- Menghidap penyakit ini di mana tulang anda kehilangan ketumpatan menyebabkan anda lebih mudah mengalami patah tulang.
- Menyertai sukan. Bermain sukan yang memerlukan sentuhan, seperti hoki atau bola sepak, meningkatkan risiko trauma ke dada anda.
- Lesi kanser di tulang rusuk. Lesi kanser boleh melemahkan tulang dan menjadikannya lebih mudah pecah.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit Patah Tulang Rusuk didiagnosis?
Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan menekan secara perlahan pada tulang rusuk anda. Doktor juga mungkin mendengar bunyi paru-paru anda dan melihat pergerakan tulang rusuk anda semasa anda bernafas.
Doktor anda mungkin akan mengarahkan anda untuk menjalani satu atau lebih ujian pengimejan berikut:
- X-ray. Dengan menggunakan radiasi tahap rendah, X-ray boleh menampakkan tulang. Tetapi X-ray sering mengalami masalah untuk mendedahkan patah tulang rusuk yang baru, terutamanya jika tulang hanya retak sahaja. X-ray juga berguna untuk mendiagnosis kempis paru-paru.
- Imbasan CT. Ini seringkali dapat mengenalpasti patah tulang rusuk yang tidak dikesan oleh X-ray. Kecederaan kepada tisu lembut dan saluran darah juga lebih mudah dilihat pada imbasan CT. Teknologi ini mengambil X-ray dari pelbagai sudut dan menggabungkannya untuk menggambarkan kepingan keratan rentas struktur dalaman tubuh anda.
Imbasan tulang. Teknik ini adalah baik untuk melihat fraktur stres, di mana tulang retak selepas trauma berulang – seperti batuk yang berpanjangan. Semasa imbasan tulang, sedikit bahan radioaktif akan disuntik ke dalam aliran darah anda. Bahan tersebut akan berkumpul di tulang, terutamanya di tempat-tempat di mana tulang sedang melalui fasa penyembuhan dan ini akan dikesan menggunakan pengimbas.
Bagaimana pesakit Patah Tulang Rusuk dirawat?
Kebanyakan patah tulang rusuk akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh enam minggu. Menghadkan aktiviti dan meletakkan ais di kawasan tersebut secara berkala dapat membantu dengan penyembuhan dan melegakan sakit.
Ubat-ubatan: Adalah penting untuk anda mendapatkan kelegaan kesakitan yang mencukupi – jika anda merasa sakit untuk melakukan pernafasan dalam, anda mungkin mengalami radang paru-paru. Jika ubat oral tidak cukup membantu, doktor anda mungkin mencadangkan suntikan anestesia yang tahan lama di sekeliling saraf yang melalui tulang rusuk.
Terapi: Apabila rasa sakit anda terkawal, doktor anda mungkin memberi latihan pernafasan untuk membantu anda melakukan pernafasan dalam kerana pernafasan cetek boleh menyebabkan anda berisiko mengalami radang paru-paru.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Patah Tulang Rusuk?
Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi patah tulang rusuk:
- Letakkan ais di kawasan yang cedera.
- Dapatkan rehat tambahan
- Ambil ubat tahan sakit seperti aspirin atau ibuprofen. Doktor anda boleh mempreskripsika ubat tahan sakit yang lebih kuat jika ubat-ubatan tanpa preskripsi tidak berkesan.
- Semasa anda dalam proses untuk sembuh, adalah penting untuk batuk atau mengambil nafas paling dalam yang anda boleh sekurang-kurangnya sekali dalam satu jam. Ini dapat membantu mencegah radang paru-paru atau kekempisan sebahagian daripada tisu paru-paru.
- Jika anda telah mengalami patah tulang rusuk anda dan anda tidak mengalami kecederaan leher atau belakang anda, berbaring mengiring di sisi yang anda cedera merupakan satu idea yang baik. Ini mungkin kelihatan aneh pada mulanya, tetapi ia akan membantu anda melakukan pernafasan dalam.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen