backup og meta

Tip Penjagaan Luka: Pemilihan Makanan

Tip Penjagaan Luka: Pemilihan Makanan

Pelbagai aspek boleh menjadi penyebab kepada luka yang lambat sembuh. Antaranya; faktor usia, jangkitan, trauma berulang, keadaan kesihatan serta soal pemakanan. Mengapa pemakanan boleh menjadi punca kepada luka yang lambat sembuh? Bagaimana untuk memilih makanan terbaik yang dapat membantu penjagaan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka? Ikuti artikel ini untuk mengetahui tip penjagaan luka dari aspek pemilihan makanan.

Pemilihan makanan untuk tip penjagaan luka

Makanan harus dielakkan

  1. Rempah

Rempah tertentu seperti halia dan kunyit merupakan bahan penambah perisa semula jadi yang bukan sahaja menyedapkan tetapi turut berperanan memberikan manfaat kesihatan seperti mengurangkan risiko mengalami darah beku. Tetapi, pengambilan rempah ini dalam kuantiti yang banyak sebenarnya menghalang badan anda dari menghasilkan darah beku. Ini kerana darah beku adalah penting dalam proses penyembuhan luka. Oleh itu, anda disarankan mengambil atau menggunakan rempah ini dalam kuantiti yang sederhana.

  1. Susu skim

Susu adalah baik untuk kesihatan. Namun, susu skim, iaitu susu tanpa lemak, boleh menjejaskan pengeluaran insulin dan tindak balas keradangan semula jadi badan. Keradangan atau inflamasi adalah tindak balas pertama badan terhadap sebarang kecederaan atau luka. Ia berfungsi untuk menghentikan pendarahan dan membantu menghasilkan darah beku. Tetapi, jika sistem semula jadi badan terjejas, ia boleh menjurus kepada keadaan keradangan kronik yang mewujudkan beberapa kesan negatif, terdedah kepada jangkitan bakteria dan menjejaskan fungsi imun badan.

  1. Gula

Mengambil gula dalam jumlah yang tinggi juga adalah tidak baik untuk proses penyembuhan luka. Gula menjejaskan tahap kolagen dalam kulit dan kolagen merupakan antara komponen penting dalam proses penyembuhan luka. Ini kerana kolagen merupakan bahan kimia yang memberikan kulit anda kekuatan ketegangan, tanpanya kulit akan terdedah kepada kecederaan.

Makanan harus diambil

  1. Kekacang

Kacang tanah, kacang gajus dan badam merupakan antara jenis kekacang yang tinggi kandungan protein. Makanan seperti ini baik untuk diambil sepanjang hari baik membantu meningkatkan proses penyembuhan luka. Malahan, pemilihan makanan seperti ini sebagai snek pastinya lebih baik daripada memakan kerepek kentang atau sebarang makanan ringan lain.

  1. Telur

Merupakan sumber protein yang sangat baik yang boleh dicampurkan dengan pelbagai jenis hidangan lain, seperti salad dan pasta. Ia menawarkan cara paling mudah dan berkesan untuk menghasilkan makanan tinggi protein dalam hidangan makanan anda untuk membantu penyembuhan luka.

  1. Susu

Meminum susu pasti satu cara mudah untuk menguatkan badan anda. Jika anda mempunyai alahan kepada laktosa atau mungkin tidak menyukai susu lembu, anda boleh memilih untuk produk tinggi protein yang lain seperti susu soya, susu badan, susu kelapa.

  1. Ayam

Ayam merupakan hidangan daging sihat dalam kumpulan protein. Ia boleh dipelbagaikan mengikut selera anda, sama ada dibuat stew, sup atau sebarang cara yang anda sukai. Pastikan anda memilih bahagian dada ayam, kerana tidak mengandungi banyak lemak.

Anda  mungkin berminat untuk membaca artikel:

 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

3 Foods That Complicate the Wound Healing Process

https://advancedtissue.com/2016/03/3-foods-that-complicate-the-wound-healing-process/ / Accessed on May 10, 2019.

 

The 6 High-Protein Foods Best for Wound Healing

https://advancedtissue.com/2016/08/the-6-high-protein-foods-best-for-wound-healing/ / Accessed on May 10, 2019.

Versi Terbaru

15/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bila Waktu Yang Terbaik Untuk Makan Probiotik, Sebelum Atau Selepas Makan?

Bahaya Polisterin! Ketahui 5 Sebab Anda Perlu Elak Guna Bekas Polisterin Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan