backup og meta

Takut Dijangkiti Dengan Tuberkulosis, Ini Simptom Dan Bagaimana Ia Boleh Tersebar

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/05/2023

    Takut Dijangkiti Dengan Tuberkulosis, Ini Simptom Dan Bagaimana Ia Boleh Tersebar

    Sakit Tuberkulosis (tibi) ialah penyakit berjangkit yang berpotensi menyebabkan keadaan yang serius. Ia menjejaskan banyak bahagian pada tubuh manusia dan yang paling kerap terkesan adalah paru-paru. Penyakit kronik ini telah menjejaskan ramai orang di seluruh dunia terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah.

    Bakteria adalah punca sakit tuberkulosis

    Punca penyakit ini adalah jangkitan oleh sejenis bakteria bernama Mycobacterium tuberculosis (M. tuberculosis). Bakteria ini masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran pernafasan, pemakanan atau kulit. Jalan masuk paling kerap adalah melalui saluran pernafasan daripada udara yang mengandungi bakteria tersebut.

    M. tuberculosis adalah sejenis bakteria yang berkembang biak dalam tempoh yang lambat. Ia mengambil masa yang lama sebelum berlaku simptom ke atas pesakit.

    Batuk, hilang berat badan dan berpeluh di waktu malam adalah antara simptom tuberkulosis

    Penyakit ini tidak mempunyai simptom atau tanda yang khusus. Ia mungkin memberikan simptom hampir sama dengan penyakit paru-paru lain seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan kanser paru-paru atau kanser lain.

    Antara simptom yang mungkin berlaku adalah:

    • Batuk berterusan selama 3 minggu atau lebih.
    • Batuk berdarah.
    • Sakit dada atau sakit semasa bernafas dan batuk.
    • Hilang berat badan di luar kawalan.
    • Badan terasa letih.
    • Hilang selera makan.
    • Demam.
    • Berpeluh di waktu malam.
    • Menggigil.

    Selain paru-paru, tuberkulosis juga boleh menjejaskan bahagian lain seperti tulang belakang dan buah pinggang. Jika organ atau bahagian ini terlibat, simptom yang berkaitan akan berlaku. Contohnya, sakit belakang atau kencing berdarah.

    Adakah tuberkulosis boleh berjangkit?

    sakit tuberkulosis

    Doktor mengklasifikasikan pesakit tibi kepada dua iaitu:

    • Tibi aktif – bakteria di dalam badan pesakit menyebabkan simptom dan bakteria tersebut boleh tersebar serta menjangkiti orang lain melalui cecair mulut dan hidung.
    • Tibi pendam (latent TB) – bakteria di dalam badan pesakit berada dalam keadaan tidak aktif. Pesakit tidak mengalami sebarang simptom dan tidak boleh menjangkiti orang lain.

    Jangkitan hanya boleh merebak dalam kalangan pesakit tibi aktif. Bagi pesakit tibi pendam, bakteria masih berpotensi menjadi aktif jika berlaku keadaan yang melemahkan sistem imun seperti HIV, kanser, atau mengambil ubat yang melemahkan sistem imun.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan