Kolesterol adalah sejenis lipid. Ia adalah sejenis bahan lilin (waxy), lemak seperti yang dihasilkan oleh hati secara semula jadi. Ia penting untuk membentukan membran sel, hormon tertentu dan vitamin D. Namun tahukah anda tentang bahaya kolesterol tinggi?
Kolesterol tidak latur di dalam air. Jadi ia tidak dapat beredar melalui darah anda. Bagi membantu mengangkut kolesterol, hati perlu menghasilkan lipoprotein iaitu partikel yang dihasilkan daripada lemak dan protein.
Ia membawa kolesterol dan trigliserida (jenis lipid lain) melalui aliran darah anda. Dua bentuk utama lipoprotein adalah lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL).
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Kolesterol tinggi dan keadaan kesihatan
Jika anda sering melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan, sudah pasti anda tahu bahawa pemeriksaan kolesterol ini penting dalam menilai tahap kesihatan jantung.
Kolesterol tinggi telah dikaitkan dengan keadaan kesihatan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Tetapi kebanyakan orang tidak menyedari bahawa thrombosis adalah istilah perubatan bagi pembentukan bekuan darah yang menjadi punca kepada serangan jantung dan strok.
Tahap kolesterol tinggi adalah faktor risiko utama aterosklerosis, yang dikenali sebagai pengerasan arteri. Keadaan ini adalah pembentukan plak lemak di arteri yang membekalkan darah ke jantung atau otak.
Menurut American Heart Association (AHA), plak adalah gabungan kolesterol, lemak, produk sisa sel, kalsium dan fibrin (yang menyebabkan pembekuan darah). Sebahi plak lemak yang terus berkembang, ia boleh menyempitkan arteri dan mengehadkan bekalan darah ke organ penting.
Pengurangan bekalan darah ke jantung boleh mengakibatkan angina dan mengurangkan bekalan darah ke kaki (claudication).
Bagaimana kolesterol tinggi menyebabkan pembekuan darah?
Kepingan plak aterosklerotik boleh merosot atau pecah yang mana mendedahkan bahan lemak di dalam plak ke darah.
Bahan lemak ini mencertuskan pembentukan bekuan darah di atas plak, dan bekuan itu berkembang dengan cepat sehingga menghalang arteri dan menghalang aliran darah normal.
Penyumbatan arteri jantung membawa kepada serangan jantung, manakala penyumbatan arteri otak membawa kepada strok.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa penyakit kardiovaskular kini bertanggungjawab untuk kira-kira 30 peratus daripada kematian global menjelang 2030.
[embed-health-tool-bmi]