backup og meta

Asas Penyediaan Makanan Sihat

Asas Penyediaan Makanan Sihat

Penyediaan makanan atau meal prepping menawarkan banyak manfaat bukan hanya pada kesihatan, malah poket kita!

Sebelum anda mula menyenaraikan idea penyediaan hidangan murah yang terbaik, baca artikel ini untuk memahami tip-tip yang mungkin dapat membantu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Apa itu penyediaan makanan?

Penyediaan makanan membawa maksud proses merancang, menyiapkan, dan menyimpan makanan.

Sebelum ini, ia hanya diamalkan dalam menyediakan sesebuah hidangan, sama seperti situasi seorang suri rumah yang memikirkan menu keluarga untuk dimasak dalam satu-satu masa.

Namun sekarang, penyediaan makanan adalah mengenai:

  • Mempersiapkan beberapa hidangan yang mampu bertahan selama beberapa hari, biasanya untuk sepanjang minggu
  • Mempersiapkan ramuan lebih awal, agar masa memasak dapat dijimatkan di kemudian hari
  • Mempunyai hidangan berkonsep ‘ambil dan pergi’ secara berasingan, yang boleh dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro di pejabat atau digoreng di rumah

Penyediaan makanan banyak digunakan oleh mereka yang ingin menjalani gaya hidup lebih sihat dan makan makanan yang lebih bersih serta berkhasiat.

Sama ada anda sedang mengikuti diet keto tinggi protein, diet diabetes, atau intermittent fasting rendah karbohidrat, kalian boleh menggunakan konsep ini untuk bantu mencapai matlamat kesihatan dan diet.

Tidak ada peraturan tertentu yang sukar dan cepat dalam proses menyiapkan makanan.

Sesetengah individu berpendapat, adalah lebih bermanfaat bagi mereka untuk memasak beberapa jenis hidangan dalam satu masa, yang memberikan lebih banyak kawalan terhadap kalori dan nutrisi makanan.

Manfaat mengamalkan penyediaan makanan yang sihat

penyediaan makanan

Kini, memandangkan kalian sudah mempunyai pengetahuan umum mengenai konsep ini, mari kita kupaskan kelebihannya pula.

  • Menjimatkan masa. Dengan persediaan awal, anda akan menjimatkan masa daripada memikirkan menu makanan seterusnya dan, tentu saja, masa penyediaan atau memasak mampu dikurangkan
  • Menjimatkan wang. Membeli makanan tengah hari atau malam daripada kedai makanan segera dan restoran lain bukan sahaja membazir wang dalam jangka masa panjang bahkan sangat tidak menyihatkan
  • Bantu menahan nafsu makan. Kadangkala apabila benar-benar lapar, kita cenderung untuk makan kudapan yang tidak menyihatkan walaupun kita ingin makan dengan sihat. Tabiat ini juga tidak baik untuk kesihatan. Justeru, penyediaan makanan memastikan anda mempunyai kudapan dan makanan sihat yang boleh dimakan bila-bila masa
  • Lebih sihat. Mungkin, antara kelebihan terbaik daripada konsep ini adalah ia menggalakkan pemakanan lebih sihat dan membantu individu lebih cakna dengan masakan dan hidangan yang dimakan. Memahami ramuan yang digunakan ke dalam hidangan dan menyajikan porsi yang betul membantu anda mendapatkan nutrisi tanpa makan berlebihan

Sudah tentu, terdapat faedah lain yang dapat dimanfaatkan berkaitan idea penyediaan makanan yang murah, seperti memperoleh kemahiran baru (dan kemahiran berguna) serta membina hubungan yang lebih baik dengan makanan dan nutrisi.

Penyediaan makanan, bagaimana caranya?

