit dan mengurangkan aliran darah ke organ penting seperti jantung dan otak. 

Inilah sebab utama kesan kolesterol tinggi dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular.

Walaupun bacaan yang dianggap “tinggi” bergantung pada tahap risiko seseorang serta penilaian doktor, pemeriksaan kesihatan secara berkala tetap merupakan langkah terbaik untuk mengesan masalah lebih awal.

Apakah tanda-tanda awal kolesterol tinggi?

kesan kolesterol tinggi
Anda mungkin mudah sakit kepala jika paras kolesterol tinggi dalam badan.

Apakah tanda-tanda awal kolesterol tinggi? Kebanyakan individu sebenarnya tidak mengalami sebarang simptom yang jelas.2 

Seseorang boleh kelihatan sihat dan menjalani rutin seperti biasa walaupun paras kolesterol LDL dalam darah sudah meningkat.

Hal ini berlaku kerana kolesterol berlebihan terkumpul pada dinding saluran darah secara perlahan-lahan. 

Kesan kolesterol tinggi biasanya hanya mula disedari apabila pembentukan plak telah menyempitkan arteri atau mencetuskan komplikasi kesihatan.

Apabila aliran darah mula terganggu, seseorang mungkin mengalami tanda seperti:

  • Sakit atau tekanan pada dada, terutamanya ketika melakukan aktiviti fizikal.
  • Mudah penat atau sesak nafas.
  • Sakit atau kekejangan pada betis ketika berjalan.
  • Kebas atau rasa sejuk pada kaki akibat aliran darah yang berkurangan.
  • Tanda fizikal yang jarang berlaku seperti mendapan kolesterol pada tendon atau di sekitar mata, terutamanya dalam kes kolesterol tinggi akibat faktor keturunan.

Namun, simptom tersebut bukan tanda awal yang khusus kepada kolesterol tinggi dan boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan lain. 

Ujian darah atau profil lipid merupakan cara utama untuk mengetahui tahap kolesterol keseluruhan, LDL, HDL dan trigliserida.3 

Pemeriksaan berkala amat penting, khususnya bagi individu yang mempunyai diabetes, tekanan darah tinggi, berat badan berlebihan, sejarah keluarga penyakit jantung atau gaya hidup kurang aktif.

Apakah kesan kolesterol LDL tinggi? 5 risiko kesihatan yang tidak boleh dipandang ringan

Ramai hanya mula mengambil berat tentang kesan kolesterol tinggi selepas menerima keputusan ujian darah yang kurang memuaskan. 

Hakikatnya, apabila kolesterol LDL berada pada paras tinggi dalam tempoh yang lama, ia boleh membentuk plak pada dinding arteri.4 

Lama-kelamaan, saluran darah menjadi semakin sempit dan keras (aterosklerosis), sekali gus mengurangkan aliran darah ke organ penting.4

Jadi, apakah kesan kolesterol LDL tinggi?

Antara kesan kolesterol tinggi yang sering dikaitkan dengan paras LDL yang tidak terkawal ialah:

#1. Penyakit jantung koronari

Apabila plak kolesterol menyempitkan arteri koronari, bekalan darah ke otot jantung akan berkurangan.5 

Keadaan ini boleh menyebabkan sakit dada (angina) dan meningkatkan risiko serangan jantung jika saluran darah tersumbat sepenuhnya.

#2. Strok antara kesan kolesterol tinggi

Jika saluran darah yang membekalkan oksigen ke otak tersumbat atau pecah akibat komplikasi aterosklerosis, ia boleh menyebabkan strok.6 

Risiko ini meningkat apabila kesan kolesterol tinggi tidak dikawal bersama faktor risiko lain seperti hipertensi dan diabetes.

#3. Penyakit arteri periferal (PAD)

Kolesterol berlebihan juga boleh menjejaskan arteri pada kaki.7 

Penghidap PAD mungkin mengalami sakit atau kekejangan kaki ketika berjalan kerana bekalan darah ke otot menjadi berkurangan.

#4. Tekanan darah tinggi juga antara kesan kolesterol tinggi

Arteri yang menjadi sempit dan kurang anjal menyebabkan jantung perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah.8 

Akibatnya, tekanan darah boleh meningkat dan seterusnya menambah beban kepada sistem kardiovaskular.

#5. Risiko komplikasi bagi individu yang menghidap diabetes

Diabetes dan kolesterol tinggi sering berlaku serentak. 

Paras LDL yang tinggi bersama kawalan gula darah yang kurang baik boleh mempercepatkan kerosakan saluran darah, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.9 10

Bagaimana Nestlé Omega Plus membantu menyokong pengurusan kolesterol?

kesan kolesterol tinggi
Nestlé® Omega mengandungi sterol tumbuhan yang membantu merendahkan kolesterol

Pengurusan kolesterol tinggi memerlukan pendekatan yang menyeluruh.

