Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Kerap Selesema & Hidung Tersumbat? Ini Cara Redakan Dengan Cepat!
Selesema mungkin nampak seperti masalah kecil, tetapi ia boleh mengganggu aktiviti harian dan menjejaskan keselesaan. Ramai yang mencari cara menghilangkan selsema dengan cepat, terutamanya bila hidung tersumbat, bersin berterusan dan badan rasa lemah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klikdi sini.
Kenapa bila selsema hidung tersumbat?
Apabila selesema (biasanya disebabkan jangkitan virus seperti rhinovirus), sistem imun badan akan bertindak balas terhadap virus tersebut. Sebagai tindak balas, lapisan dalam hidung akan:
Membengkak – Saluran darah dalam hidung mengembang dan menyebabkan tisu sekeliling membengkak. Ini menyempitkan ruang dalam hidung dan membuatkan udara sukar mengalir
Menghasilkan lebih banyak lendir (hingus) – Badan cuba “membersihkan” virus dengan menghasilkan mukus berlebihan. Lendir ini boleh menyumbat rongga hidung
Keradangan saluran pernafasan – Virus menyebabkan radang pada tisu hidung, yang turut menyumbang kepada rasa tersumbat, walaupun kadang-kadang tidak banyak hingus keluar
Fakta Menarik
Kadangkala hidung sebelah saja yang tersumbat. Ini kerana saluran hidung berfungsi secara bergilir (dipanggil nasal cycle)—dan selesema boleh mengganggu kitaran ini.
Kenapa selalu bersin dan selsema?
Jika anda selalu bersin dan selesema, ia mungkin bukan sekadar jangkitan virus biasa. Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa masalah ini kerap berlaku:
1. Alahan – punca paling umum
Hidung sensitif terhadap habuk, debunga, bulu haiwan, hama, atau bahan kimia tertentu
Bersin berlaku kerana badan “salah faham” dan bertindak balas terhadap alergen seolah-olah ia ancaman
Biasanya disertai dengan hidung berair, tersumbat, mata gatal dan berair, tapi tiada demam
2. Perubahan cuaca atau udara sejuk
Udara sejuk atau perubahan suhu mendadak boleh merangsang saraf dalam hidung, lalu menyebabkan bersin