Pertimbangkan perkara-perkara berikut semasa merancang:

  • Senaraikan semua jenis makanan yang ingin anda sertakan dalam proses penyediaan. Ambil kira juga hidangan kegemaran keluarga dan bajet diperuntukkan
  • Senaraikan jangka hayat ramuan dibeli semasa memasukkannya ke dalam peti sejuk atau peti sejuk beku
  • Penyediaan makanan adalah pendekatan yang baik terutamanya jika ingin berdiet atau memilih untuk makan dengan lebih sihat
  • Rangka hidangan di kalendar anda
  • Mulakan dengan kumpulan makanan yang kecil dan sederhana. Sebagai pemulaan, cuba persiapkan hidangan untuk 2 atau 3 hari, bukan seminggu
  • Tentukan hari untuk merancang, membeli-belah, dan membuat persediaan

Mulakan dengan idea persediaan hidangan sihat & murah

Berikut adalah beberapa petua untuk penyediaan makanan yang berjaya:

Utamakan hidangan yang memakan masa lebih lama untuk dimasak atau disediakan

Beberapa contoh adalah:

  • Ayam, terutamanya jika anda perlu merebus dan mencincangnya
  • Ikan
  • Beras perang
  • Sayuran panggang

Fikirkan makanan dan kudapan yang mudah dimakan

Tambahan yang bagus untuk persediaan hidangan adalah ramuan dan makanan yang sihat seperti:

  • Telur rebus
  • Buah-buahan yang dipotong dan dikupas
  • Sayuran siap dibasuh yang boleh dimasukkan dalam hidangan dengan cepat

Persiapan untuk sumber protein, ketuhar atau tumis

Makanan dimasak dalam ketuhar atau ditumis bersifat cepat dan mudah. Untuk protein, anda boleh memerap dan menyimpan:

Tip-tip penyimpanan

penyediaan makanan

Proses penyejukan dan pembekuan adalah sangat penting untuk penyediaan makanan yang berjaya.

Beberapa tip untuk penyimpanan merangkumi:

  • Menggunakan bekas kedap udara yang boleh disimpan di dalam peti sejuk, dan sejuk beku. Jika boleh, pilih yang lutsinar agar mudah dilihat
  • Labelkan bekas dengan tarikh penyediaan. Jika anda mempunyai bekas legap, selitkan juga nama makanan pada label
  • Peraturan umum adalah, jika anda tidak merancang untuk makan makanan yang dimasak dalam masa 5 hari, lebih baik membekukannya bagi mengelakkan kerosakan atau basi
  • Sebelum memasukkan sup ke dalam peti sejuk, sejukkan terlebih dahulu sekitar 2 jam. Sup juga boleh mengembang apabila beku, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekasnya untuk menampung perubahan saiznya

Konklusi

Walaupun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan jika ingin memulakan proses penyediaan makanan, namun sudah banyak individu membuktikan dan memanfaatkan kebaikannya, rasanya tidak salah untuk mencuba, kan?

Ingat, mulakan dengan resipi ringkas dan mudah dibuat agar anda dapat meneruskan rutinnya dengan konsisten.

Dengan idea penyediaan makanan yang sihat dan murah, kalian bakal mempunyai lebih banyak kawalan terhadap hidangan dan porsi dimakan.

Manfaatkan penyediaan makanan sepenuhnya untuk membantu kalian mencapai matlamat kesihatan.

Namun, untuk menjadi lebih sihat, pastikan untuk mengutamakan ramuan sihat berbanding kalori kosong ya.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/menu-planning/art-20048199
  2. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/2017/03/20/meal-prep-planning/
  3. https://multisport.ph/2017/11/the-5-basic-rules-of-meal-prepping/
  4. https://selecthealth.org/blog/2019/08/7-benefits-of-meal-prepping
  5. https://www.northshore.org/healthy-you/meal-preparation/

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Benarkah Lebih Banyak Duit, Lebih Banyak Makanan Segera yang Anda Makan?

Diet Ketogenik Boleh Menyebabkan Masalah Psoriasis Lebih Teruk


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan