Demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan. Ini semua adalah simptom demam selsema biasa.
Demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan. Ini semua adalah simptom demam selsema biasa.

Walau bagaimanapun, ia mungkin juga bukan. Sebaliknya, jangkitan influenza (juga dikenali sebagai flu) berkemungkinan adalah penyebabnya seperti selesema burung.
Apa yang lebih menakutkan, dengan penularan wabak COVID-19, anda mungkin mahu semak kembali adakah simptom itu benar-benar hanya demam selesema biasa.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Dua penyakit ini berkongsi simptom yang hampir sama, namun kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza.

Virus adalah agen penyebab bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, ia melibatkan virus yang berbeza.
Bagi demam selesema biasa, virus utamanya adalah rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B dan C.
Terdapat sekitar 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.
Influenza atau flu pula disebabkan oleh virus influenza. Ia terdiri daripada jenis A, B, C dan D.
Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, nama-nama subjenisnya diambil.
Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1.
Tanpa ujian makmal yang khusus, mustahil untuk membezakan kedua-duanya hanya melalui tanda dan simptom.
Namun, secara amnya simptom flu lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba.
Berbeza dengan demam selsema biasa yang kebiasaannya ringan dan datang secara beransur.
Beberapa perbezaan lain pula adalah:
Awasi tanda-tanda amaran. Jika berlaku, dapatkan bantuan perubatan segera kerana dikhuatiri komplikasi:
Demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi.
Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.
Apa pun penyakit yang mungkin menjangkiti badan anda, amalan gaya hidup sihat sentiasa menjadi langkah terbaik dalam mencegah daripada pelbagai jenis penyakit.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
18/11/2024
Ditulis oleh Nurul Halifah
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid