backup og meta

Jerebu Kembali! Ini 6 Langkah Penjagaan Semasa Musim Jerebu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2023

    Jerebu Kembali! Ini 6 Langkah Penjagaan Semasa Musim Jerebu

    Jerebu kembali melanda Malaysia. Terkini, beberapa kawasan di negara ini mencatatkan indeks pencemaran udara, IPU jerebu tidak sihat.

    Bagi mengelakkan anda jatuh sakit akibat udara yang tidak sihat ini, kami berikan beberapa cadangan langkah penjagaan semasa musim jerebu. Jom teruskan pembacaan anda.

    IPU jerebu Malaysia di tahap tidak sihat?

    Tahukah anda, apa maksud indeks pencemaran udara atau IPU jerebu? Indeks kualiti udara biasanya digunakan untuk menunjukkan jumlah bahan pencemar di udara sepanjang tempoh tertentu. Setiap negara mempunyai indeks sendiri yang bersesuaian dengan piawaian kualiti udara kebangsaan. 

    Sebagai contoh, kualiti udara di Malaysia dilaporkan sebagai Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mengukur karbon monoksida (CO), ozon (O3), nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2) dan zarah yang 10 mikrometer atau kurang lebar (PM10).

    Nilai indeks kualiti udara biasanya dikelompokkan menjadi julat. Setiap julat diberikan tahap pencemaran dan kod warna.

    Berdasarkan nilai indeks kualiti udara, anda boleh mendapat idea umum mengenai kualiti udara, kesan terhadap kesihatan yang mungkin berkaitan dengannya dan langkah berjaga-jaga yang anda perlukan.

    Selain itu, maklumat berkenaan memudahkan anda untuk menyampaikan kualiti udara kepada orang awam dan membantu mereka menyesuaikan aktiviti hari dengan keadaan cuaca semasa.

    Maksud Indeks Pencemaran Udara

    ipu jerebu

    Langkah penjagaan diri semasa jerebu

    Pencemaran utama di dalam jerebu yang mempunyai kesan kesihatan yang paling besar ialah zarah-zarah yang kurang daripada 2.5 mikrometer. Kesannya bergantung kepada tahap jerebu dan berapa lama anda terdedah kepadanya.

    1. Ambil tahu kualiti udara setempat

    Sentiasa kemas kini maklumat berkenaan kualiti udara di tempat anda sebagai langkah berjaga-jaga. Bagi memudahkan kemas kini, anda boleh terus ke laman portal Indeks Pencemaran Udara Malaysia.

    2. Elakkan aktiviti luar semasa IPU jerebu di tahap tidak sihat

    Kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang yang menghidap penyakit kronik khususnya penyakit jantung dan pernafasan perlu kekal di dalam rumah apabila kualiti udara pada tahap tidak sihat.

    kesan jerebu

    Orang dewasa yang sihat perlu elakkan aktiviti luar yang tidak diperlukan. Jika anda perlu bersenam, elakkan bersenam di kawasan yang sangat sesak berhampiran jalan raya, terutamanya semasa waktu sibuk.

    3. Minum banyak air

    Minum lebih banyak air dan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar kerana ia membantu tubuh menyingkirkan toksin yang diserap melalui kulit dan paru-paru dan memperbaiki sistem imun.

    Pengambilan lebih banyak buah dan sayur anti-radang juga membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan zarah halus udara yang berbahaya. Kurangkan pengambilan kopi dan alkohol kerana ia mengalakkan kehilangan cecair dan melarutresapkan nutrien dari tubuh.

    banyak minum air di musim jerebu

    4. Tutup tingkap/pintu

    Ini bertujuan untuk mengurangkan zarah halus memasuki rumah anda secara terus. Hidupkan penghawa dingin jika ada.

    5. Kurangkan merokok

    Hadkan atau elakkan merokok di kawasan tertutup dan kurangkan penggunakan dapur gas, lilin apa-apa sahaja yang membakar dan mengeluarkan asap. Di kawasan tertutup, asap, gas dan bahan pencemar mendorong kepada tahap berbahaya jika ia terus membakar untuk tempoh masa yang panjang.

    6. Pakai topeng muka ketika jerebu

    topeng muka jerebu

    Dalam keadaan jerebu, pakai topeng muka semasa berada di luar. Ia melindungi dan menyekat udara tercemar daripada memasuki hidung dan mulut. Ia juga menapis dengan betul bagi mengeluarkan zarah halus yang terdapat dalam jerebu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan