Perubahan Gaya Hidup
Pemakanan sihat Mengikuti diet tertentu yang sihat boleh membantu pesakit meringankan beberapa gejala penyakit Parkinson seperti sembelit. Diet yang sesuai untuk penyakit harus kaya dengan serat, cecair, dan nutrien seperti asid lemak omega 3. Sesetengah makanan yang disyorkan ialah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang, ikan, daging tanpa lemak.
Bersenam dan terapi fizikal. Penyakit Parkinson memberi kesan kepada keseimbangan tubuh anda, menyebabkan pesakit sukar untuk bergerak, terutamanya berjalan. Senaman boleh menyumbang kepada peningkatan keseimbangan anda. Berjalan, berenang, menari, bermain aerobik air, dan regangan adalah beberapa bentuk senaman yang perlu anda cuba.
Ubah suai aktiviti harian dan perabot rumah. Pesakit Parkinson mempunyai masalah dengan aktiviti harian seperti berpakaian, makan, dan mandi. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada ahli terapi tentang beberapa teknik membuat kehidupan harian anda lebih mudah. Ubah atau sususn semula beberapa perabot di rumah anda supaya anda boleh berpaut dan bersandar kepada sesuatu sewaktu bergerak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen