Kesan-kesan pencemaran udara
Gas berbahaya seperti karbon monoksida dan nitrogen dioksida boleh menyebabkan banyak penyakit kepada manusia. Malah, 1 dalam 9 kematian yang berlaku di seluruh dunia disebabkan oleh pencemaran udara sahaja. 1.4 juta kematian berlaku setiap tahun akibat strok dan 2.4 juta kematian akibat penyakit jantung. WHO menyatakan bahawa negara berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai pendedahan yang tinggi terhadap pencemaran udara dan bukannya negara berpendapatan tinggi. Orang yang terdedah kepada udara yang tercemar sama ada pencemaran udara diluar rumah atau didalam rumah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik lain seperti kanser paru-paru dan jangkitan pernafasan termasuk pneumonia.
Cara-cara untuk mengurangkan pencemaran udara
Terdapat beberapa cara yang lestari yang boleh kita gunakan untuk sekurang-kurangnya mengurangkan risiko mengalami penyakit sedemikian serta mengekalkan kesejahteraan bumi. Pertama, gunakan dan menggalakkan orang lain menggunakan pengangkutan awam berkuasa elektrik yang disediakan di bandar-bandar dan bukannya memandu kereta persendirian. Ini membantu mengurangkan zarah halus dalam udara yang tercemar. Kaedah kedua yang boleh membantu untuk mengurangkan asap adalah dengan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti turbin angin sepertimana yang dilaksanakan oleh Perancis dan Kanada untuk menghasilkan tenaga atau menggunakan tenaga solar yang dituai daripada cahaya matahari sepertimana Jerman dan China sedang laksanakan. Ketiga, bertukar daripada bahan bakar diesel kepada gas asli mampat (CNG) untuk mengurangi pelepasan karbon dioksida. Bahan api diesel mengeluarkan lebih banyak karbon hitam yang menjadikan alam sekitar lebih tercemar. Di samping itu, CNG boleh menggantikan diesel, petrol dan propana dan menghasilkan gas yang kurang berbahaya semasa pembakaran bahan api.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen