Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Tangan Menggigil Bukan Sebab Cuaca Sejuk Je, Ini Tanda Awal Parkinson!
Punca Parkinsonmerujuk kepada gangguan yang berlaku dalam sistem saraf otak, menyebabkan pergerakan tubuh menjadi perlahan, kaku, dan tidak seimbang. Penyakit ini berkembang secara beransur-ansur dan gejalanya sering kali tidak disedari pada peringkat awal, menjadikan diagnosis awal sangat penting untuk rawatan lebih berkesan.
Mengenali penyakit ini dari awal serta memahami gejalanya boleh membantu pesakit mendapatkan rawatan yang bersesuaian dan memperlahankan perkembangan simptom.
Berikut penjelasan lanjut mengenai penyakit Parkinson dan langkah-langkah awal yang boleh diambil.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klikdi sini.
Apa itu Parkinson?
Tangan akan menggigil ketika makan.
Apa itu Parkinson? Penyakit Parkinson ialah satu keadaan neurologi progresif yang memberi kesan kepada pergerakan tubuh.
Ia berlaku apabila sel-sel otak yang menghasilkan dopamin (bahan kimia penting untuk mengawal pergerakan) mulai rosak atau mati.
Simptom ini boleh muncul secara perlahan dan sering kali disalah anggap sebagai sebahagian daripada proses penuaan biasa.
Apa punca Parkinson?
Apakah punca Parkinson? Punca penyakit Parkinson masih belum difahami sepenuhnya.
Namun, beberapa faktor telah dikenal pasti menyumbang kepada perkembangan penyakit ini:
Faktor genetik: Dalam sesetengah kes, terdapat mutasi genetik yang dikaitkan dengan penyakit ini
Pendedahan kepada toksin: Terdedah kepada racun perosak atau bahan kimia industri tertentu boleh meningkatkan risiko
Kerosakan sel otak: Kehilangan neuron penghasil dopamin di bahagian otak yang dikenali sebagai substantia nigra
Walaupun tiada satu pun punca yang dikenal pasti secara tepat, gabungan faktor genetik dan persekitaran dipercayai memainkan peranan penting.
Cara merawat Parkinson
Pesakit Parkinson perlu dipapah untuk mengelakkan terjatuh.
Cara merawat Parkinson tertumpu kepada mengawal simptom dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Walaupun penyakit ini tidak boleh disembuhkan sepenuhnya, rawatan awal boleh membantu memperlahankan perkembangannya.
Rawatan yang biasa diberikan termasuk:
Ubat-ubatan seperti Levodopa dan Carbidopa untuk meningkatkan tahap dopamin
Fisioterapi untuk mengekalkan mobiliti dan keseimbangan
Terapi ucapan dan bahasa bagi membantu pertuturan
Pemakanan sihat untuk menyokong fungsi otak
Dalam kes tertentu, pembedahan stimulasi otak dalam (Deep Brain Stimulation) juga boleh dipertimbangkan bagi mereka yang tidak bertindak balas dengan ubat.
Apa tanda awal yang perlu diperhatikan?
Mengesan Parkinson pada peringkat awal boleh menjadi cabaran kerana simptomnya ringan dan sering kali diabaikan.
Jika anda atau orang terdekat menunjukkan tanda-tanda ini, sebaiknya lakukan pemeriksaan lanjut dengan pakar neurologi.
Kesimpulan
Punca Parkinson bukanlah sesuatu yang mudah dikenal pasti, namun pengesanan awal dan rawatan segera boleh memberikan kesan positif kepada kualiti hidup pesakit.
Dengan pengetahuan yang betul dan sokongan berterusan, ramai pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik walaupun menghidap penyakit ini.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Parkinson’s Disease: Causes, Symptoms, and Treatments. https://www.nia.nih.gov/health/parkinsons-disease/parkinsons-disease-causes-symptoms-and-treatments. Diakses pada Jun 13, 2025.
Parkinson’s Disease. https://www.ninds.nih.gov/health-information/disorders/parkinsons-disease. Diakses pada Jun 13, 2025.
Parkinson’s disease. https://www.healthdirect.gov.au/parkinsons-disease. Diakses pada Jun 13, 2025.
Parkinson disease. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/parkinson-disease. Diakses pada Jun 13, 2025.
Parkinson disease. https://medlineplus.gov/ency/article/000755.htm. Diakses pada Jun 13, 2025.
Versi Terbaru
03/07/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim