Rasa badan panas tetapi sedang berpuasa, apa yang perlu dilakukam? Artikel ini akan memberikan beberapa tip jika demam ketika puasa.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Bagaimana jika demam ketika puasa?
Walaupun kadangkala membimbangkan, demam yang tinggi tidak selalu menandakan bahawa anda mengalami suatu penyakit yang serius.
Demam yang sering dijumpai dalam kes jangkitan anak-anak seringkali tidak berbahaya.
Malah, demam merupakan petanda bahawa sistem ketahanan badan sedang berusaha untuk melawan jangkitan tersebut.
Sebenarnya ketika sakit, anda tidak dibenarkan untuk berpuasa. Orang sakit biasanya akan mendapatkan keringanan di sisi agama (anda boleh menanyakan hal ini kepada ahli agama).
Namun, jika anda tetap ingin menjalankan ibadah puasa ketika badan terasa ingin, ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan.
Walaupun demam merupakan tanda bahawa sistem imuniti sedang bekerja melawan virus, bakteria, kulat, atau hal lain yang masuk ke dalam badan, anda perlu mengawal demam sehingga anda merasa selesa.
Ini terutamanya ketika anda ingin menjalankan ibadah berpuasa walaupun badan panas. Sekarang, apa perkara yang perlu anda lakukan jika demam ketika puasa?
Baca juga:
1. Kompres air suam
Kompres merupakan perkara yang biasa dilakukan ketika demam.
Namun, kompres tidak akan berkesan menurunkan suhu badan jika menggunakan air sejuk.
Jika seseorang demam, perkara yang dianjurkan adalah kompres air suam, bukan sejuk.
Hal ini untuk memindahkan suhu panas pada tubuh. Bahagian tubuh yang boleh anda gunakan kompres adalah dahi dan ketiak.
2. Cukupkan keperluan pengambilan cecair
Pastikan anda memenuhi keperluan pengambilan cecair. Mengapa perkara ini penting?
Ini adalah kerana ketika demam, badan akan mengalami kenaikan suhu sehingga banda anda akan terasa panas.
ada masa inilah cecair di dalam tubuh seperti menguap dan tubuh mudah mengalami dehidrasi.
Elakkan kekeringan dengan banyak minum air putih dari waktu berbuka puasa hingga menjelang imsak.
Anda tidak dibenarkan minum air ais atau sejuk, kerana ia boleh memburukkan lagi demam. Ada baiknya anda lebih memilih minum air suam.
Anda boleh menggunakan formula 2-4-2, dua gelas saat berbuka puasa, empat gelas pada malam hari, dan dua gelas semasa sahur.
3. Elakkan menggunakan pakaian yang tebal apabila demam ketika puasa
Seboleh mungkin elakkan memakai selimut yang tebal dan pakaian hangat kerana hal tersebut menghalang proses pelepasan haba dari dalam tubuh.
Walaupun anda merasa sejuk ketika sedang demam, sebenarnya suhu badan anda sangat tinggi, dan anda harus menurunkannya agar badan menjadi lebih hangat.
Biarkan badan anda mengeluarkan haba yang berlebihan tersebut dengan mengenakan pakaian yang tipis dan menutupi badan dengan selimut atau kain yang tipis apabila diperlukan.
Memakai baju panas dan selimut adalah sangat berbahaya apabila anda demam kerana boleh membuatkan suhu badan anda menjadi semakin tinggi.
4. Perhatikan makanan berbuka dan sahur
Anda boleh memasukkan buah-buahan ke dalam menu berbuka puasa atau sahur anda seperti tembikai dan oren.
Buah-buahan ini kaya dengan kandungan vitamin C, yang boleh melawan jangkitan dan mengurangkan demam.
Buah-buahan ini juga akan memenuhi keperluan cecair tubuh anda.
Elakkan makanan berat yang berminyak dan berlemak seperti makanan bergoreng semasa berbuka puasa.
Anda juga harus mengelakkan makanan pedas untuk sementara waktu.
5. Pengambilan ubat semasa demam ketika puasa
Demam dengan suhu yang tidak terlalu tinggi dan tidak berlangsung lama biasanya tidak memerlukan ubat demam.
Namun, untuk mengatasi ketidakselesaan badan, ada beberapa ubat demam yang boleh dibeli tanpa preskripsi di farmasi. Gunakan ubat ini jika demam 38 darjah Celsius atau lebih.
Anda boleh memilih parasetamol, ibuprofen, aspirin,atau antibiotik.
Perhatikan label bungkusan atau anda boleh bertanya mengenai butiran ubat kepada ahli farmasi.
Anda boleh mengambil ubat ketika waktu berbuka puasa atau sahur.
Disyorkan untuk menemui doktor jika suhu demam semakin tinggi atau tidak bertambah baik selepas tiga hari.