Selain mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam secara berkala, mengekalkan berat badan yang sihat dan mendapatkan rawatan jika diperlukan, pemilihan produk dengan bahan aktif ramuan khas yang terbukti secara saintifik untuk menurunkan kolesterol juga boleh menjadi sebahagian daripada rutin harian.

Susu Nestlé Omega Plus diformulasi dengan ACTICOL® sterol tumbuhan, iaitu sterol tumbuhan yang membantu mengurangkan kolesterol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. 

Ia membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus dengan bersaing dengan kolesterol daripada makanan.

Keberkesanan ACTICOL® sterol tumbuhan ini turut disokong oleh bukti klinikal. 

Kajian oleh Thomsen et al. menunjukkan bahawa pengambilan 1.2 g sterol tumbuhan sehari, iaitu bersamaan dengan dua hidangan Nestlé Omega Plus, membantu mengurangkan kolesterol LDL dan jumlah kolesterol secara signifikan apabila diamalkan bersama diet yang sihat.11 

Nestlé® Omega Plus bukan sahaja sesuai untuk individu yang ingin menguruskan kolesterol, malah boleh menjadi sebahagian daripada rutin pemakanan bagi mereka yang ingin mengambil langkah awal menjaga kesihatan jantung.

Antara kelebihan utama Nestlé Omega Plus ialah:

  • Mengandungi ACTICOL® sterol tumbuhan yang membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus 
  • Mengandungi sumber kalsium untuk keperluan harian, protein, serta pelbagai vitamin dan mineral yang menyokong kesihatan harian.
  • Kurang kandungan lemak dan tiada gula tambahan
  • Sesuai diamalkan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat untuk individu yang ingin merendahkan kolesterol tinggi, menguruskan kolesterol atau melengkapkan rawatan statin di bawah pemantauan doktor.
  • Merupakan jenama yang telah lama mempromosikan kesedaran tentang kesihatan jantung dan pengurusan kolesterol melalui pemakanan.

Kesan kolesterol tinggi boleh dikurangkan dengan tindakan awal

Walaupun kesan kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok, keadaan ini masih boleh diuruskan dengan langkah yang betul. 

Langkah awal seperti menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, mengamalkan pemakanan seimbang, kekal aktif dan berhenti merokok mampu membantu mengurangkan risiko komplikasi dalam jangka panjang.

Selain itu, memilih produk yang mengandungi bahan aktif yang terbukti secara saintifik seperti Nestlé® Omega Plus dengan ACTICOL® sterol tumbuhan boleh menjadi pelengkap kepada usaha menguruskan kolesterol sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. 

Pengambilan dua hidangan NESTLÉ® OMEGA PLUS membekalkan 1.2 g ACTICOL® sterol tumbuhan, yang membantu menurunkan kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup sihat. Susu kurang lemak ini tinggi kalsium untuk membantu mengekalkan tulang yang kuat.

Bagi mereka yang ingin mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan jantung seiring peningkatan usia, NESTLÉ® OMEGA GOLD diformulasikan khas untuk individu berumur 50 tahun ke atas bagi membantu menangani “3 Serangkai” iaitu kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan gula darah tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung. NESTLÉ® OMEGA GOLD bukan sahaja mengandungi ACTICOL® sterol tumbuhan yang terbukti membantu menurunkan kolesterol, malah ia juga mengandungi Kalium (Potassium) yang membantu mengekalkan tekanan darah normal serta Inulin yang telah dikaji dapat membantu mengekalkan kawalan gula dalam darah yang baik. 

Bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup yang berbeza, rangkaian Nestlé Omega ditawarkan dalam pelbagai format yang mudah dan praktikal. Pengguna boleh memilih NESTLÉ® OMEGA PLUS untuk membantu menguruskan kolesterol atau NESTLÉ® OMEGA GOLD untuk membantu menangani “3 Serangkai”. Kedua-dua rangkaian turut tersedia dalam pilihan susu tepung dan sedia diminum (UHT), memudahkan pengambilan harian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Risau tentang paras kolesterol? Ketahui lebih lanjut mengenai Nestlé Omega Plus dengan ACTICOL® sterol tumbuhan dan bagaimana pengambilannya boleh membantu mengurus kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup aktif  DI SINI.

Sertai Walk A Million Miles 2026 anjuran Nestlé® Omega Plus dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia & IJN Foundation dan anda berpeluang mendapatkan jersi edisi terhad serta pelbagai hadiah menarik yang lain.

Langkah Bersama, Jantung Dijaga!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi