backup og meta

Kenapa Orang Jepun Kekal Sihat, Tak Gemuk & Panjang Umur Walaupun Banyak Makan Nasi? Ini Sebabnya!

Kenapa Orang Jepun Kekal Sihat, Tak Gemuk & Panjang Umur Walaupun Banyak Makan Nasi? Ini Sebabnya!

Sushi, Udon dan Ramen adalah antara pilihan menu yang tersedia di banyak kedai-kedai makanan Jepun.

Adakah anda tahu, disebalik jenis-jenis makanan yang tinggi karbohidrat ini, tersimpan rahsia mengapa orang Jepun hidup lebih lama dan memiliki hidup yang lebih sihat?

Ingin tahu dengan lebih lanjut kenapa mereka kekal sihat walaupun banyak makan nasi?

Jom sama-sama kita ikutinya melalui artikel yang kami tulis ini!

Orang Jepun miliki jangka hayat kedua tertinggi di dunia

Untuk pengetahuan anda, orang Jepun memiliki jangka hayat kedua tertinggi di dunia selepas penduduk di Negara Monaco.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh National Center for Global Health and Medicine di Tokyo, mereka yang mematuhi garis panduan pemakanan yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun mempunyai 15% lebih sedikit untuk mengalami kematian atas pelbagai sebab.

Ini adalah perbandingan yang dijalankan dengan mereka yang tidak mengikuti pelan pemakanan yang dicadangkan dengan betul.

Garis panduan pemakanan Jepun tersebut mencerminkan diet tradisional penduduk negara itu yang tinggi dengan pengambilan bijirin, ikan dan produk-produk berasaskan kacang soya, tetapi rendah kandungan lemak. 

Mengapa orang Jepun boleh makan banyak nasi tetapi tidak gemuk?

orang jepun

Melalui kajian tersebut, seramai 80,000 peserta telah menjawab soal selidik mengenai pemakanan dan gaya hidup yang menentukan sejauh mana mereka mengikuti garis panduan tersebut.

Para penyelidik kemudiannya menjejaki kesihatan mereka selama 15 tahun.

Mereka mendapati, mereka yang benar-benar mengikuti garis panduan tersebut mempunyai risiko yang berkurangan bagi kematian yang disebabkan oleh pelbagai faktor

Saintis dalam bidang kardiovaskular, James DiNicolantonio menyatakan, orang Jepun mempunyai kombinasi unik yang menggabungkan makronutrien yang membuatkan mereka terselamat daripada mendapat obesiti dan penyakit metabolik.

Menurut DiNicolantonio, orang Jepun cenderung untuk memakan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan sayur-sayuran, tetapi mengambil lemak dengan kandungan yang rendah.

Selain itu menurut beliau lagi, orang-orang Jepun gemar memakan makanan laut yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 dan kurang mengambil makanan yang telah diproses.

Selain pemakanan, orang Jepun juga lebih aktif berbanding penduduk Amerika Syarikat.

Secara puratanya, setiap penduduk Jepun akan berjalan sebanyak 7,000 langkah setiap hari.

Disebabkan faktor-faktor seperti pemakanan rendah lemak, kurang pengambilan makanan diproses dan gaya hidup yang aktif, maka orang Jepun kekal sihat dan tidak gemuk walaupun mengambil makanan yang tinggi karbohidrat. 

Beras perang lebih baik berbanding beras putih

orang jepun

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun telah membuat satu penambahbaikan terhadap garis panduan tersebut pada tahun 2010.

Memandangkan rakyat Jepun lebih banyak memakan beras putih sebagai makanan ruji mereka, kementerian telah mencadangkan agar setiap individu hanya mengambil 50 ke 65 peratus karbohidrat sahaja setiap hari.

Kementerian juga menggalakkan rakyatnya untuk mencuba mempelbagaikan hidangan nasi dengan penggunaan bijirin penuh seperti beras perang.

Ini kerana beras atau nasi putih telah dikaitkan dengan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik.

Tiru cara hidup orang Jepun

orang jepun

Bagi mereka yang mungkin dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, cuba makan berpandukan garis panduan pemakanan orang-orang Jepun yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun.

Tidak perlu pergi ke restoran masakan Jepun setiap hari hanya semata-mata untuk kekal sihat selain untuk mengelakkan poket rabak.

Anda boleh belajar untuk menyediakan hidangan Jepun secara sendiri di rumah anda yang ternyata lebih sihat, bersih dan jimat. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.bmj.com/content/352/bmj.i1209

https://www.bmj.com/content/344/bmj.e1454

Versi Terbaru

24/06/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Contohi Jepun, Ini Sebab Mengapa Perlu Kerja 4 Hari Seminggu

Orang Bersaiz Rendah Hidup Lebih Lama, Ia Terbukti Di Jepun Yang Dapat Hidup Sampai 100 Tahun!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan