backup og meta

Kenangan Memudar Seperti Gambar-gambar Lama

Kenangan Memudar Seperti Gambar-gambar Lama

Sepertimana gambar-gambar lama, kenangan memudar juga dari semasa ke semasa. Namun begitu, bagaimana ia boleh berlaku?

Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

Memahami kenangan memudar

Ini adalah berdasarkan satu penemuan mengejutkan daripada pasukan penyelidik Boston College.

Ia bukan sahaja menganggarkan bahawa ingatan akan menjadi kurang tepat, tetapi mendapati individu turut mengalami kemerosotan dalam kualiti kepelbagaian (vibrancy) dan visual memori mereka.

Salah seorang penyelidik yang juga saintis saraf kognitif, Maureen Ritchey menyatakan, apabila seseorang individu mengingati masa lalu, mereka mengingatinya dengan pelbagai tahap kejelasan yang berbeza.

Kadangkala, sesetengah individu mengingati banyak butiran tentang peristiwa tersebut seolah-olah mereka menghidupkan semula peristiwa tersebut ketika mana ia berlaku.

Beliau turut mengatakan, pada waktu yang lain, kenangan memudar, dan butirannya kabur. Penyelidikan berkaitan memori sebelum ini menunjukkan bahawa peristiwa penting yang melibatkan emosi – seperti kemalangan kereta – diingati dengan lebih jelas berbanding peristiwa harian.

kenangan memudar

Ritchey turut menambah bahawa pasukan penyelidikannya ingin mengetahui sama ada kejelasan memori ini berkaitan dengan bukan sahaja mengenai apa yang diingati, tetapi bagaimana ia diingati – kualiti visual memori.

Dalam tiga eksperimen yang dilakukan, peserta mempelajari imej negatif dan neutral yang beremosi yang berbeza-beza dalam kualiti visual iaitu daripada aspek pencahayaan dan tepu warna.

Mereka kemudiannya membina semula kualiti visual setiap imej dalam ujian berikutnya.

Bagaimana memori diingati semula?

Kajian menunjukkan bahawa memori telah diingati semula dengan kurang vibran secara visual berbanding semasa imej tersebut dikodkan, yang menunjukkan kesan memori yang hilang.

Perkara berkaitan emosi negatif apabila melihat gambar, meningkatkan kemungkinan bahawa imej akan dikenang dengan tepat tetapi tidak mempengaruhi kepudaran kenangan.

Penilaian subjektif terhadap kejelasan kenangan lebih rendah bagi memori yang kurang tepat dan untuk memori yang telah pudar secara visual.

sebab memori pudar

Penemuan ini memberikan keterangan bahawa kepelbagaian (vibrancy) maklumat peringkat rendah – seperti warna dan bentuk yang berkaitan dengan peristiwa – memudar dalam ingatan manakala inti atau makna pengalaman tersebut dikekalkan.

Individu mungkin mengingati kehadirannya ke pesta muzik dan menonton band kegemaran mereka, tetapi keamatan pengalaman deria tersebut, termasuklah perkara berkenaan lampu pentas yang terang dan kekuatan bass, akan perlahan-lahan memudar daripada kenangan.

Menurut seorang lagi penyelidik yang juga penyelidik pasca kedoktoran, Rose Cooper, penyelidikan tersebut mendapati bahawa kenangan memudar seolah-olah secara literal: individu secara konsisten mengingati adegan visual secara kurang kepelbagaian (vibrancy) berbanding apa yang mereka alami pada asalnya.

Pasukan penyelidikannya menjangkakan kenangan akan menjadi kurang tepat selepas penangguhan, akan ada pergeseran kualitatif ini dengan cara kenangan tersebut diingati.

Mereka juga terkejut apabila mendapati bahawa kenangan yang beremosi tidak mempengaruhi jumlah kepudaran memori.

Cooper dan Ritchey berkata, langkah seterusnya pasukan penyelidikan itu adalah untuk mengetahui apakah sebenarnya yang menyebabkan kenangan pudar – adakah ia berpunca daripada kelupaan atau gangguan daripada kehadiran maklumat baharu?

Bagaimanakah ia dipengaruhi oleh perbezaan individu dalam ingatan bagi maklumat peristiwa-peristiwa jenis lain?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Inside the Science of Memory. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/inside-the-science-of-memory. Diakses pada Disember 20, 2023.

What is Human Memory?. https://www.interaction-design.org/literature/topics/human-memory. Diakses pada Disember 20, 2023.

Memory. https://www.health.harvard.edu/topics/memory. Diakses pada Disember 20, 2023.

The Vibrancy of Memories Fades With Time. https://www.psychologicalscience.org/publications/observer/obsonline/memory-vibrancy-fades.html. Diakses pada Disember 20, 2023.

The Self That’s Left When Memories Fade. https://www.npr.org/2013/01/24/170175687/the-self-thats-left-when-memories-fade. Diakses pada Disember 20, 2023.

Versi Terbaru

21/12/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Jenis Penyakit Berkaitan Jantung Boleh Berlaku Apabila Makin Berusia, No. 2 Paling Kerap Terjadi!

Ini 7 Perubahan Yang Boleh Berlaku Pada Jantung Anda Apabila Usia Semakin Meningkat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan