backup og meta

7 Jenis Makanan Ini Tak Boleh Masuk Peti Ais, Ia Hanya Menghilangkan Zat & Khasiatnya!

7 Jenis Makanan Ini Tak Boleh Masuk Peti Ais, Ia Hanya Menghilangkan Zat & Khasiatnya!

Anda ada tak kawan yang jenis semua makanan nak disumbat dalam peti ais? Atau anda sendiri yang suka sumbat semua makanan ke dalam peti sejuk? Tapi sebenarnya sebenarnya bukan semua makanan sesuai disimpan dalam peti ais, ini perkongsiannya. 

Jenis makanan tidak boleh disimpan dalam peti ais

Tidak dinafikan, apabila ada makanan yang tidak habis atau berlebihan, sudah tentu anda akan berasa sayang untuk membuangnya. Apatah lagi jika ia dalam keadaan yang elok dan masih boleh dimakan.

Maka penyelesaian yang mudah adalah dengan menyimpan di dalam peti ais atau peti sejuk (refrigerator / fridge). Sumbatlah segalanya dalam freezer tu.

Tetapi hakikatnya, tidak semua makanan sesuai atau boleh disimpan di dalam peti ais. Malahan ada makanan yang akan rosak jika dimasukkan di dalam peti sejuk. Jom kita ketahui jenis-jenis makanan tersebut:

  1. Madu

madu

Madu adalah antara makanan yang tidak sepatutnya diletakkan di dalam peti sejuk. Ini kerana dalam keadaan sejuk, madu akan bertukar menjadi butiran kristal dan keras seperti batu. Menyimpan madu di dalam peti sejuk juga akan menjejaskan kebaikan makanan yang kaya dengan khasiat ini.

  1. Roti

Jika anda mungkin akan menghabiskan roti anda dalam tempoh masa beberapa hari, sebaiknya jangan disimpan di dalam freezer. Suhu yang sejuk akan menukar struktur roti dan menjejaskan rasanya. 

Tetapi mungkin anda boleh menyimpannya jika anda akan menggunakannya lebih daripada seminggu dan jangan lupa untuk panaskannya di dalam toaster atau oven sebelum makan. 

  1. Tembikai

Ahhh…best-nya dapat makan buah tembikai yang sejuk. Tetapi buah tembikai seeloknya diletakkan dalam suhu bilik. Kenapa ya? Kerana terdapat penyelidikan yang mendapati antioksidan di dalam tembikai dapat dikekalkan apabila berada dalam suhu bilik berbanding suhu yang sejuk. 

  1. Pisang

Pisang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan perubahan pada kulitnya. Ia akan menjadi hitam dan ada masanya ia akan menjejaskan rasa buah ini. 

  1. Kacang

kacang

Suhu yang sejuk dapat mencegah minyak semula jadi yang terkandung dalam kacang menjadi tengik. Tetapi walau bagaimanapun, persekitaran yang sejuk boleh menjejaskan rasa kacang. Malahan kulit kacang juga boleh menyerap bau makanan lain yang disimpan di dalam fridge. 

Sebaiknya, simpanlah kacang anda di dalam bekas kedap udara dan letakkan di pantri. Jika anda ada menyimpan kacang di dalam fridge anda, anda boleh toast kacang anda di atas pan sebelum menggunakannya. 

  1. Pastri

Pasti ada yang menyangka, cara terbaik untuk menyimpan lebihan pastri adalah di dalam peti ais. Walau bagaimanapun, cara terbaik adalah dengan menyimpan ia di dalam beg kertas dan disimpan di tempat bersuhu bilik biasa.

Jika disimpan di dalam freezer ia akan menjejaskan tekstur dan menjadikan ia lembap. Sudah tentu tidak sedap dimakan lagi. 

  1. Sapuan roti

Sapuan pada roti sama ada coklat atau peanut butter, sebaiknya disimpan di luar peti ais. Ini kerana meletakkannya di dalam frigde akan membuatkan kedua sapuan roti ini menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti. Cara terbaik adalah memastikan ia diletakkan pada ruang bersuhu bilik.

Konklusi

Bukan semua makanan sesuai untuk disumbat ke dalam peti ais. Namun, jika anda ingin menyimpan sesuatu makanan, pastikan ia dimasukkan ke dalam bekas bertutup atau sekurang-kurangnya, ia dibungkus dengan baik agar tidak menjejaskan makanan lain. Tetapi jangan pula dibiarkan sehingga berbulan-bulan dalam freezer tu ya!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. 12 Foods You Should Not Put In The Fridge. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/12-foods-you-should-not-put-the-fridge.html.Accessed on Sept 10, 2021
  2. Refrigerate – The Basics. https://www.eatright.org/homefoodsafety/four-steps/refrigerate/refrigerate—the-basics. Accessed on Sept 10, 2021
  3. Storing Food for Safety & Quality. https://catalog.extension.oregonstate.edu/sites/catalog/files/project/pdf/pnw612.pdf.Accessed on Sept 10, 2021
  4. Fridge, Freezer or Pantry? Where to Keep 10 Common Foods. https://health.clevelandclinic.org/fridge-freezer-or-pantry-tips-for-keeping-your-food-fresh/. Accessed on Sept 10, 2021
  5. How long can you safely keep leftovers in the refrigerator?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/food-safety/faq-20058500. Accessed on Sept 10, 2021
  6. Are You Storing Food Safely?. https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/are-you-storing-food-safely. Accessed on Sept 10, 2021

Versi Terbaru

10/09/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Yogurt Boleh Buat Badan Langsing? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Makanan Kaya Probiotik

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan