Tanpanya, individu tersebut akan mengalami penuaan pramatang dan penyakit-penyakit lain seperti Parkinson, Alzheimer dan Huntington.
FOXO3 juga memberi perlindungan kepada sel daripada kesan buruk tekanan oksidan (ROS). Gen ini akan meningkatkan kapasiti antioksidan sel bagi memastikan fungsinya berada pada tahap yang optimum untuk menghindarkan daripada proses penuaan dan kanser.
Apabila dibuat perbandingan di antara mereka yang berusia 95 tahun dan ke atas dengan mereka yang mempunyai jangka hayat purata, perbezaan pada kedua-duanya berkaitan dengan versi gen FOXO3 tersebut.
Mereka yang mempunyai versi gen pelindung (protective version) hidup lebih lama dan kebarangkalian ini meningkat jika anda mempunyai kapasiti FOXO3 yang banyak. Ya, ini merujuk kepada mereka yang rendah.
Orang yang tinggi boleh hidup lama

Jika anda seorang yang tinggi (bergantung kepada purata ketinggian populasi anda), jangan khuatir. Anda boleh hidup lama.
Caranya? Beri tumpuan kepada aspek kelanjutan usia yang lain. Anda perlu sedar bahawa kelanjutan usia dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran.
Cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif tersebut adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat ditambah dengan senaman yang kerap dan tidur yang mencukupi.
Jika anda mempunyai gen pelindung FOXO3, itu merupakan bonus untuk anda namun hasilnya (kelanjutan usia) bergantung kepada seberapa banyak usaha yang dilaburkan ke atas aspek-aspek yang pelbagai.
Populasi Okinawan, sebagai contoh, mempunyai ketinggian yang agak rendah dengan purata populasi masyarakat Jepun. Namun, faktor kelanjutan usia mereka tidak semestinya terletak pada ketinggian mereka.
Mereka juga mengamalkan pemakanan yang sihat (organik), mempunyai purata aktiviti fizikal yang tinggi dalam tempoh seminggu dan mereka tinggal di kawasan perkampungan yang kurang stres berbanding dengan mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen