Tuberkulosis: Apakah Rawatannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 12/10/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Tuberkulosis (tibi) masih lagi menjadi punca kematian utama di banyak negara. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada angka kes yang terus tinggi. Walau bagaimanapun, tuberkolusis boleh dirawat sehingga sembuh jika melalui rawatan yang betul.

Seperti jangkitan bakteria lain, rawatan tibi juga secara asasnya adalah menggunakan antibiotik. Namun, ia perlu diambil dalam tempoh yang lama sehingga berbulan-bulana atau mungkin bertahun-tahun. Jenis antibiotik dan tempoh masa rawatan akan bergantung kepada jenis tibi serta keberkesanan ubat terhadap bakteria terbabit.

Tibi pendam dan tibi aktif

Terdapat dua jenis penyakit tibi iaitu pendam (latent) dan aktif.

Dalam kes tibi pendam, bakteria yang berada di dalam tubuh pesakit terbabit dalam keadaan tidak aktif dan tidak menyebabkan sebarang simptom serta tidak boleh menjangkiti orang lain. Dalam beberapa keadaan tertentu seperti sistem imun menjadi lemah, bakteria tersebut boleh menjadi aktif.

Tibi aktif pula berlaku apabila bakteria tersebut aktif berkembang biak sehingga menyebabkan simptom dan boleh berjangkit kepada orang yang sihat.

Rawatan bagi setiap jenis ini adalah berbeza dari sudut bilangan antibiotik dan tempoh masa rawatan.

Rawatan tibi pendam

Terdapat 3 pilihan rawatan:

  • Isoniazid (INH) – Ini ialah pilihan paling kerap digunakan bagi tibi pendam. Kebiasaannya ia diambil sekali sehari selama 9 bulan.
  • Rifampin – Ia diambil setiap hari selama 4 bulan sebagai alternatif kepada INH jika berlaku komplikasi atau alergi.
  • Isoniazid dan rifapentine – Dua antibiotik diambil sekali seminggu selama 3 bulan di bawah pengawasan doktor.

Rawatan tibi aktif

Pesakit perlu mengambil gabungan beberapa jenis antibiotik selama 6 hingga 9 bulan. 4 jenis ubat yang paling kerap digunakan ialah:

  • Rifampin.
  • Isoniazid.
  • Pyrazinamide.
  • Ethambutol.

Doktor mungkin akan menjalankan ujian untuk melihat antibiotik mana yang paling efektif bagi pesakit terbabit. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, 3 atau 4 ubat akan diambil selama 2 bulan, diikuti dengan 2 ubat selama 4 hingga 7 bulan.

Rintangan antibiotik

Antara masalah utama dalam rawatan tibi adalah kewujudan bakteria yang kebal kepada antibiotik. Ia disebut sebagai rintangan antibiotik. Dalam kes seperti ini, jenis antibiotik mungkin perlu ditukar dan tempoh rawatan pula adalah lebih lama daripada biasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Pernafasan, Pneumonia 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tuberkulosis Bukan Kanser Paru-Paru. Ini Perbezaan Di Antara Kedua-Duanya

    Tuberkulosis dan kanser paru-paru adalah dua penyakit yang berbeza. Penting buat anda untuk mengetahuinya memandangkan ia mempunyai protokol yang berbeza.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Paru-Paru 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Usah Sedih Jika Anda Penghidap Kanser Hati, Ini Diagnosis & Rawatan Sesuai Untuk Anda

    Pembedahan bukan satu-satunya cara merawat hati (kanser). Terdapat kaedah lain yang turut berkesan namun perlu bersesuaian dengan tahap kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Hati 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Umum sudah tahu bahawa paru paru manusia adalah antara organ yang paling penting. Persoalannya, bolehkah hidup hanya dengan satu paru-paru? Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    Cara merawat radang paru paru

    Kena Tahu, Penyakit Radang Paru-paru Mungkin Akan Sebabkan 6 Komplikasi Serius Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit paru paru

    Penyakit Paru-paru: Fakta Lengkap Mengenai Jenis, Punca & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit wanita endometriosis

    Sakit Saat Bersetubuh Akibat Endometriosis? Ikut Tip Ini Untuk Pengalaman Seks Yang Lebih Baik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tb

    Anak Kecil Lebih Mudah Dapat Sakit TB? Ini Beza Serangan TB Untuk Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan